Showing posts with label cinderella 2013. Show all posts
Showing posts with label cinderella 2013. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Cinderella Hanya Ditayang Di Pawagam sahaja?? @ExcellentPic_My @NelydiaSenrose by shahroll

Thursday, December 19, 2013



As salam, hello readers...

Pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, telah mengambil keputusan untuk menayangkan filem arahan terbarunya, Cinderella, hanya di pawagam-pawagam, bermula 19 Disember ini.

Dibintangi Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek dan ramai lagi, filem terbitan ke 11 Excellent Pictures ini, akan ditayang di 60 pawagam seluruh Malaysia.

Mengulas mengenai perkara ini, Ahmad Idham berkata, ianya merupakan satu langkah drastik yang perlu diambil, bagi memastikan survival industri filem tempatan yang kini bergelumang dengan masalah cetak rompak.

“Saya perlu mengambil langkah pencengahan, dan ini merupakan mekanisma yang diambil untuk melihat keberkesanan langkah pencegahan tersebut” kata Idham dalam nada yang tegas.”

Anda ingin tahu betapa serius masalah yang kami hadapi selaku penerbit? Sekarang ini, pengeluar DVD asli sendiri tidak percaya dengan pasaran untuk DVD, akibat gejala cakera padat cetak rompak. Ini terbukti dengan mereka membeli hakmilik pengeluaran DVD pada harga yang rendah iaitu sekitar RM 20 hingga RM 30 ribu sahaja. Ianya harga yang rendah dan tidak munasabah dengan apa yang kami usahakan. Yang jadi mangsa gejala cetak rompak adalah kami!,” luahan Idham bila ditanya betapa seriusnya kesan gejala cetak rompak kepada industri filem tempatan. 

“Tambahan lagi, saya sebenarnya cukup terkilan, kerana industri cetak rompak mengaut keuntungan lebih besar, berbanding industri perfileman kita sendiri. Kerana itu, kita harus mengambil langkah cukup drastik, untuk membendung gejala ini,” kata Idham

Terang Idham lagi, “Kebiasannya, sesebuah filem yang sudah selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, akan ditayangkan di platform lain seperti DVD mahupun siaran televisyen berbayar. Jadi mulai detik itu, penerbit filem mula berhadapan dengan masalah cetak rompak.”

Tuesday, December 03, 2013

Warkah Cinta Cinderella 2013 by shahroll

Tuesday, December 03, 2013



As salam, hello readers...

Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013.

Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.

Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan - di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman? Nantikan di pawagam bermula 19 Disember 2013.

Gambar "Behind The Scene" Cinderella 2013!