Showing posts with label blogger selangor. Show all posts
Showing posts with label blogger selangor. Show all posts

Friday, June 03, 2011

Tourism Selangor UPDATE: Selangor Heritage Photo 2011 @ Jambatan Kota Klang by shahroll

Friday, June 03, 2011


Wazaap peeps!


Update terpantas! Sebab bahan (gambar) aku snap masa aku balik kerja dari Shah Alam terus ke sini untuk lihat perkembangan Selangor Heritage Photo yang akan berlangsung esok. Tiada apa yang ada kat sini, melainkan kerja-kerja menaikkan booth-booth yang dijangka memenuhi jambatan ini esok.


Seterusnya, lihat gambar-gambar dibawah:-


Panorama di depan Jambatan Kota, Klang...

Di sudut tepi Jambatan...

Di Jambatan Kota Klang....

Booth-booth di dalam proses pemasangan olek kontraktor...

Nissin booth..

CANON booth...

Tourism Selangor booth (3 booth total)

Gambar terpanjang akan ditampal di tepi jambatan...

Makluman pada orang ramai...


Big image HERE

Julung-julung kali diadakan program seperti ini. Boleh lah membawa seisi keluarga datang dan menikmati hasil-hasil photograph yang dipertontonkan oleh anda oleh photographer tempatan. Selain itu, panorama sekitar Jambatan Kota, pasti mengamit kenangan di Klang.

Aku akan ke sana esok, tapi tak lama. urusan bertindan pula.

Enjoice!

Sunday, May 15, 2011

Teaser pix: Foodster Blogging Competition [SelangorLicious] @ Golden Palm Tree [Sepang Gold Coast] by shahroll

Sunday, May 15, 2011


Woooopz! Hello readers!


Seronok. Kenyang. Menakjubkan. Kenapa? Ok guys, aku baru balik dari Sepang Gold Coast. Perjalanan pergi dan pulang mengambil masa dalam 1 jam menggunakan lebuhraya. Aku pergi bersama adik aku yang juga seorang blogger, Niena Shah.


Dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Selangor bersama SelangorLicious yang membawa para bloggers merasai pengalaman yang cukup bermakna buat semua. Tidak dilupakan juga kepada Golden Palm Tree yang menyambut kehadiran kami dengan sungguh meriah! Siap ada pengiring pakai baju kurung+Melayu ok! Terasa sungguh macam pelancong.


Ok guys! Sedikit gambar untuk tatapan korang. Macam biasa FULL entry come up soon! Adios..


Ikan Salmon+Udang Galah bakar di gerai Perahu

Slow shutter mode [Graffiti Light]


Bersama PAKU (Belacan & Paku


Thursday, May 12, 2011

[SelangorLicious] ijan Mee Udang Original by shahroll

Thursday, May 12, 2011


Hello readers,


Tempat makan kali ini terletak di daerah Kuala Langat, mukim Telok Panglima Garang. Tempat dia best, tepi jalan je dan senang orang ramai nak kenal. Laluan masuk ke kedai ini telah dibuat satu "banner" besar terpampang ditulis "ijan Mee Udang".


Tanpa buang masa, aku dan mak melepakkan diri ke dalam kedai tersebut dan terus order Mee Udang Special 2 pinggan. Niat di hati memang nak mencuba Mee Udang kat kedai nie.


Mee Udang Special RM12.00


Apa yang best pasal Ijan Mee Udang nie?

Dari awal penyediaan, udang yang dipilih yang terbaik. Maksud aku, pekerja kedai nie memilih udang2 yang bagus untuk di rebus bersama mee. Kuah mee telah tersedia ada, udang pulak fresh, so korang dapat rasakan manisnya udang tu.



Hidangan terbaik dari Ijan Mee Udang!

Harga RM12.00 tidak menjadi masalah dengan udang yang fresh dan kuah yang superb! Dan, tak pedas sangat. Sedang-sedang saja. Kalau nak pedas, boleh minta cili potong. Jenis kuah tidak terlalu likat, ada sedikit telur dicampur ke dalam kuah udang.

Konsep kedai nie?

Konsep kedai nice, ala2 kampung dan "open -air". Yang penting, kedai nie provide layar besar untuk korang layan tv. Macam kat kedai mamak tu. Bila malam, layar tu korang nampak jelas sebab surrounding dia gelap.

relax and chillax!

Kali nie aku tak berseorangan makan, aku ditemani oleh mak aku. Aku yang beriye mengajak ke sini, sebab pakej sekali nak belanja mak makan kat sini. Nasib baik makanan dia OK. Tanya, sedap tak mak ".. Ok, boleh la.." jawapan untuk merujuk kepada "SEDAP" 

My mom..

Last not least, penutup untuk sesi kali nie diakhiri dengan Kopi Jantan panas. Air favorite tu! Mak aku pulak cam biasa, Teh Ais. Maman-mana pun, Teh Ais jugak! Untuk total up semua sekali, RM39.50 sebab"-

Aku makan 2 pinggan Mee Udang Special
1 Mee Udang Special tapau (bawak balik)
Teh Ais
Kopi Jantan

Kopi Jantan untuk lelaki sejati.. heh~

Alamat kedai nie, korang leh Google Map di alamat:-

ijan Mee Udang Original
Lot 2398, Batu 11,Teluk Panglima Garang 42500 Kuala Langat , Selangor Darul Ehsan

Baiklah, rate session pulak! Korang lihat rate aku untuk kedai nie, check it out!

Cleanliness : 4/5

Ambience : 3/5

Food Quality : 4/5

Service Quality : 4/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5

Jom serang kedai nie! Sesapa nak belanja aku, leh roger awal-awal k? Haha.. chaw!

Wednesday, May 11, 2011

Mana nak makan lamb chop sedap? Pastinya di S-E RELAX!! by shahroll

Wednesday, May 11, 2011

Holla bloggers!

Destinasi makan-makan diteruskan lagi. Kali ini bertempat di Teluk Pulai, Klang. Sure korang tak pernah pegi sini kan? Sini banyak tempat makan yang korang boleh cuba dan salah satunya di S-E RELAX!

papan tanda di susur jalan utama

Untuk makluman korang, sebelum nie pon aku dah banyak kali makan di sini dan selalunya tidak mengecewakan makanan yang di hidangkan kepada pelanggan. Dan, kali nie aku mencuba LAMB CHOP, makanan western yang belum aku cuba di sini.

tadaaaa.. lamb chop!

Harga untuk makanan nie RM10.80 saja. Memang berbaloi korang belanjakan duit tu untuk makanan ni. Serius sedap. Aku kunyah lamb dia, lembut dan basah-basah.Tak overcook, just nice dia grill. Macam tak cukup je aku makan, nak je order lagi. HAHA!

see? betol kan ape aku cakap? hehe~

Kedai makan di S-E RELAX nie membawa konsep "open-air". Akan tetapi, ada port-port dimana korang boleh duduk bersimpuh/bersila semasa makan ataupun di pondok-pondok kecil. Aku suka duduk kat meja makan biasa je.

Siap ada kipas kauuu...

Aku suka duduk area meja bulat/segi empat..

Untuk yang datang berdua macam pakwe/makwe tu, boleh la lepak kat meja 4 segi. Sesuai tuk korang nak dating! Dan, untuk berkeluarga pula, ada banyak pilihan samada nak duduk secara bersila (seperti gambar diatas) ataupun di sebelah depan parking kereta ada satu lagi tempat duduk yang panjang boleh muat dalam 8 orang.

Teh Halia Panas

Melengkapkan hidangan, aku order air Teh Halia Panas sebagai penutup. Eh, bukan, penutup aku air suam! Lama tak pekena teh halia, sekali datang, fuhhh~ berpeluh! dah makan lamb, minum pulak teh halia.. hao liao meyy!

Kalau korang nak datang ke Cafe S-E RELAX nie, senang je. Dari KL (sentral) ambil KTM menghala ke Port Klang. Turun di Station KTM Klang, ambil teksi pergi ke Teluk Pulai. Senang kan? Oh! nak map? tengok bawah...


Ok lah, rate aku untuk kedai makan nie:-

Cleanliness : 4/5

Ambience : 4/5

Food Quality : 5/5

Service Quality : 4/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5

Berbaloi untuk anda mencubanya! see ya!


Tuesday, May 03, 2011

SelangorLicious Foodster Blogging Competition begin!! by shahroll

Tuesday, May 03, 2011


Wazzap peeps!


Ok. Habis tentang Osama punya cerita di dalam news online. Ada yang kata betul dan ada yang kata itu propa saja. Entah lah, macam-macam berita pasal pejuang yang dilabel "terrorist" oleh "orang sana". Esok pasti ada berita pasal Osama bin Laden lagi. Kita tunggu.


Now, aku nak ajak readers sekalian untuk menyertai satu pertandingan yang masyukkkk punya best!! Korang suka makan? suka blogging? suka ambil gambar makanan? AHAH!! inilah masanya korang tunjukkan bakat korang menjadi seorang photogbloggers+floggers!!


poster untuk FBC by : SelangorLicious

Macam mana nak join nie bang?

Senang je, korang boleh layari SelangorLicious (SINI) untuk register ke laman web dorang. Korang kena sign up dulu, then baru korang boleh submit entry korang di dalam akaun yang akan dibuat selepas korang sign up tadi. Dan, korang akan dapat "dashboard" korang sendiri dalam web tu, cuba tengok di bawah:-

paparan yang korang akan terima nanti selepas "sign-up"

Jika korang nak "submit entry", menu diatas telah disediakan. Korang boleh masukkan details yang ada di dalam borang submit itu. Dan, di dalam section website, boleh letakkan permalink URL untuk posting sebenar di dalam blog anda.

Yang paling penting, korang kena submit 2 keping foto (minimum) sekurang-kurangnya 10 keping maximum untuk dimuatkan di dalam web tersebut. Contoh boleh di lihat di sini, SelangorLicious: Shahroll

Senang kan? so, selamat MAKAN | BLOG | MENANG diucapkan. lain-lain info korang boleh dapati di laman sesawang official SelangorLicious.

Adios!


Lama tak dengar lagu ni...ENJOICE!!
Las Ketchup

Thursday, March 31, 2011

Selangorlicious: Makan+Blog+Menang! by shahroll

Thursday, March 31, 2011
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia,


Hari nie ada berita baik yang aku nak sampaikan. Rasanya ramai yang dah tahu kot, but tak pe lah, may be ada yang belom tahu aite? Benda nie pasal pertandingan korang pergi makan2, then blogging pastu MENANG! =D tapi, the best review pasal makanan dan blogpost yang kretif la boleh menang, kalau buat cam lepaskan batok kat tangga, mana leh menang.. =P


the poster...

Korang nak tawu hadiah2 nyer? OHSEM giler, hahha aku attack 1st prize tu lah..~


PRIZES 
1st Prize – RM5,000 cash prize and a holiday package 
2nd Prize – RM3,000 cash prize and a holiday package 
3rd Prize – RM1,500 cash prize & Dinner at restaurant 

Consolation Prizes – 3 x RM500 cash prizes & dinner vouchers 

Best Food Photography – RM1,000 and a digital SLR camera 
Best Food Photography (Runner-Up) – A Digital Camera 
Best Food Photography (Consolation) – A Digital Camera 

Weekly prizes – Goodie hampers 

Kan? aku dah kata, syok giler hadiah yang dorang bagi. Lagi? Oh, cam na nak masok contest neh? details seperti di bawah..

Competition Mechanism 
Open to Malaysians & foreign visitors to Malaysia of all ages, 
the Selangorlicious! Foodster Blogging Competition will run from 1 April 2011 - 30 April 2011 

To participate, just follow these easy steps:

Go out & eat at any eatery (big or small) in Selangor.
Write about your experience on your blog (make it as interesting as possible!).
Submit the write-up to www.selangorlicious.my together with photos of the visit.

All entries is in English & Bahasa Malaysia
• You may post as many entries as you like

Lain2 information korang boleh klik di SINI atau ikut dorang lam TWITTER

 Petang nie ade Majlis Pelancaran...

Pencarian kedai-kedai sekitar Klang (yang RARE lah) dah aku buat awal-awal. Ada beberapa kedai dalam pemerhatian aku. The best food in Selangor will reveal!! =D stay tunez!!