Thursday, September 10, 2015

Panpages Malaysia: Digital SME Day 2015 @ Sunway Pyramid Convention Center part #1 by shahroll




As salam, hello readers...

GO FAST! AIM SHARP! begitu bergaya tagline yang dibuat oleh pihak penganjur iaitu Panpages Malaysia. Semalam, aku berkesempatan dan diberi ruang serta peluang menghadiri seminar yang dianjurkan di Sunway Pyramid Convention Center. 

Menghimpunkan pelbagai syarikat-syarikat kecil dan sederhana dalam satu seminar bagi meningkatkan kefahaman dan cetusan idea-idea baru yang terdapat di seminar ini.

official poster Digital SME Day 2015!

Aku datang seawal 7.30 pagi di sini. Walaupun awal, masih ada yang awal dari aku untuk sesi pendaftaran. Minuman pagi disediakan untuk peserta seminar dan hidangan disajikan oleh Sunway Hotels & Resort. So yummy and delicious!

shahroll @ Digital SME Day!

Sementara hall belum dibuka oleh petugas Panpages, aku makan-makan dulu dan berkenalan-kenalan dengan business owner yang ada di sini. Ada seorang tu usia dia baru 22 tahun tapi wakilkan boss dia untuk hadir di seminar ni. Bagus! good exposure sebab muda-muda yang patut datang dan gain knowledge dan experience! *aku pun muda lagi!*

Business Networking

Salah satu hall dibuka kepada semua business owner untuk melekatkan business card dan ambil gambar business card orang lain. Cara yang berlainan dari letak kad tu di dalam mangkuk. Dan, panpages buat database untuk mengumpulkan senarai perniagaan yang kita jalankan dalam website mereka.

Aku pun letak 1 business card disini.

seminar bermula!

Tepat jam 9.01 pagi, hall telah pun dibuka untuk para peserta. Aku masuk dan terus duduk di hadapan sekali dalam barisan yang ke-7, sebab barisan 1 hingga 6 untuk orang yang tertentu boleh duduk tetapi yang selepas tu, free seating! Aku suka ingatkan korang, bila pergi seminar sila bawa jaket ya? Sejuk kemain dalam hall ni.

Ok lah, aku akan sambung post entry pasal seminar ni dengan kandungan yang terbaik. InsyaAllah!

enjoy!





No comments: