Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Nasi Dagang berbentuk kon+ suasana di Universiti Sultan Zainal Abidin by shahroll

Friday, September 30, 2011

As salam, hello readers,

Esok aku ada paper last. Paper principal compliance (LAW). Walaupun bunyi macam susah je paper ni (of course!) tapi masa menjawab ada 2 jam sahaja. Oh! Tuhan. Bagaimana aku nak menjawab ni esok? walaupun dah baca (bab yang aku suka je) tapi yelah, mana kita duga soalan apa kan? =p

Sebab aku dah boring membaca, aku update sikit blog ni. 

Banyak aku nak update pasal job outstation sepanjang aku berada di Kuala Terengganu. Masa agak terbatas. Aku up sikit-sikit macam post ni lah. Aku kat UniSZA sebab aku ditugaskan untuk shoot event sepanjang konvo berlangsung.

berpakaian kemas semasa shoot event konvo

Kenapa aku berpakaian kemas sangat ni? Al-kisahnya ceq nak habaq kat hang, sebab ada Permaisuri Agong datang mai bagi ijazah kat mereka yang berkonvo. Tu pasai la aku segak semacam ni. Bukan nak ngorat awek-awek uniSZA tu ye. huhu..

Dewan di UniSZA semasa konvo

Masalah parking kereta? Tak da masalah! sebab banyak ruang untuk letak kereta sebenarnya. Persekitaran dalam UniSZA nyaman dan banyak angin. Seronok aku buat kerja. Walaupun panas, tetapi berangin.

Bila tiba time lunch, ada makanan yang memang biasa aku makan kat Selangor, tetapi cara bungkusannya memang best! Bau daun pisang lagi!


ada cili padi 2 batang, kira ok lah.. mulut aku memang kena pedas2 kalau makan =D

Nasi Dagang berbentuk kon! =p

Dimulakan dengan Bismillah....

Masih teringat-ingat bau nasi tu. sedapnya! Aku belasah 2 bungkus, aku tengok nasi ni dah lama letak kat atas meja tu, last-last aku bedal je. Kawan-kawan sekerja dah makan la kot, teka aku. Kalau belum pun, ada makanan lain, HAHA!

Dah kenyang, dok sembang-sembang ngan kawan yang teman makan lunch then sambung kerja balik.....

to be continue...


Thursday, September 15, 2011

Short blog post untuk tatapan pembaca semua by shahroll

Thursday, September 15, 2011

As salam, hello readers...

Sepertinya aku agak "slow" dalam dunia maya dan juga blogging eh. Tampak sikit sibuk juga beberapa hari lepas. Dengan tak cukup rehat, kesihatan agak tak menentu, dah dekat nak exam, agak kacau bilau. Tapi yang penting, hadapi dengan senyuman! =)

Aku dah pack barang untuk aku berangkat ke Kuala Terengganu malam ni. Aku bersama Mamat (crew Encik Fadzy) yang bawa aku ke sana. Job shoot event bersama krew lain. Insyaallah, niat ke sana bukan ganjaran semata, semua kerana Allah juga, Insyaallah =)

akan ke UniSZA, Terengganu

Dalam 2 hari ni juga, aku terlibat dengan Kursus Pembangunan Minda Kreatif di tempat aku bekerja. Alhamdulillah, banyak informasi dan juga pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah iaitu Encik Mohd Zamri Mohamed yang begitu bagus sekali cara dia menyampaikan dan mengendalikan kursus itu. Rasa tak cukup pulak 2 hari, nak tambah seminggu!!

Semua itu aku akan ceritakan kemudian lah ye, setelah aku balik dari Pantai Timur. Insyaallah aku akan update jika masih menyedut udara secara percuma =)

Salam!

Tuesday, February 23, 2010

SH di Terengganu part #1 by shahroll

Tuesday, February 23, 2010
Salam to all readers...


Agak menarik selepas 5 hari tak UPdate pape lam blog nie, byk peristiwa telah berlaku. Tapi, pergi ke Dungun, Terengganu akan SH cerita kan terlebih dahulu kerana pergi ke sana bukan makan angin semata-mata, tapi sarat dengan pelbagai perihal dan wacana perambahan pemikiran sebagai seorang pemikir.. fuahhh~ agak extrim ehh!! :P



** cam bese, posing kat kereta.. huhuhu~ nak pergi ke UiTM Shah Alam...




Jumaat pagi yang hening, SH memulakan perjalanan dari rumah ke UiTM Shah Alam, dekat Kolej Seroja untuk berkumpul disitu.. jam 8.30 pagi sampai, ingatkan orang paling lambat.. rupanyaaa. paling CEPAT!!.. huhu dorang yang lain masih dalam perjalanan dan ada yang pergi minum2....



Actually Seminar Pustakawan nie dihadiri oleh para pustakawan a.k.a pegawai2 lah.. SH sorang jek bukan pegawai, tapi tiket besaaaaa punyaaa untuk pergi sama.. hahah.. tak de lah, sebab SH nie AJK Pengangkutan dari Shah Alam.. menguruskan pegawai2 dari Shah Alam ke Terengganu... hooyeahh!!




**Saya BENCI Jemmed!! hahhh!!



**Mentari yang tetap gagah berdiri disebelah Timur..... :)




Bas yang dinaiki oleh SH adalah bas baru, so agak best lah jugak.. dari segi entertaiment, hampess gas sebab TV LCD p xleh guna arial tu x leh nak detect siaran.. pe jadah~ haha sorang pon xdek bawak DVD ke pe ke.. so langsung je la dengan rado.. tu pun sekat2 gak.. herrmm~ layan kepala juga baguss~... ( tidooow~) :P




** Konon tidow la.. ye ke?? :P hampir2 nak tido dah nie.. haha..




** Bas yang best dan driver bas yang syok!! heh thanx to Bro Zamani yang membawa bas secara selamat! :)





**Lepas solat Jumaat di Masjid di area Sungai Ular, Chukai...



Panas terik masa lepas solat kat area Sungai Ular... nasib baik dapat tempat nak solat, sebab tempat agak limited dengan orang yang ramai ditambah pula kami yang musafir nie seramai 2 bas.. huhu~ meriah owwhh~.. **abaikan muka tengah kepanasan tuuuw~...





**makcik nie power!! hehe.. ape mende tu ehh???



Salah satu kedai makan yang pelayan nyer sangat lah bagus!.. sebab pe, orang tak order pon otak2 versi Terengganu nie, tapi die boh je kat tempat kami duduk tu.. haha mane leh tahan mende depn mata.. so, kami pon makan je leww.. otak2 Terengganu nie ikan campor sama kelapa... woo~layann2.. then layan SATA pulak... mende SATA tu kelapa campor isi ikan lah.. dipanggang cam gambo kat atas tu, tapi didalam masih basahhh~... teranggkat beb.. hehe





**ko tengok bape banyak daa daunnn.. heee~


Bagus tol peniaga nie.. mesra alam.. Go for Green.. sebab semua balutan pakai daun kelapa dengan daun pisang.. wadda best kan... kopok lekor kat sini agak kecik,lembik p sedapppp dengan sos yang masam2 manis die.. fuuhh~ mencengkammm.. nie bukan SH makan soang ok.. nie ramai yang makan lagi.. huu~




orait, part #2 akan bersambung.... salam~ :)

Thursday, December 17, 2009

Terengganu part #2 by shahroll

Thursday, December 17, 2009




** Waaaccchaaa!! Just stay tune in my blog k.. will UP this night.. :)



...............................................................................



UPDATE : Today | 19-12-2009

aite! sorry ya lambat lak load my write up for this entry. Bangun pagi2 sabtu untuk menulis entry nie amat janggal sekali... huu~ OK lah, sambung balik untuk Terengganu part #2.. lepas melepaskan giant main2 tepi pantai kat situ, perut lak terasa laparrr amatt.. hahaa.. so sambil bersembang-sembang dengan Sharol, kami pon lepaking kat satu kedai...


1) Kedai yang simple... kedai kampung lah, tak de kipas sebab memang sejuk naturally berdepan dengan pantai.. angin free! uhue~ kopok lewkor 2 hengget pon dah banyak kat sini. Pencecah dia sedap, bit hitam2 sket but so nice..


2) Cendol pon ade gak, dok tahan2 sebab ade santan kan ( lemak oooo!) pi sebab dah syok sgt tgk mende tu, order la satu.. tak cakap pon nak campur ngan pulut, mase ngah makan tu korek2 ade plak pulut... adess agak potong la bg SH.. heee~


3) Esoknya, pack barang sesiap then terus check-out.. SH mintak penambahan bantal bcoz bantal tak cukup, satu RM 15 beb! aaarghh.. agak tak best lah harge tu.. heee.. seb bek masuk lam L.O.. :P . Then sesampai ke UiTM bermulalah kerja2 kami...... habess....


Wednesday, December 16, 2009

NAnananana~ Terengganu kita by shahroll

Wednesday, December 16, 2009

Salam to all readers...


Fuahh~ lagu IKLIM.. "Terengganu Kita".. ingat lagi x?? seingat SH, dulu kecik2 suka la layan lagu dari kumpulan nehh yang mana vokalisnya, Saleem memiliki suara yang "rare" dalam industri musik tanahair..( dah macam presiden Karyawan la pulak.. ) haha~ aite, pe nak SH citer nie actually???


1) Minggu nie langsung tak masuk lam ofiz, sebab pergi ke Dungun mengikut my boss, Puan Khasiah dalam road tour nye memberi taklimat/seminar berkenaan SCOPUS dan ISI Thomson. Selepas Penang, destinasi kami ke UiTM Dungun pula untuk memberikan ilmu kepada Prof,Pensyarah2 supaya UiTM lebih maju ke arah bidang RU.



2) Sebelum tu, SH pergi ke sana menaiki kenderaan yang telah ditempah ke sana. Best oo naik Nissan Serena Highwaystar.. keta tu plak baru jek sampai di unit kenderaan dan kami orang yang terawal menggunakan kereta tu.. ahhah~ seat bau kedai gih... huahua~



3) Perjalanan mengambil masa selama 7 jam, siap berenti2 lagi untuk rehat2 and solat. Then bila memasuki jajahan Terengganu, hujan rahmat menyambut kami semua.. fuhh~ lebat seyyhh.. hahaa... musim tengkujuh kan.. walaupun jalan kampung, tapi masih lagi selamat sebab tak de la lubang2 ke pe ke.. safe! tu yang penting..



4) Next,bila dah sampai kat area Chukai, nampak disitu peniaga2 kecil menjual keropok lekor di tepi jalan. Kedai yang kecik menjual pelbagai barangan macam budu,belacan,ikan masin,keropok2... dan sewaktu dengannya lah yang berasaskan hasil laut mereka.. Terengganu+Lekor= Superb!!


5) Untuk lelaki, kami ditempatkan di MayangSari resort yang memiliki kemudahan yang agak baik... ( so-so lah) hahah~ dan untuk wanita di tempatkan di Ulek beach resort.. tak sama sebab pihak organize kata hotel UiTM dah FULL!.. huehu.. ok lah dok kat resort pon.. layannn~sekitar di resort ada penjual2 kecil menjual makanan ringan seperti keropok lekor panas, laksam,pisang goreng.. n macam2 lah..



6) Untuk petang, takde aktiviti lagi.. so SH ngan pegawai g jejalan sekitar depan resort yang terbentang luas lautan dan hembusan angin laut China Selatan yang perghhhhh.. layann~ agak seronok dan teruja gak lah.. :) tengok budak2 mandi, kutip kulit kerang.. main2 pasir.. best!!
tak ketinggalan orang2 yang "hot-hot" dating meluangkan masa bersama orang terchayang di pantai yang cantik..



7) Tu lah sedikit coretan untuk dikongsi..SH akan sambung pada next posting... hehee.. wasalam.. :)





** Peace yo!!