As salam, hello readers...
Alhamdulillah malam semalam bertempat di seksyen 13, Shah Alam aku bersama rakan se-badminton sama-sama menimba serba sedikit ilmu tentang cashflow ataupun aliran tunai kewangan. Terima kasih kepada rakan fotograpi iaitu saudara Musz yang telah lama aku kenal sejak zaman main kamera lagi.
sesi "hot seat" bersama sifu-sifu dalam pelbagai bidang
Tidak sukar mencari tempat berbengkel kerana dia berhadapan dengan bangunan RichWork yang ada gambar Azizan Osman. Besar gila terpampang dan bengkel ini adalah setiap hari Rabu, jam 8 malam sehingga 11 malam.
Apa yang best pasal Bengkel Cashflow Online ni?
Tuan Faizal selaku tuan rumah/pengelola bengkel ini, membuka tirai bengkel dengan pembukaan minda peserta yang datang dengan mengenali tahap pemikiran kita ni, bagaimana? adakah minda kita minda yang kaya atau minda yang biasa-biasa saja. Jika pemikiran dah betul, baru kita move ke step seterusnya.
Lepas tu, ada cerita mengenai ayah dia yang bagaimana boleh menjana pendapatan pasif (bulan-bulan dapat duit!) setelah bapanya pencen. Aku suka dengar cerita-cerita macam ni supaya aku boleh guide diri aku sendiri dan juga bapa aku, setelah bapa aku pencen. Ilmu sebegini yang perlu ditekankan dalam diri semua orang.
Selepas tu, Tuan Faizal menunjukkan permainan online yang boleh korang cuba secara PERCUMA saja. Kalau korang muat turun dari Android apps, ada bayaran dikenakan sebanyak RM10. Aku main kat PC aje sebab nak free. HEHE!
dalam online pon sama dengan board game cashflow
Permainan ni diasaskan oleh Robert Kiyosaki untuk kita faham tentang kebebasan kewangan (freedom financial) dalam bentuk permainan yang menghiburkan dan dalam masa yang sama, kita bijak untuk melabur kemana duit kita pergi. Kalau korang rajin nak baca panjang-panjang, sila ke blog Dr.Inspirasi kat SINI
Habis sesi tu, ada sesi selingan pula. Ada 3 panel yang dijemput hadir seperti dalam gambar kat atas tadi. Dan yang paling tak sangka, ada sifu tentang hartanah yang cukup popular di kalangan kaki pelabur iaitu Tuan Bri
selfie dulu dengan Tuan Bri
Walaupun masa yang diberikan hanya 3 minit, Tuan Bri beri ilmu yang cukup baik kepada peserta yang hadir. Asas dalam pelaburan, kalau asas tak kukuh tak payah nak mandai-mandai untuk membuat investment. Memula aku rasa, Tuan Bri ni mesti cakap yang best-best je pasal pelaburan, aku tersilap!
Kalau ada kesempatan lagi, aku sendiri nak pergi seminar yang Tuan Bri anjurkan. Macam tak cukup pulak rasanya malam tadi. Ilmu cashflow aku sambung kat rumah, sampai aku dapat hasil macam ni;
Alhamdulillah, dapat BEBAS DARI CENGKAMAN HUTANG!!
Seronok tengok kan? Kalau duit tu dalam akaun Maybank, lagi lagi lah aku seronok! Tapi ingat, main boleh, sebab nak asah pemikiran jadi pelabur yang baik dan bijak tapi secara realitinya pula macam mana? Kerajinan saja tak cukup, perlu ada ilmu dan ilmu dan ilmu yang perlu digali lagi dari orang lain.
Jika korang berminat nak follow Bengkel Cashflow Online, boleh tengok iklan di sebelah sidebar aku kat atas tu ya. Bawak 2 orang dapat FREE 2 seat. Simple je!
enjoy!
No comments:
Post a Comment