Friday, August 27, 2010

Around my birthday and break-fasting at Pulau Indah by shahroll

Salam all! =D

Selamat hari Jumaat. Hari nie cuti Nuzul Quran kan, so rakyat negeri Selangor bercuti lah. Bagi rakyat (negeri) lain, tak tahulah korang cuti ke tidak, yang pasti Kuala Lumpur tak cuti yee.. hahaha! Jangan marah aku wahai penduduk KL sekalian, aku suka lepak KL lagi-lagi area Raja Chulan.. hohoho~

Date 22/08/2010, mak aku ajak berbuka di rumah saudara aku kat Pulau Indah. Adik mak yang bongsu nie, Yati nama dia. Pandai memasak dan juga menjahit, sama macam mak aku gak. Cuma nya masakan mak aku lagi best lah.. hahah =D
Kebetulan, lepas makan-makan dah kenyang gile macam ular sawa baham kambing sekor, ada 3 kek dipersembahkan diatas meja.3 KEK korang taw tak..tapi bukan kek yang 15 kilo tu ( erkk~) kecik je lam 1 kilo tu kot..

Rupanya, ada 3 orang yang sedang menyambut harijadi (aku la tu), then pakcik aku (akan datang) dan anak dia si Nurul ( dah lepas..) di raikan di majlis serba ringkas, alaa buat makan-makan gitu jerk.. bukan party besday ke pe.. =D

Yang sponsor kek nie adik aku no.2, Elly. Dia nie tokan kek. Bukan tokey, kerja kat kedai kek. So sesapa nak kek, leh g kat kedai kek dia kat Pandamaran Jaya. Penat type dah, layan je gambar dan maaf! aku pakai henpon Sony Ericcson W901i je nie.. layann..


Abaikan muka aku yang main bulat dan tembam tu =_=~. Makin sehat, alhamdulillah, tapi tak moh gemuk sangat, nanti dapat penyakit pulak! =D. Kek tu aku cuit sikit je, almaklum lah baru lepas buka kot? 

Tup..tupp dah 23 aku ye.. Alhamdulillah.. syukur pada-Mu ya Allah.. Kau ampuni lah dosa2 kami, kedua ibubapa kami, keturunan kami, guru2 kami, dosa2 orang yang masih hidup atau tiada.. aminn.. =) ( korang bace, korang aminn sendiri k!)

Aite, nak bersiap ke masjid. Solat Jumaat, jangan lupa.. =D salam!

No comments: