Showing posts with label job corporate. Show all posts
Showing posts with label job corporate. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

BPMC Training: Career Mentor and Driving SME-L's Breakthru Strategy

Saturday, June 27, 2015



Pertama kali berjumpa bersama pengasas BPMC training, Encik Othman datang dari jauh, Damansara. Aku menunggu di restoren Nasi Lemak Cinta Sayang di seksyen 13, Shah Alam untuk aku mendengar apa yang mahu disampaikan oleh Encik Othman.

Siapa BPMC Management Consulting?
Encik Othman merupakan pengasas BPMC, business consultant dan juga tenaga pengajar bagi bidang pengurusan (management).  BPMC ini berfokuskan pengajaran dalam program Leadership, Strategy, Factory Management, Business Process, LEAN Transformation, Customer Management, Sales & After Sales Operation dan Entrepreneurship. Beliau telah banyak kali membuat latihan untuk pihak swasta dan juga kakitangan kerajaan.


Encik Othman Hj Ismail
Principal Performance Officer & Trainer Certified HRDF Trainer
Member S.A.E (USA)


Encik Othman juga berpengalaman selama 25 tahun dalam Industry Automotif, Logistic & Retail dan telah bekerja beberapa peringkat di dalam organisasi. Cukup untuk Encik Othman memahami strategi, pengurusan, tektikal dan seumpamanya. Tempat terakhir Encik Othman berkhidmat adalah di salah sebuah syarikat conglomerate di Shah alam sebagai Pengurus kanan or Senior Manager.


Antara peserta BPMC Training

Kepakaran BPMC adalah untuk membantu syarikat atau organisasi membangunkan strategi yang berkesan, keputusan perniagaan dan bertindak balas dengan cepat persekitaran pasaran yang berubah-ubah. Selain itu, BPMC juga menekankan aspek pembangunan organisasi yang cemerlang.


Antara core module yang terdapat dalam BPMC Training adalah;
1) Practical Approach in Achieving Strategic Operational Excellent
2) Implementing Just In Time for Corporate Survival (all Industry)
3) Implementing TQC & QA
4) Implementing Lean Manufacturing & Supply Chain
5) High Performance Organization (for sustainable profit)

Module boleh dilihat di pautan berikut:

1) JUST IN TIME
2) OPERATIONAL EXCELLENT
3) TQC

Dengan memiliki kepakaran dalam bidang tersebut, BPMC akan mengadakan training pada bulan OGOS 2015 dan hanya 20 peserta sahaja yang boleh berdaftar dengan BPMC. Update kedua akan menyusul untuk keterangan lebih lanjut berkenaan dengan training tersebut.



UPDATE: 02/07/2015

TRAINING CALENDAR (sila rujuk)

muat turun BPMC flyers

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kursus pengurusan oleh BPMC Training pada bulan OGOS 2015, butiran adalah seperti berikut;


TARIKH: 8 & 9 OGOS / 15 & 16 OGOS 2015  
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG 
TEMPAT: PKNS Biz Point, seksyen 7, Shah Alam (belakang Wisma Jakel)

Butiran anda untuk menyertai kursus ini, seperti berikut;

1) NAMA PENUH
2) ALAMAT SYARIKAT
3) NOMBOR TELEFON
4) EMAIL
5) BUKTI BAYARAN 

Bayaran: RM530/seorang (akaun Maybank- 562272301551)

boleh di email pada bpmc.500@gmail.com (En.Othman Ismail) atau SAH kan kehadiran anda kepada Cik Syuhada ditalian: 011-31442865




Thursday, September 15, 2011

Short blog post untuk tatapan pembaca semua by shahroll

Thursday, September 15, 2011

As salam, hello readers...

Sepertinya aku agak "slow" dalam dunia maya dan juga blogging eh. Tampak sikit sibuk juga beberapa hari lepas. Dengan tak cukup rehat, kesihatan agak tak menentu, dah dekat nak exam, agak kacau bilau. Tapi yang penting, hadapi dengan senyuman! =)

Aku dah pack barang untuk aku berangkat ke Kuala Terengganu malam ni. Aku bersama Mamat (crew Encik Fadzy) yang bawa aku ke sana. Job shoot event bersama krew lain. Insyaallah, niat ke sana bukan ganjaran semata, semua kerana Allah juga, Insyaallah =)

akan ke UniSZA, Terengganu

Dalam 2 hari ni juga, aku terlibat dengan Kursus Pembangunan Minda Kreatif di tempat aku bekerja. Alhamdulillah, banyak informasi dan juga pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah iaitu Encik Mohd Zamri Mohamed yang begitu bagus sekali cara dia menyampaikan dan mengendalikan kursus itu. Rasa tak cukup pulak 2 hari, nak tambah seminggu!!

Semua itu aku akan ceritakan kemudian lah ye, setelah aku balik dari Pantai Timur. Insyaallah aku akan update jika masih menyedut udara secara percuma =)

Salam!

Thursday, October 28, 2010

Ada apa dengan Ambank Inspector ATM part #1 by shahroll

Thursday, October 28, 2010
Salam all! =D

Sedikit "teaser" gambar dimana saya dan beberapa staff dari Ambank yang begitu "sporting" ketika gambar ini dirakam di University Taylor's. Terima kasih pada photographer yang ambil gambar nie (student Taylor's).

** Shahrul (baju putih) dengan staff Ambank Group**

Sebelum saya memberikan "cerita" penuh pasal event Ambank Inspector ATM, jom layan video ads yang dibawa oleh Youtube! yeahhh...


** Nantikan laporan penuh pada Mid-Night entry**

by:

Wednesday, September 01, 2010

[Corporate Job] Shahroll Photography and the geng | RHB Bank

Wednesday, September 01, 2010
Salam all! =D


Mood kerja dah lari? ke memang korang dah pemalas tahap kanggaro sebab dah hampir2 nak raya nie, haha~ ok lah aku joke! Puasa2 kalau nak sentap ngan orang yang suka bergurau, alamat memang kena pulau lah! =P.


Entry kali nie, sebenarnya job lama,but aku tak posting lagi. So, korang leh assume yang aku nie memang seorang yang penyibuk! yeahh! terlalu sibuk sampai jadi penyibuk.. walllahhh~ =_=~


Job nie actually from my friend, Jidin yang ajak aku buat JV ngan beliau sebab aku ada peralatan lighting yang cukup untuk buat sesi photograph kat salah sebuah hotel kat Kuala Lumpur. Dan, event nie adalah dinner untuk meraikan staff RHB Bank di setiap cawangan (Bahagian Careline Services).


Sampai2 kat hotel, aku, Jidin dan Azizul (kawan Jidin), terus set-up untuk light dan juga backdrop putih. Kat sini peranan masing2 dah diatur sejak mula lagi. Aku handle bahagian photoshot, Jidin pulak bahagian art director dan Azizul untuk registration (amik deposit kat dorang).


Dengan kerjasama yang best lagi malatopzz, so kerja2 pun jadi mudah dan lancar. Takde lah miss-shoot ke, hape ke, NO! its professional job and u must proof you are the professional person lah, aite? =D


Ada dalam 200 orang masa tu dan yang ambil shoot dengan kami seramai 60 orang or plus minus lah.. lupa pulak. Gambar2 dorang tu, boleh choice nak size 4R,5R atau 8R. Ada yang pulun 3 size tu (ambik semua size).


Masing-masing ada bawak kamera, but cuma kamera aku je dipakai sebab senang nak recognize no.picture tu. Kalau tukar2 nanti kang, susah lak nak match kan dengan form and gambar. aku bukan jenis jimat shutter-count.. haha!~


Dah,habis cerita, sebahagian hasil aku letak kat sini.(aku dah reduce kan size gambar supaya tak beban kat lam blog nie..)








And,sesiapa di kalangan readers or bloggers nak ambil service kitorang leh dial number aku 0123437359 tuk korang nyer event dinner ke,family day ke whatever lah event yang korang buat, just contact kami. My phone 24/7 so tak de masalah. =D ok? kalau malu2 nak call i, leh je email kat [shahrollphoto@gmail.com]

ok guys! see next post.. salam!