Showing posts with label my birthday 2010. Show all posts
Showing posts with label my birthday 2010. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Around my birthday and break-fasting at Pulau Indah by shahroll

Friday, August 27, 2010
Salam all! =D

Selamat hari Jumaat. Hari nie cuti Nuzul Quran kan, so rakyat negeri Selangor bercuti lah. Bagi rakyat (negeri) lain, tak tahulah korang cuti ke tidak, yang pasti Kuala Lumpur tak cuti yee.. hahaha! Jangan marah aku wahai penduduk KL sekalian, aku suka lepak KL lagi-lagi area Raja Chulan.. hohoho~

Date 22/08/2010, mak aku ajak berbuka di rumah saudara aku kat Pulau Indah. Adik mak yang bongsu nie, Yati nama dia. Pandai memasak dan juga menjahit, sama macam mak aku gak. Cuma nya masakan mak aku lagi best lah.. hahah =D
Kebetulan, lepas makan-makan dah kenyang gile macam ular sawa baham kambing sekor, ada 3 kek dipersembahkan diatas meja.3 KEK korang taw tak..tapi bukan kek yang 15 kilo tu ( erkk~) kecik je lam 1 kilo tu kot..

Rupanya, ada 3 orang yang sedang menyambut harijadi (aku la tu), then pakcik aku (akan datang) dan anak dia si Nurul ( dah lepas..) di raikan di majlis serba ringkas, alaa buat makan-makan gitu jerk.. bukan party besday ke pe.. =D

Yang sponsor kek nie adik aku no.2, Elly. Dia nie tokan kek. Bukan tokey, kerja kat kedai kek. So sesapa nak kek, leh g kat kedai kek dia kat Pandamaran Jaya. Penat type dah, layan je gambar dan maaf! aku pakai henpon Sony Ericcson W901i je nie.. layann..


Abaikan muka aku yang main bulat dan tembam tu =_=~. Makin sehat, alhamdulillah, tapi tak moh gemuk sangat, nanti dapat penyakit pulak! =D. Kek tu aku cuit sikit je, almaklum lah baru lepas buka kot? 

Tup..tupp dah 23 aku ye.. Alhamdulillah.. syukur pada-Mu ya Allah.. Kau ampuni lah dosa2 kami, kedua ibubapa kami, keturunan kami, guru2 kami, dosa2 orang yang masih hidup atau tiada.. aminn.. =) ( korang bace, korang aminn sendiri k!)

Aite, nak bersiap ke masjid. Solat Jumaat, jangan lupa.. =D salam!

Sunday, August 22, 2010

Got card from 7-E, thanks a lot by shahroll

Sunday, August 22, 2010
** checking email and i got this.. =D

Salam all! =D

Nothing much to type actually, just want to said BIG THANKS for who remembered my Birthday!!! Terima kasih banyak2, dan korang pun happy always k!

 Salam.. =D

My Birthday TODAY!!! by shahroll

Sunday, August 22, 2010

Salam all! =D

Hello! How are you`ll today? Hope everything is fine.  Hari nie jadual hidup aku tak berapa pack sangat, Cuma attend meeting dan ambil PC aku di kedai Pratap kat Klang. Beberapa hari nie PC aku tak boleh masuk Gmail and Yahoo. Aku bengkek tol. Dah tadi aku hantar ke kedai Pratap tuk format PC, alih-alih grafik kad aku pulak buat hal. ROSAK! Haruslah beli grafik kad baru.. hahah~

Masa aku buat write up nie, aku pakai MSword lah. Kejap lagi aku ke rumah member aku kat Sijangkang, Azhazul Azri or lebih dominan dipanggil Jajol.. ahah~ nampak kejawaan nyer tak? Bukan dial ah, aku! =P
Aku ngan Jajol berkongsi tarikh lahir yang sama Cuma berlainan bapak ngan mak. Huhuh~ sebab tu kitorang leh ngammmm!!

Di kesempatan HARI JADI aku hari nie, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI JADI keatas diriku sendiri ( wajiblah wish untuk diri sendiri!.. huhu~) Terima kasih kepada keluarga aku sendiri, BIG thanx to my father and mother, En.Shaharuddin and Puan Noorlaila and adik beradik aku yang 4 orang lagi bawah aku iaitu Elly, Nina,Azza dan Syafiq.. I love u all so much! Even aku garang ngan korang tapi aku cuma nak korang selamat ok! Tak lebih dari tu =) dan aku taw gak korang tak baca posting nie.. heheh~

pastu, yang beragama Islam selamat menunaikan ibadah puasa dengan sungguh2 termasuk lah aku, jangan tinggal terawih, kawan2 office yang banyak membantu aku dalam melancarkan kerja2 di office macam Erry, Ita, Yaya,Ina, Munirah,Faizal ( nie kawan kat Bendahari.. huh~) dan semua2 lah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Lepas tu, kawan2 di Induksi dan BTN,TAHNIAH korang semuanya dah lulus untuk itu. Lepas nie boleh lah ambil PTK pulak. Aku pun insyaallah akan ambil PTK tu nanti, nak naik pangkat dengan gaji kan? Haha.. kenalah berusaha lebih sikit untuk maju ke depan..

Tak lupa juga kepada kawan2 photographer yang selama nie dah banyak member tunjuk ajar kat aku yang masih baru dalam bidang photog. Terima kasih aku pada Sani Abdul Rahman, beliaulah yang membimbing masa aku baru2 dalam bidang nie. Terima kasih SAR, budi bro aku kenang sampai bila2! Beberapa kawan yang lain secara tidak langsung banyak membantu meningkatkan ilmu. Terima kasih banyak2.. semoga Allah saja yang membalas budi kalian.

Dan, yang akhir sekali adalah kawan alam maya aku! Tak kiralah korang dari Facebook ke, Friendster ke, Myspace ke, Hi5 ke, Blogspot ke,Tumblr or Twitter, aku ucapkan terima kasih kat korang semua sebab sudi nak berkawan ngan aku. Even aku tak kenal korang semua secara personal, tapi insyaallah mana tahu satu hari nanti kita bertemu di dalam event2 yang akan datang? Insyaallah, kuasa Allah segala yang menentukan bukan? =D

Ok lah, cukup lah tu je aku nak berucap hari nie.. huhu~ sebak lak rasa. Eccehh~ weyyy! Blogger pun ada emosi gak deh!.. huhu~ ok lah.. take care everybody!

Salam!