Saturday, January 11, 2014

Encik Mimpi (EM) on Utusan Malaysia news! by shahroll




As salam, hello readers...

Kenal Encik Mimpi? Kalau korang selalu layan Youtube, mungkin korang mengenali EM ni dulunya penghibur di dalam Youtube (dalam channel dia lah) bagi aku, suara dia memang best. Selepas kejayaannya menyanyikan lagu untuk drama PISA (Playboy Itu Suami Aku) di TV3, melonjakkan lagi nama EM di persada industri hiburan tempatan.

Blog EM: Encik Mimpi 

Pernah baca blog EM sebab cari dalam Google lepas layan video-video EM yang kelakar dalam Youtube tu. Yelah, orang nyanyi selalu fokus kat muka, dia fokus kat mana-mana dia suka. Kadang tak nampak pun mukanya! Gelap je, tapi ada suara (dah macam dalam radio!) haha, itulah keunikan yang cuba ditonjolkan oleh EM.

Hatta dah masuk mainstream pun, EM menggunakan topeng untuk mengelakkan dirinya diketahui umum. (Macam Bandi Amuk pun ade aku tengok) mungkin juga EM nak jaga privacy untuk dirinya. Biarlah hanya bakat/suara saja jadi pertaruhan.

Keep up EM

p/s: Bila nak ada lagu baru? huhu!


No comments: