Wednesday, August 07, 2013

Review: Rindukan Cahaya Mu'adz Dzulkefly by shahroll




As salam, hello readers...

Bidang musik adalah satu cabang seni yang tidak lari dari segi kreatif, kualiti dan mutu sesebuah karya. Walaupun aku banyak dan seringkali review filem-filem Melayu dan tempatan, jarang aku review sebuah karya seni lebih-lebih lagi aliran nasyid.

Siapa Mu'adz?

Aku mengenali beliau semasa membuat persembahan di Banting, dalam majlis berbuka puasa disana (klik sini) dan lagu yang dipersembahkan masa tu adalah "Sambutlah" dari album Rindukan Cahaya ini. Aku tidak hiraukan lirik, cukup dengan musik yang mengiringi lagu tersebut membuat aku rasa seronok dan terhibur.

Album mini yang membariskan 5 lagu

Aku agak tipikal dengan line nasyid. Pada aku, nasyid quite bored musik. Itu bagi aku lah. Dan masa aku interview Mu'adz, sangkaan aku meleset. Jauh. Mu'adz menerangkan pada aku apa yang istimewanya tentang album yang berjudul Rindukan Cahaya ini.

Mu'adz memberitahu, nasyid yang dibawanya berlainan dengan lagu nasyid yang ada di pasaran sekarang. Totally different. Aku bertanyakan apa yang lain sangat tu? Katanya, "Rindukan Cahaya menampilkan lagu nasyid New Ages yang mana pendengar boleh menghayati keindahan musik dan susunan lirik yang indah". Memang betul pun, setiap bait lirik lagu, hebat!

Bagi aku, unsur Nusantara agak kedengaran didalam album ini, mana tidaknya kerana penerbit adalah Noe dari band Letto. Tambah Mu'adz lagi, sebenarnya Noe mempunyai koleksi lagu-lagu religi atau keagamaan tetapi disimpan dengan rapi oleh Noe.

Oleh kerana itu, korang mungkin kerap kali ulang lagu-lagu dalam album ini dsebabkan apa? Dalam pemerhatian aku, bila lagu unsur Indonesia, lagi kerap diulang, lagi best dan tepat "ditembak" dalam hati. Tak caya, cer try? HEHE!


Lagu-lagu yang ada adalah Kepada Hati, Rindukan Cahaya, Ampunan, Ketika Mencinta dan Sambutlah. Secara peribadi, aku lebih suka lagu Kepada Hati dari Sambutlah yang dikatakan "hits song" dalam album ni. Well, mungkin korang boleh dapatkan album ni dan nilaikan? =)

enjoy!

No comments: