As salam, hello readers...
Selamat berhujung minggu semua. Harap korang semua sehat la ye? aku kurang sehat sikit dari semalam sebab batuk-batuk kecil yang menyesakkan dada. Tekak pon rasa perit. HUHU! Apa pun, kerja-kerja yang tertangguh mesti dilakukan sebaik yang mungkin, CHAIYOKK! =D
Now what?
Oh, berkenaan dengan filem terbaru terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd mengenai tentang zaman rock kapak. Aku pasti korang masih ingat lagi kesinambungannya sekitar tahun 2005? Jom refresh sekejap.
HAHA! RARE siakk!
Itu cerita 2005,
Tahun ini mereka kembali lagi dengan lebih rock, lebih havoc dan lebih dari semuanya! Layan gambar2 TERBARU dari mereka, Rimba Bara!
Sinopsis:
Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”
Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? “ROCK Ooo…” turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.
enjoy!
No comments:
Post a Comment