Showing posts with label Nokia C3. Show all posts
Showing posts with label Nokia C3. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Dari Klang ke Kuala Selangor ke Sekincan! part #3 by shahroll

Thursday, February 10, 2011
As salam to all,


Cerita bersambung dari part #2 makanya, nie last part untuk kesinambungan story about my journey kat Sekincan. Lepas aku shoot siput mentarang kat Sungai Leman, aku dan Paman Aheri balik ke Kuala Selangor untuk solat, mandi,lepaking dan sebagainya. Rumah di support by Paman lah (rumah mak dia).


Transfer gambar dalam lappy comel Paman, then edit pastu load terus lam Facebook. Best dan tak penat pulak nak edit2 bagai lepas shoot, tu lah kate orang kalau dah minat, setel je, kan?


Dalam jam 4.30 petang camtu, kitorang dah sesiap nak ke Bagan Sekincan. Nak shoot sunset katanya. Awan petang masa tu tak best langsung, agak cloudy. Dalam jangkaan, memang sunset tak cantik lah nak shoot. Tapi Paman ada helo2 kawan dia kat area Sekincan dan bertukar shoot sunset tu dengan sesi "meracooon" ND Filter. hhuhu~ layan slow shutter.


Aku yang agak "high" sebab tiupan angin laut, leka tak shoot pon! Al-maklum lah, lama tak layan laut, i mean ketenangan laut. Ramai orang masa petang tu. Anak-anak bermain air, ayah bawa anak kecil, amoi2 dan leng chai pon ade sebab petang raya cina aku pergi sana, penjual aiskrim (look like Pakistani punya orang) dan lain2.. terlalu banyak pulak aku nak taip satu2.. =P


Original pixel can go to: HERE

Tu je la aku shoot. Pakai Nokia C3 je, event kamera bawak aku shoot lain! bukan sunset pon. Pastu, aku ada buat 3gp sket. Ala-ala Vblog la kan, tapi still ada perasaan nerves2 depan kamera to record! Now aku ngah biasa2 kan diri la nie.. =D

Enjoy!!

Ok, tu je nak share ngan korang. For conclusion, outing kat Sekincan bersama Paman memang syOk! Aku mungkin repeat lagi outing nie, but akhir bulan 3 lah sebab tunggu sawah padi naek cantik punya. Boleh bawak model sekali, =D. Ok lah, see ya.. as salam...

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa blog aku simple gila: Background putih semata? by shahroll

Tuesday, December 14, 2010
As salam to all,


Tajuk posting bukan pertanyaan daripada mana-mana pihak. Mungkin pada reader aku yang lama, tahulah macam mana aku nyer layout yang dulu. Dulu aku masih "bertatih" dalam dunia berblogging, but now dah kira agak senior (pe kes dah senior pon?) HAHA!


Kalau dulu, macam budak-budak nyer layout lah. Nak fancy2 cam tu. Natijahnya, ramai kata blog aku berat. Seberat tuan belog nie jugak la kiranya. Then, aku tukar lagi layout. Mereka mengucapkan hal yang sama. Then aku tukar lagi.


Sampai satu waktu, dimana kalian sudah mengatakan belog aku dah "ringan", masa aku dah pakai template yang sekarang nie. Simple kan? plain white, no image background, no audio (erk..?) dan loading pon cepat, korang leh tengok speed loading belog aku yang mana purata cuma mengambil masa 4.5 second or lebih sikit lah.


** see? =) **

Aku bukan tak nak cuba template yang lain, yang lebih cool dan best. Banyak pertimbangan yang aku kena analisa (cet! yolah..). Salah satunya, aku kalau boleh semua orang boleh baca belog aku nie hatta memakai broadband berkuasa rendah. Yang mana berkuasa tinggi tu, aku tak berapa gusar sangat, sah2 speed load laju kan? ke ada masalah jugak?

Dan, untuk pengguna smartphone aku ambik kira juga. Yelah, bukan semua orang dok hadap PC 24 jam (macam aku kot?). Banyak lagi kerja yang kena buat,so dengan menggunakan medium smartphone sebagai perantara aku dan korang (pembaca) yang kononya tak mahu terlepas setiap posting aku (cess.. perahhhsan!) speed dalam smartphone pon masih di paras yang OK.

Seperti pengguna ini:-

** OMG! This soooo NICE!! HAHA.. **

Dah cuba beberapa tempat yang mempunyai wifi yang ada sekitar 2-3 bar, laju juga untuk men-loading belog aku. So, terjawab la eh kenapa aku pakai blog template yang gilewww simple nie? hehe.. ok lah, see next! As salam...

[ads text]- Download my app at Ovi Store- HERE

Saturday, December 04, 2010

Kau, Aku dan dot dot dot.... by shahroll

Saturday, December 04, 2010
As salam to all,


Petang2 yang "moody" membuatkan aku sedikit bohhsan. Dah bosan2, hadap PC, haruslah buat sesuatu! HAHA!.. just enjoy ya! Oh, before that, original source (gambar) diambil dari Youtube dan Original story adalah dari Ada Apa Dengan Cinta (cerita Indonesia paling tak jemu aku ulang tayang!) see ya! As salam...






More posting about Nokia C3:


Friday, December 03, 2010

Kesan pengiklanan di blog: Aku tewas!

Friday, December 03, 2010
As salam to all,

Baru balik dari solat Jumaat di Klang tadi (sekali dengan amek road tax kereta), then jalan2 kat Centrepoint, usha2 tepon C3, sekali sangkut daa! huhu~ tapi memang niat dalam hati nie dah lama nak beli, tapi tak sempat (alah.. duit lom cukup! =P)

Tambahan pulak, semalam baru pergi workshop Ovi Store, so dengan Nokia C3 nie, dapat lah aku menggunakan secara maximum untuk apps sebagainya. Memang tepon nie sosialitas lah, dibina untuk berhubung dalam FB dan Twitter. Dan, aku suka! HAHA!

** UN-box view: Urghhh stim kot dalam genggaman aku..**

** Box Nokia C3: Review pakai duit sendiri!**

Aku usha 2-3 tempat kat kawasan Klang tu, then aku dapat set Original from Nokia. Not bad lah harganya, complete set with 2Gb Memory, Hands-free dan charger RM550 warranty selama setahun. Hermm, kalau aku menang Nokia N8, aku tolak murah2 k ngan korang... HAHA!

Masih terkial-kial keypad QWERTY ni. Demm! kampung sungguh. Orang kampung pon lagi maju dari aku. HAHA!.. ok lah.. nantikan apps Ovi aku untuk blog nie k.. support Malaysia Bloggers! LOL~

As salam..

Monday, October 18, 2010

Nice ke C3 Nokia nie? by shahroll

Monday, October 18, 2010
Salam all! =D

Kalau dulu kalau aku nak beli henpon baru, suka selak2 majalah or baca review on official website. But, semua tu macam tak "praktikal" sebab aku dah mula praktik kan membaca daripada blog! Why la aku choose blog? sebab review on blog more believable, not bias dan tak berat sebelah! hehehe..

Now, aku nak telefon yang leh connect dengan Facebook and Twitter lah. 2 bende ni harus ada dalam setiap henfon skang, kalau tak telefon tu tak akan laku punya! uhu~ kejam tak statement aku nieh? =P. Dengan itu, aku ada ternampak 1 iklan pasal tepon nie, keluaran Nokia model C3
** Ala2 Blackberry jek.. heheh~ cool gak nie..

Aku dah review mende nie kat several bloggers yang aku kire "otai" la pasal review2 barang gadget mahal2 nie.. (Nokia nie tak mahal pon, around RM550 je..) but, aku ada nampak pro and cont yang BERBEZA dari segi penyampaian review. Haihh~ takkan BLOGGER pon nak jadi Media arus perdana pulak kan? jadi transparent please! Bukan pe, kalau tak, orang dah tak mau baca blog sebab pe? sebab dah sama baca dekat online newspaper! hermmm..

But aku dalam pertimbangan dalam membeli henpon nie... korang de idea lain? =D