Hari nie enjoy gile buat kerja. Walaupun seharian shooting gambar, but couple yang aku shoot sporting habes. Cool jek. Wa like both you lah! hoho.. Lepas habis majlis dalam lebih kurang jam 5 petang, aku angkat kaki ke Nilai 3 pulak. Apa yang best sangat kat sana? Jom terjah! =P
Petang tadi, kira first time gak la aku pergi sana. Dulu setakat dengar-dengar orang bercerita pasal Nilai 3. Hebat giler "hearsay" yang aku dengar. So, dah alang-alang ade job kat sana, layankan aje..
Macam mana nak gi ke sana? HAHA! senang jek. Malaysia kan banyak signboard dow. Tak yah sesusah nak Google Map/ Garmin bagai. Cukup jadi pemandu yang mempunyai mata yang tajam. huhu~ Layan gambar k? korang suka kan.. =D
Dari tol Nilai korang amik ke kiri, terus saja akan nampak signboard..
Beberapa minit pas tu, korang akan masuk ke pintu gerbang nie..
[sampai dah!!]
Kat sini, macam-macam ada (tak la macam2 sangat) tapi kalau pasangan yang nak kawin tu, boleh layan shopping kat sini. Banyak pilihan, barang pon cool dan best..
Salah satu barang yang aku shoot tadi. Buat anggaran dari sekarang k! HAHA..
Nice! nie kalau mak aku nampak, sure nak beli nie, huhu.. tapi aku sendiri tengok pon best, nak letak kat umah, baru naik seri rumah kan? (o_V)
Nie nak buat door gift cantek gak. Murah?
Lagi gambar bunga. Arggghhh.. harga leh tahan gak.. tapi dah cantik, angkut je..tak gitu cik temah? LOL~
Last-last, apa aku beli? Petai, limau kecik dengan longan (mata kucing). Huhu, cuci mata jek datang sini, OH! sempat beli kain tuk mak aku gak, nice ah..
seb baek dia suka, hoho..
Seronok cuci mata kat sini, leh bawak family lak pas ni.. HAHA! kompom 1 hari tak cukup berjalan, huhu~ see next post! As salam...
No comments:
Post a Comment