Showing posts with label editing. Show all posts
Showing posts with label editing. Show all posts

Thursday, July 31, 2014

SH iMAGE Production: Video and Photo editing murah! by shahroll

Thursday, July 31, 2014



As salam, hello readers...

Barangkali anda tercari-cari freelance yang boleh membuat video atau gambar anda samada untuk majlis perkahwinan, korporat mahupun untuk koleksi peribadi. Usah gusar, kini SH iMAGE Production boleh membuatkan kerja anda lebih mudah!

Harga promo hingga hujung tahun 2014!!

Apa pakej yang ditawarkan oleh SH iMAGE Production?

#1-Video Editing
a) Menawarkan khidmat suntingan untuk final product berdurasi 3-5 minit sahaja dalam bentuk format AVI/ MP4/WMV

b) Footage boleh diserahkan dalam bentuk DVD dan hantar ke alamat yang diberi atau melalui Google Docs

c) Harga setiap editing hanya RM160 (simple editing) dan RM260 untuk pertambahan animasi

d) Perisian yang digunakan adalah Sony Vegas PRO 12, Adobe After Effect & Camtasia Studio

e) Hasil kerja akan siap 3-4 hari dalam waktu bekerja


#2- Custom Album/ Photo book design

a) Khidmat membuat custom album sebanyak 20 pages dengan harga RM230 setiap design. Semua hasil akhir dalam bentuk PSD file.

b) Gambar yang hendak di sunting, pastikan dalam bentuk original (raw) atau beresolusi 300 dpi sahaja

c) Suntingan gambar akan dipilih oleh editor, gambar yang terbaik atau anda siap-siap pilih masuk dalam folder. Itu lebih baik.

d) Hasil kerja akan siap 3-4 hari dalam waktu bekerja

Mereka yang berminat boleh hubungi shahroll di talian WhatsApps 012-3437359 atau email di shahrollphoto@gmail.com

terima kasih!


Saturday, June 14, 2014

Mixed Software: Adobe After Effect and Sony Vegas 12 by shahroll

Saturday, June 14, 2014



As salam, hello readers...

Bermula pada jam 9.33 malam sampai jam 1.15 pagi (lebih kurang 3 jam lebih) aku memulakan pembelajaran secara sendirian (PSS) menerusi Youtube dan beberapa tutorial yang lain untuk menghasilkan introduction se-simple 6 saat!

6 saat untuk 3 jam pembelajaran, agak bagus disitu ya...

Apa yang aku belajar dalam After Effect (AE) kali ni?

1) Key-framing
Asas yang sangat asas dalam AE ni. Aku pernah bagitahu post lepas, ada beberapa part dalam editing software lagi-lagi melibatkan motion, keyframe perlu korang tahu dan mahir. Kalau tak macam mana nak gerakkan text korang kan? Masukkan keyframe dan tambah keyframe tu asas..

2) Effect
Nama pun After Effect, so ada banyak plugin dalam AE yang korang boleh pakai. Kalau nak create secara manual pun boleh. Buat satu-satu dalam layer yang berkenaan. Ada beberapa items yang boleh digodek.

paparan "workspace" dalam AE

Just simple projek aku buat, paparan logo untuk sesebuah company production house. Nama HNS PRODUCTION aku dah chop eh! Jangan memandai pulak nak ambil. HAHA! So, dengan bantuan AE campur pulak dengan Sony Vegas (SV) jadilah 6 saat punya introduction

Kenapa aku pakai SV eh?

1) Masukkan musik latar
Dalam AE, agak "semak" untuk cut & fade musik, so apa yang aku buat, render dulu projek yang ko buat, pastu pilih ke format AVI (kompom size besar!) kalau tak, hasil dia tak cantik. Size untuk aku nyer projek dalam 296MB for 6 second!

2) Masukkan "Transition"
Dalam banyak-banyak transition dalam SV, aku kerap pakai Cross Fade dengan Flash. Lain-lain aku jarang-jarang pakai. Kalau pakai pun, untuk projek-projek unprofessional look macam job/task gomen. Kalau company luar hire aku, aku memang pakai 2 benda ni je

Hasilnya sepeti dibawah; (aku reduce sizenya ke 1.16MB untuk jimat space upload ke Youtube!)


enjoy!


Thursday, June 12, 2014

Kelas editing video? by shahroll

Thursday, June 12, 2014



As salam, hello readers...

Nak kata aku mempunyai pengalaman yang luas dapat bidang suntingan video, tidak lah sebesar mana. Tapi beberapa projek telah aku hasilkan seperti dalam post entry SINI. Aku mahu melebarkan ilmu dan kefahaman aku dalam bidang ni dengan berkongsi dengan mereka yang dahaga ilmu suntingan

video yang aku hasilkan, boleh nonton disini: Shahrul Hairy Channel

Projek video untuk Mandarin paper, boleh baca dalam SINI

Sebagai permulaan, aku akan buat private coaching dengan level basic dahulu. Dengan pemahaman tentang tool yang bakal digunakan, membuatkan korang familiar dengan setiap fungsinya.

Kelas ini sesuai untuk mereka yang ingin membuat video company yang berbajet rendah.

Apa yang korang dapat dalam Private Coaching aku nanti?

#1-Mengenali setiap fungsi dalam Sony Vegas 12 (paling latest)
#2-Mengenali timeline, track audio & video, text, fade, transition etc
#3-Membuat rendering yang betul
#4-Musik background yang sesuai dengan projek

DAN BANYAK LAGI! Itu semua bakal korang dapat untuk 5 jam pembelajaran dan hanya 3 orang saja untuk satu-satu masa.

Pelaburan RM190/seorang bakal dikenakan untuk nota dan makan minum sekali. Jika berminat, boleh WhatsApps Shahroll di 012-3437359

enjoy!


Tuesday, March 25, 2014

Belajar Camtasia Studio bersama Hafiz Rahman (HR Design) by shahroll

Tuesday, March 25, 2014



As salam, hello readers...

Semalam (24/3) bertempat di Restoren Hakim seksyen 7 Shah Alam bertemu dengan rakan yang agak lama tak jumpa lepak minum. Masakan tidak, masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri dan juga perniagaan yang dibina. Alhamdulillah, syukur!

Hafiz Rahman ni aku jumpa masa event Raya Korban dulu kat banting. Hebat baq ang dia neh. Pandai design bunting, flyers, banner semuanya cantik-cantik. Aku suka design yang kemas dan ringkas. Blog HR Design untuk tatapan korang.

Ok, semalam masa lepak-lepak santai, aku ada suruh dia bawak laptop. Ingat nak sembang pasal video profile syarikat untuk aku jadikan portfolio. Last-last kalih topik jadi belajaq pasai software "Camtasia Studio"

senang belajar perisian ni. Tak sampai sejam tak boleh buat sendiri

Dok sembang pasal buat montaj menarik yang bukan saja boleh dibuat dalam Sony Vegas 10, tapi aku nak cuba dengan perisian lain. Boring gak kadang tu. Sesekali kena la cuba dan cari ilmu baru kan?

Dekat kedai mamak pon jadi wehh...

Gambar atas tu Hafiz sedang ajaq aku macam mana nak guna mende alah ni. Pehtu aku tinju dia dengan soalan-soalan macam-macam. Sampai member menguap lah! HAHA! Tapi dia ok, sporting baq ang! Tengok gaya dah taw dak? HEHE...

Lepaih 15 minit lebih kurang, aku cuba sat. Memula kekok sket pehtu dah ok. Senang gila kot? Tak yah masuk kelaih leh pandai dah. Semua dah tersedia dalam tu, cuma pepandai hang la nak buat kasi cantik.

bereh dop?

enjoy!


Saturday, October 02, 2010

[shared] change your tone+ sharper image by shahroll

Saturday, October 02, 2010
Salam all =)

Baru sempat nak mengadap blog. Dari tadi melayan batuk-batuk tak sudah menyebabkan kepala aku naik pening. Entah virus mana melanda aku, tetibe dapat batuk-batuk. Dah telan ubat batuk chap laut Africa lam peti sejuk. Alhamdulillah, reda sikit.. =D

Ok, posting nie bukan aku nak tunjuk macam tutorial tu, just nak shared ngan korang tone yang selalu aku guna untuk post-processing. Mostly, untuk gambar-gambar wedding, aku try banyak tone, then now aku dah stand with one tone only.

Tengok pada gambar dibawah: Credit to MatJep for Official Photographer. Client, Munie & friends.( example photo)

** After post-processing

Aku tunjukkan yang dah siap aku edit. Aku tak pernah memakai banyak "layer" untuk menghasilkan editing yang mudah. Cukup dengan 5-6 layer sudah memadai. Aku juga suka menggunakan "Action file" untuk menyenangkan aku membuat kerja-kerja editing.

Kalau editing dibuat untuk sekeping dua, memang korang leh cakap tak payah guna action file, but kalau dah banyak nak diedit, so how? Action file terdiri daripada meng-resize gambar, buat frame,buat gambar berkeping-keping dan banyak lagi.

aku diantara orang yang suka mengumpul action file untuk TONE colour. Setelah lama juga aku mencari tone yang sesuai, so ini lah yang terhasil. Bukan hanya dengan action file tone saja aku guna, kadang terpaksa mengikut keadaan gambar yang diedit. Bukan semua boleh dipakai menggunakan action.

Masih lagi menggunakan basic editing dengan menaikkan Level, main dengan curve, then colour balance lah selalu orang editing guna kalau nak main colour.Untuk menghangatkan gambar nie lagi, korang boleh masukkan elemen-elemen seperti noise,high-pass dan pelbagai filter yang boleh korang guna. Try and error lah.. =D

**Before post-processing
Enjoy everybody! salam..