As salam, hello readers...
Tanggal 30hb Julai 2013 bertempat di Sungai Kelambu, Banting telah diadakan satu majlis berbuka puasa bersama e-Qurban dengan anak-anak yatim dan juga pelajar tahfiz. Alhamdulillah, aku sekali lagi diberi kesempatan untuk mengikuti majlis ini. Pada tahun lepas, boleh baca di post entry INI
e-Qurban sudah 4 tahun sejak 2009!
Sampai disana lebih kurang pada jam 6.30petang dan disambut dengan emcee yang mengalu-alukan kedatangan kitorang. Seronok rasa! Macam media arus perdana je padahal kami blogger picisan saja. HEHE! Selepas mendaftarkan diri, kami terus ke khemah yang disediakan pihak penganjur.
sebahagian para tahfiz yang di muliakan...
Pada tahun ni, aku rasa berlainan sedikit. Bukan lain apa, kalau tahun lepas aku hanya mengenali beberapa orang bloggers dan team e-Qurban tetapi pada tahun ini aku seperti "keluarga e-Qurban" itu sendiri sebab mengenali team-team e-Qurban dengan lebih dekat seperti Tuan Haji Masrukin, Encik Yuzaidi, anak tuan haji dan beberapa orang yang lain.
Ini disebabkan aku telah mengikuti Misi Kembara di Kemboja pada tahun lepas.
gambar tahun lepas, dimuatkan didalam buku laporan e-Qurban 2009-2013


