Salam all =)
Baru sempat nak mengadap blog. Dari tadi melayan batuk-batuk tak sudah menyebabkan kepala aku naik pening. Entah virus mana melanda aku, tetibe dapat batuk-batuk. Dah telan ubat batuk chap laut Africa lam peti sejuk. Alhamdulillah, reda sikit.. =D
Ok, posting nie bukan aku nak tunjuk macam tutorial tu, just nak shared ngan korang tone yang selalu aku guna untuk post-processing. Mostly, untuk gambar-gambar wedding, aku try banyak tone, then now aku dah stand with one tone only.
Tengok pada gambar dibawah: Credit to MatJep for Official Photographer. Client, Munie & friends.( example photo)
** After post-processing
Aku tunjukkan yang dah siap aku edit. Aku tak pernah memakai banyak "layer" untuk menghasilkan editing yang mudah. Cukup dengan 5-6 layer sudah memadai. Aku juga suka menggunakan "Action file" untuk menyenangkan aku membuat kerja-kerja editing.
Kalau editing dibuat untuk sekeping dua, memang korang leh cakap tak payah guna action file, but kalau dah banyak nak diedit, so how? Action file terdiri daripada meng-resize gambar, buat frame,buat gambar berkeping-keping dan banyak lagi.
aku diantara orang yang suka mengumpul action file untuk TONE colour. Setelah lama juga aku mencari tone yang sesuai, so ini lah yang terhasil. Bukan hanya dengan action file tone saja aku guna, kadang terpaksa mengikut keadaan gambar yang diedit. Bukan semua boleh dipakai menggunakan action.
Masih lagi menggunakan basic editing dengan menaikkan Level, main dengan curve, then colour balance lah selalu orang editing guna kalau nak main colour.Untuk menghangatkan gambar nie lagi, korang boleh masukkan elemen-elemen seperti noise,high-pass dan pelbagai filter yang boleh korang guna. Try and error lah.. =D
**Before post-processing
Enjoy everybody! salam..
No comments:
Post a Comment