Showing posts with label Laila Crispy Chips Taste. Show all posts
Showing posts with label Laila Crispy Chips Taste. Show all posts

Saturday, November 14, 2015

Product shoot: Laila Crispy Chips & Taste kerepek sedap! by shahroll

Saturday, November 14, 2015



As salam, hello readers...

Lama aku tak buat post pasal gambar. Kalau ada pun, cuma sipi-sipi je aku sentuh. Now, aku nak story pasal kerepek mak aku, Laila Crispy Chips & Taste (LCCT) yang mana, untuk online presence dan social media nya, aku yang buat dan kemaskini termasuk lah blog LCCT.


disebalik tirai kerepek....

Sejak kemunculan kembali kerepek pisang tanduk mak aku ni, memang aku yang control semua. Dari shoot product, design, promo-kit, pastu create blog+facebook. Semua buat sendiri, setelah mempunyai skill dan pengetahuan yang agak dalam untuk membuat marketing online. Thanks Allah!!

RM35 adalah harga pada tahun 2012!

Gambar diatas antara gambar yang terawal aku ambil. Bukan di studio putih (white studio) tapi di dalam bilik tidur sahaja. Berbekalkan lampu studio 2 biji dan 1 kamera, terhasil gambar diatas.

Dan aku touch-up sikit dengan photoshop, simple design untuk letak di dalam Facebook page.

Bagi owner business online semua, kalau nak buat gambar produk tu, biar semegah sikit, sebab kita jual online. Mereka yang nak membeli ni, perlu tengok gambar yang flawless, segar, cantik, boombastik dan menarik minat pembeli bukan sahaja untuk membeli, tapi untuk SHARE dalam social media mereka juga.

Happy Weekend!

enjoy!





Tuesday, September 22, 2015

Behind the scene: Bagaimana mula berniaga kerepek? by shahroll

Tuesday, September 22, 2015



As salam, hello readers...

Terima kasih sudi singgah di blog aku. Hari ni aku nak cerita kat korang, bagaimana kami team Laila Crispy Chips & Taste (LCCT) mula berniaga kerepek. Awalnya, kerepek kami bukanlah pisang tanduk, tetapi pisang nangka pun kami buat kerepek.

Sejak tahun 1999, sudah mula menjual di sekitar Kuala Langat. Dulu, family aku duduk sana dan aku masa tu kecik lagi.


pembekal utama pisang mentah

Awal tahun 2012, setelah lama menyepi dari industri kerepek, aku usulkan semula pada mak aku, untuk menjalankan balik zaman membuat kerepek. Awal-awalnya macam tak nak pun mak aku nak buat, tapi aku bersungguh nak cuba balik (buat comeback la kononnya!) dengan cara yang berlainan.

Apa yang berlainan sangat tu?

1) Aku cuba buat nama baru. Susah tahu nak cari nama untuk kerepek ni. Lastly tercipta lah nama LCCT tu. Walaupun macam panjang, Alhamdulillah ramai yang boleh sebut dengan baik dan lancar walaupun customer yang call tu bukan dari Melayu.

2) Logo. logo ni macam tak penting kan? sebenarnya penting sangat! Sebab aku berniaga dalam online+media sosial. Nak tak nak kena buat juga, walaupun hasilnya tak semegah mana pun. Dah lama guna logo aku buat, baru aku refer pada orang yang layak (designer) untuk ubah balik logo kerepek aku.

3) Pembekal. Pembekal ni kadang-kadang jadi masalah jugak bagi team LCCT. Time pisang mentah banyak, sampai dah masak pisang tu ada kat dorang. Time tak ada pulak, harga tinggi. Kitorang pon pelbagaikan channel pembekal sampai cari terus dari kebun! Alhamdulillah, sekarang dah stabil pembekal yang bagi pisang mentah dengan kami.

4) Bangun awal pagi. Seawal 4 pagi aku dah ready nak kutip pisang mentah kat Klang. Lokasi tepat, pasar borong Klang. Pembekal dah kami lock untuk membeli. Pergi sana, ambil dan terus balik. Dari situ aku perhatikan, Melayu ke Cina ke India ke siapa datang cepat, dia dapat barang fresh dari penjual.

Sebab apa? pagi-pagi macam tu harga lebih murah dan barang pun segar. Kalau beli borong lah, setakat beli sekilo dua ikan, baik pergi kat Tesco.

5) (aku simpan point ni. Ada request sambung entry, aku buka balik)

Antara pengalaman aku yang boleh aku kongsikan kat korang, my beloved pembaca dan visitor. Tanpa korang, hits dalam blog aku ni suam-suam je. HEHE!

Thanks for reading. Share this story if you want motivate someone!

enjoy!




Sunday, February 22, 2015

Production Laila Crispy Chips & Taste bertambah banyak? by shahroll

Sunday, February 22, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, siap segala kerja berkenaan dengan quotation perkahwinan. Orang sekarang nak kawin, tak payah susah-susah, search je dalam Google photographer macam mana dorang nak. Semua ada. Ikut pada bajet korang siapa yang mampu untuk diupah. HEHE...

Aku nak bercerita pasal kerepek pisang tanduk LCCT aku ni. Bukan pasal service fotograpi. Next time aku cerita pasal gambar.

Production kerepek aku, syukur Alhamdulillah berjalan lancar sejak hari Jumaat lepas. Now stock kerepek LCCT mencecah 18 kilogram dan 12 kilogram darinya telah pun ditempah oleh agen kami di Bukit Jelutong, Shah Alam


Untuk production kali ini, memang "ngam-ngam" dapat 12kilogram. Al-maklumlah, tempat yang lebih besar sedang diusahakan untuk membuat stock yang lebih banyak, lebih dari apa yang ada sekarang. Jika ada tempat baru yang lebih luas, tambahan modal serta tambahan mesin, InsyaAllah bekalan kerepek kami boleh diluaskan lagi oleh agen-agen dibawah kami, aminnn!

Usaha ke arah memperbesarkan kerepek ini ada, cuma perlu banyak buat kertas kerja dan beberapa perkara yang masih 'sangkut' di tengah jalan. Mudah-mudahan Allah memberikan jalan yang muda serta lurus kepada kami sebagai pengeluar kerepek pisang tanduk yang paling laris di Klang!

enjoy!


Sunday, February 01, 2015

3 tahun jenama Laila Crispy Chips & Taste di pasaran, apa yang terbaru? by shahroll

Sunday, February 01, 2015



As salam, hello readers...

Masuk kita ke bulan Februari 2015. Dengan bulan yang baru, makin hampir misi aku untuk 2015 ni. Misi ape eh? HAHA! tunggu sampai bulan 8 nanti, korang tahulah. Sedar tak sedar, dah 3 tahun jenama LAILA CRISPY CHIPS & TASTE berada di pasaran yang dijual secara online, postage dan juga yang memborong


penjenamaan semula LCCT

Sebuah perniagaan perlu ada kemajuan dari segi infra, pekerja dan juga modal yang lebih besar untuk membesarkan lagi bisnes. Untuk tahap ini, aku mempertimbangkan untuk membuat "penjenamaan" semula bersama designer hebat dari Kedah, Hazril Hafiz. Dia lah yang bertanggungjawab membuat penjenamaan ini dengan jayanya.

Aku memikirkan logo yang sesuai selain yang sudah aku buat. Menurut HH, logo yang aku gunakan sekarang kurang sesuai untuk produk makanan dari segi warna, typography dan juga bentuk. Maka, dengan dada yang terbuka lagi luas, aku menerima idea dan saranan HH untuk "menukar" wajah/imej bisnes kerepek pisang tanduk aku dengan logo dan packaging diatas.

Hanya logo sahaja yang aku boleh tukar sekarang. Untuk packaging aku masih lagi "hold"

Dan malam tadi, aku berjumpa dengan rakan travel agen aku di seksyen 7, Shah Alam. Sesi korek ilmu+ngeteh dan bertukar pandangan berjalan serentak tanpa ada sekatan-sekatan ilmu....

Sesi bermula dari 9.30 malam sampai 12.30 pagi. Selain borak pasal kerepek pisang tanduk yang mana aku terangkan macam mana nak jadi agen kerepek LCCT, terms and condition (TNC) dan sebagainya aku dah terangkan secara jelas dan nyata. Modal permulaan pun rendah untuk memulakan bisnes kerepek pisang tanduk aku ni =)

Part paling best, bila dah duduk di kedai mamak, ada seorang foreigner dari India bertanyakan pasal kerepek pisang tanduk aku. Aku cuma bawa pack 500gram pulak, sebab dia nak rasa dulu. So, aku offer pack 500 gram, dia menolak. Aiseh! rugi pulak rasanya.. HEHE!

How your business? doing good?

enjoy!


Thursday, June 19, 2014

Kerepek Online terbaik: Laila Crispy Chips & Taste by shahroll

Thursday, June 19, 2014



As salam, hello readers...

Membuat kerepek yang berkualiti tinggi dan memenuhi selera setiap pelanggan adalah suatu perkara utama dalam setiap penghasilan kerepek oleh para pembuatnya. 

Bagi pihak pembeli, wang yang dibelanjakan untuk membeli kerepek berkualiti serta bagus lagi lazat dimakan menjadi perkara pertama yang wajib diberikan.

Begitu juga halnya dengan perusahaan Laila Crispy Chips & Taste (LCCT)


unpacking banana chips LCCT!

Kenapa kerepek keluaran Laila Crispy Chips & Taste menjadi pilihan?

#1-Ketahanan kerepek pisang tanduk kami mempunyai ketahanan selama 3 minggu selepas pembelian. Ini terbukti setelah pihak LCCT mencuba kerepek dengan kaedah tertentu dalam kajian yang dijalankan

#2-Diproses secara tradisional dan berkonsep "homemade maker"

#3-Bermula dari pembelian bahan mentah, setiap pisang yang dibeli wajib matang dan bukan pisang muda yang tidak sesuai dijadikan kerepek.

#4-Kurang berbau hapak. Mengapa perkara ini berlaku? Kawalan proses penggorengan yang mengawal samada kerepek yang dihasilkan berbau hapak atau sebaliknya

#5-Aroma serta rasa kerepek pisang tanduk kami mempunyai kelainan tersendiri dan dijamin, kenikmatan itu hanya ada dalam kerepek keluaran kami sahaja.

Kesemua point-point yang ditulis, adalah datang dari pihak LCCT dan juga dari pelanggan setia yang membeli kerepek LCCT. 

Antara komen dan pelanggan kerepek online terbaik ini dapat dilihat di blog LCCT dan juga FB Page Reviews

Nak cuba sepeket?

enjoy! 


Saturday, February 22, 2014

Kerepek Pisang Tanduk Laila Crispy Chips & Taste dilamar oleh TV9? by shahroll

Saturday, February 22, 2014



As salam, hello readers...

Tidak terlintas atau terfikir pun aku pasal hal ini. Yelah, setakat jual kerepek, siapa nak pandang? Lagi-lagi BIG COMPANY macam Media Prima. Aku agak terkejut+tak percaya+gembira gila bila 1st time dapat email dari team TV9 (salah satu anak syarikat Media Prima) menyatakan hasrat mereka "melamar" Kerepek Pisang Tanduk keluaran LCCT!

muka aku tak boleh blah! 1st time masuk Sri Pentas katakan...

Datang tepat pada jam 11 pagi, seperti yang dijanjikan untuk bertemu dengan pegawai yang in-charge di bahagian event. Actually pegawai berkenaan unit branding communication di TV9. Besar gak tu posisinya. Kebetulan masa aku datang tu, beliau sedang bermesyuarat di atas tentang event yang mereka nak laksanakan pada awal April nanti.

Produk yang dipersembahkan: Kerepek Pisang Tanduk LCCT

Aku bawa 2 bentuk packaging. Packaging balang tu untuk diberikan secara PERCUMA untuk team TV9 merasai keenakkan, keranggupan, kelemakkan dan sedikit rasa masin yang terdapat dalam kerepek tersebut. Dan, packaging yang plastik tu pula adalah final output untuk mereka, bagi gambaran itulah produk mereka yang bakal mereka terima sebanyak 500 peket nanti.

team TV9!