Saturday, February 22, 2014

Kerepek Pisang Tanduk Laila Crispy Chips & Taste dilamar oleh TV9? by shahroll




As salam, hello readers...

Tidak terlintas atau terfikir pun aku pasal hal ini. Yelah, setakat jual kerepek, siapa nak pandang? Lagi-lagi BIG COMPANY macam Media Prima. Aku agak terkejut+tak percaya+gembira gila bila 1st time dapat email dari team TV9 (salah satu anak syarikat Media Prima) menyatakan hasrat mereka "melamar" Kerepek Pisang Tanduk keluaran LCCT!

muka aku tak boleh blah! 1st time masuk Sri Pentas katakan...

Datang tepat pada jam 11 pagi, seperti yang dijanjikan untuk bertemu dengan pegawai yang in-charge di bahagian event. Actually pegawai berkenaan unit branding communication di TV9. Besar gak tu posisinya. Kebetulan masa aku datang tu, beliau sedang bermesyuarat di atas tentang event yang mereka nak laksanakan pada awal April nanti.

Produk yang dipersembahkan: Kerepek Pisang Tanduk LCCT

Aku bawa 2 bentuk packaging. Packaging balang tu untuk diberikan secara PERCUMA untuk team TV9 merasai keenakkan, keranggupan, kelemakkan dan sedikit rasa masin yang terdapat dalam kerepek tersebut. Dan, packaging yang plastik tu pula adalah final output untuk mereka, bagi gambaran itulah produk mereka yang bakal mereka terima sebanyak 500 peket nanti.

team TV9!


Setelah berbincang lebih kurang dalam 20 minit, dan perbincangan melibatkan ketetapan samada mereka, TV9 serius untuk membeli sejumlah kerepek yang dinyatakan ataupun hanya ingin melihat dahulu produk? Alhamdulillah, mereka CONFIRM ambil tetapi, hanya tarikh bila untuk menghantar bekalan kerepek, itu mereka sedang berbincang sesama mereka.

Aku hanya menunggu email atau SMS dari team TV9.

Serius, aku tak sabar untuk hantar bekalan kepada mereka kerana aku ingin melebarkan sayap Kerepek Pisang Tanduk LCCT ini lebih luas lagi. Pasaran sekarang tertumpu di area Lembah Klang sahaja. Itupun bekalan sentiasa habis, Alhamdulillah!

Permintaan dari dalam negara sudah tidak cukup tangan untuk handle, maka aku rasa dah tiba masanya untuk membesarkan perniagaan ini dengan mencari kedai kecil dan tambah tenaga kerja? InsyaAllah =)

Our new logo...

bekalan Kerepek Pisang Tanduk yang ada...

enjoy!


No comments: