Showing posts with label kerepek pisang. Show all posts
Showing posts with label kerepek pisang. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

Production Laila Crispy Chips & Taste bertambah banyak? by shahroll

Sunday, February 22, 2015



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, siap segala kerja berkenaan dengan quotation perkahwinan. Orang sekarang nak kawin, tak payah susah-susah, search je dalam Google photographer macam mana dorang nak. Semua ada. Ikut pada bajet korang siapa yang mampu untuk diupah. HEHE...

Aku nak bercerita pasal kerepek pisang tanduk LCCT aku ni. Bukan pasal service fotograpi. Next time aku cerita pasal gambar.

Production kerepek aku, syukur Alhamdulillah berjalan lancar sejak hari Jumaat lepas. Now stock kerepek LCCT mencecah 18 kilogram dan 12 kilogram darinya telah pun ditempah oleh agen kami di Bukit Jelutong, Shah Alam


Untuk production kali ini, memang "ngam-ngam" dapat 12kilogram. Al-maklumlah, tempat yang lebih besar sedang diusahakan untuk membuat stock yang lebih banyak, lebih dari apa yang ada sekarang. Jika ada tempat baru yang lebih luas, tambahan modal serta tambahan mesin, InsyaAllah bekalan kerepek kami boleh diluaskan lagi oleh agen-agen dibawah kami, aminnn!

Usaha ke arah memperbesarkan kerepek ini ada, cuma perlu banyak buat kertas kerja dan beberapa perkara yang masih 'sangkut' di tengah jalan. Mudah-mudahan Allah memberikan jalan yang muda serta lurus kepada kami sebagai pengeluar kerepek pisang tanduk yang paling laris di Klang!

enjoy!


Sunday, February 01, 2015

3 tahun jenama Laila Crispy Chips & Taste di pasaran, apa yang terbaru? by shahroll

Sunday, February 01, 2015



As salam, hello readers...

Masuk kita ke bulan Februari 2015. Dengan bulan yang baru, makin hampir misi aku untuk 2015 ni. Misi ape eh? HAHA! tunggu sampai bulan 8 nanti, korang tahulah. Sedar tak sedar, dah 3 tahun jenama LAILA CRISPY CHIPS & TASTE berada di pasaran yang dijual secara online, postage dan juga yang memborong


penjenamaan semula LCCT

Sebuah perniagaan perlu ada kemajuan dari segi infra, pekerja dan juga modal yang lebih besar untuk membesarkan lagi bisnes. Untuk tahap ini, aku mempertimbangkan untuk membuat "penjenamaan" semula bersama designer hebat dari Kedah, Hazril Hafiz. Dia lah yang bertanggungjawab membuat penjenamaan ini dengan jayanya.

Aku memikirkan logo yang sesuai selain yang sudah aku buat. Menurut HH, logo yang aku gunakan sekarang kurang sesuai untuk produk makanan dari segi warna, typography dan juga bentuk. Maka, dengan dada yang terbuka lagi luas, aku menerima idea dan saranan HH untuk "menukar" wajah/imej bisnes kerepek pisang tanduk aku dengan logo dan packaging diatas.

Hanya logo sahaja yang aku boleh tukar sekarang. Untuk packaging aku masih lagi "hold"

Dan malam tadi, aku berjumpa dengan rakan travel agen aku di seksyen 7, Shah Alam. Sesi korek ilmu+ngeteh dan bertukar pandangan berjalan serentak tanpa ada sekatan-sekatan ilmu....

Sesi bermula dari 9.30 malam sampai 12.30 pagi. Selain borak pasal kerepek pisang tanduk yang mana aku terangkan macam mana nak jadi agen kerepek LCCT, terms and condition (TNC) dan sebagainya aku dah terangkan secara jelas dan nyata. Modal permulaan pun rendah untuk memulakan bisnes kerepek pisang tanduk aku ni =)

Part paling best, bila dah duduk di kedai mamak, ada seorang foreigner dari India bertanyakan pasal kerepek pisang tanduk aku. Aku cuma bawa pack 500gram pulak, sebab dia nak rasa dulu. So, aku offer pack 500 gram, dia menolak. Aiseh! rugi pulak rasanya.. HEHE!

How your business? doing good?

enjoy!


Thursday, June 19, 2014

Kerepek Online terbaik: Laila Crispy Chips & Taste by shahroll

Thursday, June 19, 2014



As salam, hello readers...

Membuat kerepek yang berkualiti tinggi dan memenuhi selera setiap pelanggan adalah suatu perkara utama dalam setiap penghasilan kerepek oleh para pembuatnya. 

Bagi pihak pembeli, wang yang dibelanjakan untuk membeli kerepek berkualiti serta bagus lagi lazat dimakan menjadi perkara pertama yang wajib diberikan.

Begitu juga halnya dengan perusahaan Laila Crispy Chips & Taste (LCCT)


unpacking banana chips LCCT!

Kenapa kerepek keluaran Laila Crispy Chips & Taste menjadi pilihan?

#1-Ketahanan kerepek pisang tanduk kami mempunyai ketahanan selama 3 minggu selepas pembelian. Ini terbukti setelah pihak LCCT mencuba kerepek dengan kaedah tertentu dalam kajian yang dijalankan

#2-Diproses secara tradisional dan berkonsep "homemade maker"

#3-Bermula dari pembelian bahan mentah, setiap pisang yang dibeli wajib matang dan bukan pisang muda yang tidak sesuai dijadikan kerepek.

#4-Kurang berbau hapak. Mengapa perkara ini berlaku? Kawalan proses penggorengan yang mengawal samada kerepek yang dihasilkan berbau hapak atau sebaliknya

#5-Aroma serta rasa kerepek pisang tanduk kami mempunyai kelainan tersendiri dan dijamin, kenikmatan itu hanya ada dalam kerepek keluaran kami sahaja.

Kesemua point-point yang ditulis, adalah datang dari pihak LCCT dan juga dari pelanggan setia yang membeli kerepek LCCT. 

Antara komen dan pelanggan kerepek online terbaik ini dapat dilihat di blog LCCT dan juga FB Page Reviews

Nak cuba sepeket?

enjoy! 


Sunday, April 27, 2014

Kerepek Pisang Tanduk LCCT SOLD OUT?? WHAT THE FISH!! by shahroll

Sunday, April 27, 2014



As salam, hello readers...

SOLD OUT? biar betul! Permintaan kerepek pisang tanduk Laila Crispy Chips & Taste sekarang semakin berkembang pesat dengan tersebarnya gambar-gambar dan video viral yang dihasilkan melalui kaedah media sosial. Tempahan melalui blog & WhatsApps banyak membantu dari segi jualan. Begitu juga dengan khidmat selepas jualan samada ingin membeli lagi atau memberikan maklum balas yang baik atau yang kurang baik.

Selalunya mendapat maklumbalas yang positif. Alhamdulillah...

production minggu lepas

Sebanyak 15 kilogram telah dihasilkan dengan jumlah pisang mentah 60 kilogram! Walaupun hanya berskala kecil sahaja, tetap mampu untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kerepek pisang tanduk jenama Laila Crispy Chips & Taste ini

We Believe In Quality- LCCT motto

enjoy!


Wednesday, April 16, 2014

Tanam anak pokok pisang tanduk @ Sungai Yu, Kuala Selangor by shahroll

Wednesday, April 16, 2014



As salam, hello readers...

Haluu! Apa khabar? Ok, kita sambung cerita pasal aku balik ke kampung minggu lepas. Antara aktiviti sebelum aku balik ke Klang adalah menanam anak pokok pisang tanduk dibelakang rumah nenek aku di Sungai Yu.

4 anak pokok pisang tanduk

Pokok pisang tu diberi oleh makcik aku yang ada disebelah rumah nenek. Walaupun cuma 4 pokok je, tapi bila berkebun ni rasa lain macam! Bukan rasa apa, penat gila kot. Dengan keadaan tanah yang jenis keras+tanah liat, memang hazab!

sempat pose sebelum sesi menanam

Untuk tempoh membuahkan hasil, lama lagi. Kira-kira 6-7 bulan jugak penantian. Tapi Alhamdulillah sekarang sumber (supplier) pisang tanduk/lang mentah semakin ramai yang aku dapat. Kawasan sekitar Klang, Meru, Johan Setia dan paling baru Sijangkang. Sekali production untuk kerepek pisang tanduk LCCT tak kurang dari 60kilogram

kawasan tanah di Kampung Parit Empat (Segambut)

Di kawasan Segambut juga cantik untuk membuat investment penanaman pisang tanduk/lang ni. Pakcik aku boleh handle disini dengan mencarikan beberapa supplier yang boleh supply pisang mentah setiap 2 minggu sekali kepada kitorang. Aku harap apa yang dirancang, diperkenankan oleh Allah SWT, aminn!

enjoy!


Monday, April 07, 2014

Laila Crispy Chips and Taste dah ada blog? Kerepek Pisang Tanduk juga ada blog sendiri! by shahroll

Monday, April 07, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat aku menulis pagi ni. Lepas mandi memang segar amat lah kan. Tak boleh nak lelapkan mata. Dari aku buang masa terkebil-kebil, baik aku update blog, mesti korang suka kan? HAHA!!

Hari ahad aku terisi dengan aktiviti penghantaran kerepek pisang tanduk Laila Crispy Chips & Taste (LCCT). Dari pagi hingga lah ke malam. See? betapa aku busy menaikkan nama LCCT punya kerepek. Tapi aku puas apa yang aku dah capai sekarang. Tinggal nak capai ke peringkat seterusnya pula.

LCCT dah punyai Facebook page dan sekarang sudah ada blog sendiri. Mengapa aku guna medium blog (blogspot based) ni eh?

Yang pertama sekali adalah tentang carian 'Kerepek Pisang' ini banyak datang dari Google, yang mana kita tahu, Google merupakan enjin pencarian yang utama di dunia. Rata-rata pelanggan online LCCT datang dari Google Organic.

The flow adalah: Pelanggan> Buka Google> Taip "Kerepek Pisang Sedap"> Keluar my blog tentang LCCT> Link ke FB Pages

Oleh kerana itulah aku fikir, baik aku wujudkan satu platform lain untuk pelanggan-pelanggan setia kerepek pisang LCCT ini kepada medium yang lebih formal. Walaupun aku guna medium blog, template nya aku dah ubah bagi kelihatan seperti "website berbayar" itu.

blog kerepek pisang tanduk LCCT 

Aku ambil masa 3 hari untuk menyiapkan blog business ini siap lengkap dengan borang tempahan online. Disebabkan ramai membeli melalui online, aku rangka satu bentuk sistem yang bersistematik (Google Drive) untuk menyimpan pesanan-pesanan mengikut pada urutan di database.

Muka aku di blog LCCT;

Yeahh!! nampak apa jawatan aku tu? HEHE!!

Aku dah beri lihat blog ni kepada rakan-rakan terdekat dan juga owner a.k.a tawkey LCCT. Tak de apa yang tak OK. Alhamdulillah. Memang aku pilih theme minimalist dan mesra SEO templatenya. Blog itu akan jarang update macam blog aku, sebab aku nak maintain macam website. Ada promosi ke, ada road tour ke, ada big project ke, baru akan ada update (post entry terbaru) dalam blog LCCT.

Ok lah, tanpa buang masa lagi, aku perkenalkan kat korang blog kerepek pisang tanduk online yang howssttt lagi ohsem;... Bismillahirahmanirahim...


enjoy!



Saturday, February 22, 2014

Kerepek Pisang Tanduk Laila Crispy Chips & Taste dilamar oleh TV9? by shahroll

Saturday, February 22, 2014



As salam, hello readers...

Tidak terlintas atau terfikir pun aku pasal hal ini. Yelah, setakat jual kerepek, siapa nak pandang? Lagi-lagi BIG COMPANY macam Media Prima. Aku agak terkejut+tak percaya+gembira gila bila 1st time dapat email dari team TV9 (salah satu anak syarikat Media Prima) menyatakan hasrat mereka "melamar" Kerepek Pisang Tanduk keluaran LCCT!

muka aku tak boleh blah! 1st time masuk Sri Pentas katakan...

Datang tepat pada jam 11 pagi, seperti yang dijanjikan untuk bertemu dengan pegawai yang in-charge di bahagian event. Actually pegawai berkenaan unit branding communication di TV9. Besar gak tu posisinya. Kebetulan masa aku datang tu, beliau sedang bermesyuarat di atas tentang event yang mereka nak laksanakan pada awal April nanti.

Produk yang dipersembahkan: Kerepek Pisang Tanduk LCCT

Aku bawa 2 bentuk packaging. Packaging balang tu untuk diberikan secara PERCUMA untuk team TV9 merasai keenakkan, keranggupan, kelemakkan dan sedikit rasa masin yang terdapat dalam kerepek tersebut. Dan, packaging yang plastik tu pula adalah final output untuk mereka, bagi gambaran itulah produk mereka yang bakal mereka terima sebanyak 500 peket nanti.

team TV9!

Sunday, February 16, 2014

Sticker logo Laila Crispy Chips & Taste bakal dicetak 500 keping? by shahroll

Sunday, February 16, 2014



As salam, hello readers...

Update pasal Kerepek Pisang Tanduk LCCT lagi hari ni ye? Ahah! jangan la korang jemu pulak. Aku tengah excited sebab pagi tadi dalam lebih kurang jam 9 pagi aku dah mendapatkan bekalan pisang tanduk mentah sebanyak 51 kilogram! Alhamdulillah, Allah Maha Kaya memberikan rezeki yang berterusan untuk bisnes LCCT!

Semalam,

Aku ada pergi ke kedai printing di Shah Alam. Dedekat dengan pintu belakang UiTM. Dan, aku disambut mesra oleh staff di Ati Printing untuk bertanyakan cetakan sticker yang aku perlukan sebanyak 500 keping untuk aku tampal di kerepek pisang LCCT.

Harga yang ditawarkan, memuaskan hati beta! har har har~

Aku minta kertas A3 untuk print sticker tu. Lebih kurang 28 pcs logo dapat dimuatkan alam sekeping A3. Dan, harganya juga tak sampai RM100! Kira murah la sebab aku nak ada warna jugak

finalize logo yang bakal di printing petang nanti, InsyaAllah...

Oleh kerana aku belum berjumpa dengan client yang dah order kerepek LCCT sebanyak 500 pek untuk sesi "testing food", so aku dah siap-siap letak dalam balang kecil seberat 80gram untuk mereka rasa dan bawak balik!

kecil dan menarik untuk dijadikan doorgift perkahwinan!

enjoy!


Saturday, October 05, 2013

Door Gift: Kerepek Pisang LCCT sebagai goodies di majlis anda! by shahroll

Saturday, October 05, 2013



As salam, hello readers...

Perusahaan kerepek pisang tandok keluaran LCCT mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar kerepek pisang seluruh Malaysia. Mana tidak, kerepek pisang tandok kami telah menjengah sekitar Selangor dan juga Kelantan. Alhamdulillah, walaupun dibuat secara kecil-kecilan (tiada kilang lagi!) permintaan nya sangat memuaskan.

Dan sekarang, LCCT menawarkan pakej yang menarik untuk mereka di luar sana yang mahu menjadikan kerepek pisang tandok kami sebagai door gift untuk sebarang majlis. Lihat details dibawah ni;


Jika anda berminat untuk membeli door gift ini dengan harga pengenalan yang cukup murah, boleh emailkan kepada shahrollphoto@gmail.com atau WhatsApps: 0123437359 (shahroll) untuk sebarang negotiation dan pertanyaan. Jangan memalu untuk merisik-risik kami disini =)

Bagi mereka yang 1st time datang ke blog ni, boleh baca post berkenaan LCCT dibawah;


enjoy!



Tuesday, June 04, 2013

Proses kerepek pisang Laila Crispy Chips & Taste by shahroll

Tuesday, June 04, 2013



As salam, hello readers...

Sabtu dan Ahad lepas aku dan family busy buat kerepek pisang tanduk dan nangka. Stock pisang mentah diambil dari Tanjong Karang. Ada belah sedara yang punyai kebun pisang tanduk. Senang sket kerja aku, tak payah carik supplier lain. Terus dari kebun!

pisang tanduk & nangka

Part kopek pisang, dulu aku yang buat. Pernah sampai 200 kilogram aku kopek. Tapi tu dulu. Masa duduk rumah lama. Now, my mom yang buat. Nak tolong, katanya tak payah. Ruang sempit nak buat tuk 2 orang. So, tugas aku cuma packing dan marketing kan kerepek dalam online (Facebook)

Lepas kopek semua pisang mentah, proses menggoreng menggunakan kuali besar. Yerp, this proses my mom saja yang expert. Nobody can do like my mom doing. Bahan yang digunakan bagi melemakkan kerepek, mak je yang tahu. (bawang putih+garam lah!) hehe.

proses menggoreng

proses packing

Untuk pengetahuan korang, business kerepek ni kami dah buat lama. Start dari tahun 1998. Then, bila berpindah ke klang, On-Off gak buat business. Kecik-kecik gitu la. Masalah pisang tak de stok pon iye juga. Pastu masalah pisang nangka yang katanya ada jangkitan penyakit, tak de stok juga. Susah kami yang pembuat kerepek nak supply kat peminat kerepek pisang. huhu

logo LCCT yang baru

enjoy!

Tuesday, May 28, 2013

Siapa pembekal kerepek yang paling sedap? hanya Laila Crispy Chips & Taste by shahroll

Tuesday, May 28, 2013



As salam, hello readers...

Kerepek pisang merupakan kudapan paling popular dikalangan masyarakat Malaysia tak kira apa juga bangsa. Pelbagai kerepek yang berada di pasaran seperti kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek malinjo, kerepek bawang dan macam-macam lagi.

Tapi aku hanya jual 1 jenis kerepek, iaitu Kerepek Pisang.

2 jenis pisang yang selalu mendapat tempat oleh pelanggan adalah jenis pisang tanduk/lang dan pisang nangka. Amat popular sekali!

Oh lupa, untuk korang yang baru 1st time datang ke blog ni, sila baca pasal LCCT di SINI.

Hari ini, aku dah lancarkan Facebook pages Laila Crispy Chips & Taste untuk memudahkan pelanggan untuk memesan kerepek dan lebih utama, untuk meluaskan pasaran yang ada sekitar Malaysia.

Boleh LIKE disini: Laila Crispy Chips & Taste FB pages


enjoy!

Wednesday, May 01, 2013

Borang Tempahan Kerepek Pisang LAILA CRISPY CHIPS & TASTE

Wednesday, May 01, 2013