Showing posts with label LCCT. Show all posts
Showing posts with label LCCT. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Kerepek Online terbaik: Laila Crispy Chips & Taste by shahroll

Thursday, June 19, 2014



As salam, hello readers...

Membuat kerepek yang berkualiti tinggi dan memenuhi selera setiap pelanggan adalah suatu perkara utama dalam setiap penghasilan kerepek oleh para pembuatnya. 

Bagi pihak pembeli, wang yang dibelanjakan untuk membeli kerepek berkualiti serta bagus lagi lazat dimakan menjadi perkara pertama yang wajib diberikan.

Begitu juga halnya dengan perusahaan Laila Crispy Chips & Taste (LCCT)


unpacking banana chips LCCT!

Kenapa kerepek keluaran Laila Crispy Chips & Taste menjadi pilihan?

#1-Ketahanan kerepek pisang tanduk kami mempunyai ketahanan selama 3 minggu selepas pembelian. Ini terbukti setelah pihak LCCT mencuba kerepek dengan kaedah tertentu dalam kajian yang dijalankan

#2-Diproses secara tradisional dan berkonsep "homemade maker"

#3-Bermula dari pembelian bahan mentah, setiap pisang yang dibeli wajib matang dan bukan pisang muda yang tidak sesuai dijadikan kerepek.

#4-Kurang berbau hapak. Mengapa perkara ini berlaku? Kawalan proses penggorengan yang mengawal samada kerepek yang dihasilkan berbau hapak atau sebaliknya

#5-Aroma serta rasa kerepek pisang tanduk kami mempunyai kelainan tersendiri dan dijamin, kenikmatan itu hanya ada dalam kerepek keluaran kami sahaja.

Kesemua point-point yang ditulis, adalah datang dari pihak LCCT dan juga dari pelanggan setia yang membeli kerepek LCCT. 

Antara komen dan pelanggan kerepek online terbaik ini dapat dilihat di blog LCCT dan juga FB Page Reviews

Nak cuba sepeket?

enjoy! 


Wednesday, April 16, 2014

Tanam anak pokok pisang tanduk @ Sungai Yu, Kuala Selangor by shahroll

Wednesday, April 16, 2014



As salam, hello readers...

Haluu! Apa khabar? Ok, kita sambung cerita pasal aku balik ke kampung minggu lepas. Antara aktiviti sebelum aku balik ke Klang adalah menanam anak pokok pisang tanduk dibelakang rumah nenek aku di Sungai Yu.

4 anak pokok pisang tanduk

Pokok pisang tu diberi oleh makcik aku yang ada disebelah rumah nenek. Walaupun cuma 4 pokok je, tapi bila berkebun ni rasa lain macam! Bukan rasa apa, penat gila kot. Dengan keadaan tanah yang jenis keras+tanah liat, memang hazab!

sempat pose sebelum sesi menanam

Untuk tempoh membuahkan hasil, lama lagi. Kira-kira 6-7 bulan jugak penantian. Tapi Alhamdulillah sekarang sumber (supplier) pisang tanduk/lang mentah semakin ramai yang aku dapat. Kawasan sekitar Klang, Meru, Johan Setia dan paling baru Sijangkang. Sekali production untuk kerepek pisang tanduk LCCT tak kurang dari 60kilogram

kawasan tanah di Kampung Parit Empat (Segambut)

Di kawasan Segambut juga cantik untuk membuat investment penanaman pisang tanduk/lang ni. Pakcik aku boleh handle disini dengan mencarikan beberapa supplier yang boleh supply pisang mentah setiap 2 minggu sekali kepada kitorang. Aku harap apa yang dirancang, diperkenankan oleh Allah SWT, aminn!

enjoy!


Monday, April 07, 2014

Laila Crispy Chips and Taste dah ada blog? Kerepek Pisang Tanduk juga ada blog sendiri! by shahroll

Monday, April 07, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat aku menulis pagi ni. Lepas mandi memang segar amat lah kan. Tak boleh nak lelapkan mata. Dari aku buang masa terkebil-kebil, baik aku update blog, mesti korang suka kan? HAHA!!

Hari ahad aku terisi dengan aktiviti penghantaran kerepek pisang tanduk Laila Crispy Chips & Taste (LCCT). Dari pagi hingga lah ke malam. See? betapa aku busy menaikkan nama LCCT punya kerepek. Tapi aku puas apa yang aku dah capai sekarang. Tinggal nak capai ke peringkat seterusnya pula.

LCCT dah punyai Facebook page dan sekarang sudah ada blog sendiri. Mengapa aku guna medium blog (blogspot based) ni eh?

Yang pertama sekali adalah tentang carian 'Kerepek Pisang' ini banyak datang dari Google, yang mana kita tahu, Google merupakan enjin pencarian yang utama di dunia. Rata-rata pelanggan online LCCT datang dari Google Organic.

The flow adalah: Pelanggan> Buka Google> Taip "Kerepek Pisang Sedap"> Keluar my blog tentang LCCT> Link ke FB Pages

Oleh kerana itulah aku fikir, baik aku wujudkan satu platform lain untuk pelanggan-pelanggan setia kerepek pisang LCCT ini kepada medium yang lebih formal. Walaupun aku guna medium blog, template nya aku dah ubah bagi kelihatan seperti "website berbayar" itu.

blog kerepek pisang tanduk LCCT 

Aku ambil masa 3 hari untuk menyiapkan blog business ini siap lengkap dengan borang tempahan online. Disebabkan ramai membeli melalui online, aku rangka satu bentuk sistem yang bersistematik (Google Drive) untuk menyimpan pesanan-pesanan mengikut pada urutan di database.

Muka aku di blog LCCT;

Yeahh!! nampak apa jawatan aku tu? HEHE!!

Aku dah beri lihat blog ni kepada rakan-rakan terdekat dan juga owner a.k.a tawkey LCCT. Tak de apa yang tak OK. Alhamdulillah. Memang aku pilih theme minimalist dan mesra SEO templatenya. Blog itu akan jarang update macam blog aku, sebab aku nak maintain macam website. Ada promosi ke, ada road tour ke, ada big project ke, baru akan ada update (post entry terbaru) dalam blog LCCT.

Ok lah, tanpa buang masa lagi, aku perkenalkan kat korang blog kerepek pisang tanduk online yang howssttt lagi ohsem;... Bismillahirahmanirahim...


enjoy!