Tuesday, September 22, 2015

Behind the scene: Bagaimana mula berniaga kerepek? by shahroll




As salam, hello readers...

Terima kasih sudi singgah di blog aku. Hari ni aku nak cerita kat korang, bagaimana kami team Laila Crispy Chips & Taste (LCCT) mula berniaga kerepek. Awalnya, kerepek kami bukanlah pisang tanduk, tetapi pisang nangka pun kami buat kerepek.

Sejak tahun 1999, sudah mula menjual di sekitar Kuala Langat. Dulu, family aku duduk sana dan aku masa tu kecik lagi.


pembekal utama pisang mentah

Awal tahun 2012, setelah lama menyepi dari industri kerepek, aku usulkan semula pada mak aku, untuk menjalankan balik zaman membuat kerepek. Awal-awalnya macam tak nak pun mak aku nak buat, tapi aku bersungguh nak cuba balik (buat comeback la kononnya!) dengan cara yang berlainan.

Apa yang berlainan sangat tu?

1) Aku cuba buat nama baru. Susah tahu nak cari nama untuk kerepek ni. Lastly tercipta lah nama LCCT tu. Walaupun macam panjang, Alhamdulillah ramai yang boleh sebut dengan baik dan lancar walaupun customer yang call tu bukan dari Melayu.

2) Logo. logo ni macam tak penting kan? sebenarnya penting sangat! Sebab aku berniaga dalam online+media sosial. Nak tak nak kena buat juga, walaupun hasilnya tak semegah mana pun. Dah lama guna logo aku buat, baru aku refer pada orang yang layak (designer) untuk ubah balik logo kerepek aku.

3) Pembekal. Pembekal ni kadang-kadang jadi masalah jugak bagi team LCCT. Time pisang mentah banyak, sampai dah masak pisang tu ada kat dorang. Time tak ada pulak, harga tinggi. Kitorang pon pelbagaikan channel pembekal sampai cari terus dari kebun! Alhamdulillah, sekarang dah stabil pembekal yang bagi pisang mentah dengan kami.

4) Bangun awal pagi. Seawal 4 pagi aku dah ready nak kutip pisang mentah kat Klang. Lokasi tepat, pasar borong Klang. Pembekal dah kami lock untuk membeli. Pergi sana, ambil dan terus balik. Dari situ aku perhatikan, Melayu ke Cina ke India ke siapa datang cepat, dia dapat barang fresh dari penjual.

Sebab apa? pagi-pagi macam tu harga lebih murah dan barang pun segar. Kalau beli borong lah, setakat beli sekilo dua ikan, baik pergi kat Tesco.

5) (aku simpan point ni. Ada request sambung entry, aku buka balik)

Antara pengalaman aku yang boleh aku kongsikan kat korang, my beloved pembaca dan visitor. Tanpa korang, hits dalam blog aku ni suam-suam je. HEHE!

Thanks for reading. Share this story if you want motivate someone!

enjoy!




No comments: