Sunday, February 01, 2015

3 tahun jenama Laila Crispy Chips & Taste di pasaran, apa yang terbaru? by shahroll




As salam, hello readers...

Masuk kita ke bulan Februari 2015. Dengan bulan yang baru, makin hampir misi aku untuk 2015 ni. Misi ape eh? HAHA! tunggu sampai bulan 8 nanti, korang tahulah. Sedar tak sedar, dah 3 tahun jenama LAILA CRISPY CHIPS & TASTE berada di pasaran yang dijual secara online, postage dan juga yang memborong


penjenamaan semula LCCT

Sebuah perniagaan perlu ada kemajuan dari segi infra, pekerja dan juga modal yang lebih besar untuk membesarkan lagi bisnes. Untuk tahap ini, aku mempertimbangkan untuk membuat "penjenamaan" semula bersama designer hebat dari Kedah, Hazril Hafiz. Dia lah yang bertanggungjawab membuat penjenamaan ini dengan jayanya.

Aku memikirkan logo yang sesuai selain yang sudah aku buat. Menurut HH, logo yang aku gunakan sekarang kurang sesuai untuk produk makanan dari segi warna, typography dan juga bentuk. Maka, dengan dada yang terbuka lagi luas, aku menerima idea dan saranan HH untuk "menukar" wajah/imej bisnes kerepek pisang tanduk aku dengan logo dan packaging diatas.

Hanya logo sahaja yang aku boleh tukar sekarang. Untuk packaging aku masih lagi "hold"

Dan malam tadi, aku berjumpa dengan rakan travel agen aku di seksyen 7, Shah Alam. Sesi korek ilmu+ngeteh dan bertukar pandangan berjalan serentak tanpa ada sekatan-sekatan ilmu....

Sesi bermula dari 9.30 malam sampai 12.30 pagi. Selain borak pasal kerepek pisang tanduk yang mana aku terangkan macam mana nak jadi agen kerepek LCCT, terms and condition (TNC) dan sebagainya aku dah terangkan secara jelas dan nyata. Modal permulaan pun rendah untuk memulakan bisnes kerepek pisang tanduk aku ni =)

Part paling best, bila dah duduk di kedai mamak, ada seorang foreigner dari India bertanyakan pasal kerepek pisang tanduk aku. Aku cuma bawa pack 500gram pulak, sebab dia nak rasa dulu. So, aku offer pack 500 gram, dia menolak. Aiseh! rugi pulak rasanya.. HEHE!

How your business? doing good?

enjoy!


No comments: