Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts

Monday, September 07, 2015

eQurban: Pendekatan diri kepada Allah SWT di musim Raya Haji by shahroll

Monday, September 07, 2015



As salam, hello readers...

Pengalaman 3 tahun lepas beraya haji di Kemboja membuatkan aku terdetik nak update semula cerita ni. Alhamdulillah, bersama dengan eQurban, merasa juga untuk beraya di luar negara. Dan, perjalanan aku disana telah aku sematkan di dalam blog ini dengan katakunci "cambodia" ataupun "eQurban", boleh search dikotak atas ye?

Sembelihan di Kampong Champ, Kemboja

Secara keseluruhan, boleh dikatakan kehidupan disana tidak terlalu susah dan tidak terlalu senang. Biasa-biasa saja. Macam hidup di Malaysia pada awal tahun 80-an. Tapi apa yang aku kagum, walaupun dengan keadaan yang tidak berapa begitu senang, tetamu dijamu dengan baik sekali dengan makanan Kemboja style!

makanan Kemboja

Bersama eQurban juga, aku melihat dari sudut yang berbeza. Kenapa aku cakap begitu? Baca ayat dibawah ni;

eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.
Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.
Apa maksudnya? maksudnya disini ialah, lembu-lembu yang korang nak beli dan disembelih tu, dijaga di Kemboja dan sekaligus memberikan pekerjaan kepada mereka disana. Dengan bekerjasama dengan Koperasi Kemboja, mereka menguruskan ternakan lembu dan kambing yang ada disana.

lagi?

Tempahan untuk ibadah Qurban dan Aqiqah telah dibuka.

Harga adalah seperti berikut:

1 bahagian lembu RM320 / bahagian
1 ekor lembu indonesia RM580 / ekor
1 ekor lembu Mekah RM450 / ekor (stok terhad)


tempahan boleh dibuat terus secara online di eQurban Website



Akan bersambung.....




Friday, November 16, 2012

(GiveAway) Ole-ole dari Cambodia untuk pembaca bertuah shahrulhairy dot com by shahroll

Friday, November 16, 2012


*Sticky post sehingga 16 November 2012*
*Scroll dibawah untuk latest entry, tq!*

As salam, hello readers...

Tak lengkap rasanya jika pulang ke tanahair tanpa ada apa-apa buah tangan KHAS untuk pembaca setia yang selalu berkunjung ke laman blog ini. Terima kasih aku ucapkan kepada anda anda anda diluar sana yang sentiasa menyokong walaupun tidak memberikan sebarang komentar dalam ruangan yang disediakan. Tak pe, aku tahu anda pemalu orangya, aharkz!

Ole-ole yang aku sediakan tidak lah semahal mana tapi cukup untuk aku mengingati ribuan pengunjung ke sini. XIE XIE! tanpa membuang masa lagi, aku nak tunjukkan ole-ole itu;


Ole-ole tempat #1

Ole-ole tempat #2

Macam mana nak menang giveaway ni eh? Cukup mudah! Korang hanya perlu melakukan aktiviti dibawah ini:

1-Berikan komen di dalam kotak komen dibawah dan dimulai dengan "Saya suka membaca blog ini kerana......" tak lebih dari 30 patah perkataan.

2-SHARE entry ini di wall FB korang dan LIKE paling banyak membantu dalam proses kemenangan. (print screen dan email kepada shahrollphoto@gmail.com)

3-Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

4-Tarikh tutup adalah: 16 November 2012

Senang kan? Kalau sebelum-sebelum ni korang hanya "silent readers" masa ni lah korang tunjukkan bakat meng-komen korang tu ye? HEHE! Selamat mencuba.

enjoy!

(Gambar) Pengalaman bersama petugas media Malaysia di Kemboja by shahroll

Friday, November 16, 2012



As salam, hello readers...

Bila berkesempatan mengenali dan mendekati sekumpulan media utama yang bersama-sama menyertai ibadah qurban di Kemboja (penaja eQurban) membuat laporan dan rakaman, membuatkan aku tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana proses itu berlaku. Maksudnya, bagaimana mereka bekerja, berfikir, mengawal keadaan dan merakamkan video dan gambar.

Siapakah mereka itu?

Mereka datang dari pelbagai agensi terkemuka di Malaysia. Terdiri daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, Utusan Malaysia dan juga Majalah Jelita. Wartawan, jurugambar dan juruvideo adalah yang terlibat secara langsung dalam liputan ini.

Secara keseluruhannya, mereka semua aku tabik spring dengan dedikasi yang mereka tunjukkan sepanjang mereka bertugas diluar negara. Memang masa bertugas, aku pun tak berani nak kacau sebab masing-masing "in mood" kerja, jadi aku perhatikan saja cara mereka. Aku pun tak terkejar kerja macam mereka!

Tapi selepas kerja yang sepatutnya selesai,bergurau-senda menjadi penghilang stress. Betul-betul hilang punya! Team media yang aku join kali ni memang terbaik dari ladang. Semua aku boleh "masuk kepala". Bak kata salah seorang dari mereka, "Mana-mana reporter/juruvideo/jurugambar menjalankan tugas diluar negara, memang yang selected!" jadi semua yang datang ni gred A punya ok? =D

Aku dah "merasa" betapa penatnya menjadi seorang juruvideo yang kena cover shoot video. Aku SMS salah seorang daripada mereka mengatakan, "Aku shoot video skang ni, serupa macam ang kat Kemboja", dia reply "Semoga berjaya, buat elok-elok" memang berjaya jugak lah aku rasakan walaupun penat gila kot jadi juruvideo ni! HUHU.

Terima kasih kepada Public Relation (PR) kami yang sentiasa cool dan ceria sepanjang kami berada disana walau apa pun yang terjadi iaitu Nurul Huda dari Huda Media Communication. Harap kita berjumpa lagi. SYOK NGAN KORANG SEMUA!! =D

Beberapa keping gambar "Behind The Scene" mereka yang sempat aku rakamkan sepanjang aku berada dalam group mereka. Enjoy!


#1 day ambil shoot untuk footage

Jurugambar dari Utusan Malaysia. Warm-up shoot rasanya untuk #1 day

Wednesday, November 14, 2012

(Food Review) Mee sup bebola daging dan ayam Kemboja! by shahroll

Wednesday, November 14, 2012



As salam, hello readers...

Kita teruskan dengan cerita aku di Kemboja. Harap korang tak muak lah eh? Ada 2-3 post je lagi pasal siri ke Kemboja yang dibawakan oleh eQurban Resources sebagai penaja sepenuhnya dalam kembara di bumi Phnom Penh. 

Ok, dalam entry kali ni aku fokus kepada tempat makan lunch kami di salah sebuah restoren yang dibawa oleh pihak penganjur. Sekali imbas, kalau korang datang sendirian disini, memang tak kan masuk punyalah sebab tak tahu halal ke tidak, kan?

Cafe Bubble

Siap ada gambar kucing lagi. Best! Dekorasi dalaman dia juga tampak mahal dan exclusive. Kitorang makan benda yang sama dengan apa yang aku nak review ni. Actual name aku lupa nak tanya, tapi berdasarkan rupa dan rasa, aku bubuh la nama Mee Sup Bebola Daging dan Ayam eh?


Mee Sup Bebola Daging dan Ayam

Friday, November 02, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources Day #3 by shahroll

Friday, November 02, 2012



As salam, hello readers...

*sambungan dari entry INI*

Gigihkan aku nak habiskan story ke Kemboja ni? HAHA! nanti bila musim "malas" datang, susah la pulak kan? Kita teruskan untuk hari ke-3 semasa aku berada di sana. Seperti hari ke-2, jadual yang telah direncanakan oleh pihak eQurban untuk membawa kami ke tempat penyembelihan.

Dimana? Kampong Chear Mentry, wilayah Kandal.

sebelum pergi bersama 
jurugambar Utusan Malaysia (kiri) dan Tuan Haji Masrukhin (kanan)

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit dari tempat kami menginap. Sampai sana, masyarakat tempatan dah ready untuk menumbangkan lembu-lembu yang ada. Lembu banyak weh! Itu semua lembu-lembu yang telah dibeli/ditempah oleh orang Malaysia dari eQurban. Senang kan dengan adanya eQurban?

Di hadapan Masjid Ar-Rahmani, Chear Mentry

Masing-masing pegang lembu untuk dikorbankan. Ada yang masih belum ditumbangkan. Style kat sini qurban dia laju seh! Walaupun ada 1 hari tu qurban sebanyak 70 ekor lembu, tapi sekejap je siap. Cool kan? Kerja-kerja melapah laju weh. Tak caya? ada gambar dorang ngah lapah sat gi.

steady... 3 orang je dah leh tumbang itu lembu.. hehe!

Bila lembu dah already die, akan dibawa oleh orang kampung untuk kerja melapah. Kalau buat kat situ, mau tak solat Jumaat kami nanti. Kami tak terlibat la dalam upacara melapah daging tu ye. Kami lihat, kami rakam, kami lapor. HEHE!

Thursday, November 01, 2012

(photos) Aku, mereka dan point and shoot camera by shahroll

Thursday, November 01, 2012



As salam, hello readers...

Masih berada dalam mood Kemboja. Mau seminggu baru hilang mood ni kot? nasib lah ye, korang akan membaca update-update pengalaman aku sepanjang aku kat sana (akan diselang-selikan juga dengan advertorial =p)

Hari ni aku nak update suku dari gambar-gambar yang telah aku black and white kan (konon-konon nak feel photo-journo la kan) yang mana semua gambar yang aku shoot menggunakan camera point and shoot Olympus. So, don't expect too high la kan? 

enjoy!










Tuesday, October 30, 2012

(food review) Traditional dish @ Cambodia by shahroll

Tuesday, October 30, 2012



As salam, hello readers...

*sambungan dari entry INI*

Posting kali ni agak special sikit untuk korang yang suka makan-makan. So kali ni aku nak review beberapa makanan tradisional di Kemboja. Bukan tradisional sangat la, kira macam makanan harian disini, tapi nampak macam special je untuk kami yang datang bertandang =D

Timing memang cantik, waktu tengahari kan, haruslah lapar seh!

Ok, tuan rumah menyediakan 3 menu yang superb delicious sebab aku boleh "masuk" dengan makanan Kemboja ni walaupun rata-rata makanan mereka tak punyai rasa yang pedas, semua sweet gitu macam kat Malaysia belah Pantai Timur.

Kita tengok satu-persatu deh...

Ikan Talapia Nenas

Kita mulakan dengan menu #1. Ikan Talapia yang digoreng cantik kerana dimasak tidak terlalu kering dan manis ikan tu masih terasa, ditambah dengan kuah nenas yang dicampurkan diatasnya. Daun hijau tu hiasan je (garnish) tapi aku makan je. Untuk mereka yang tak suka dengan ikan air tawar, menu ini memang tak sesuai untuk korang lah ye.

Kerabu Ayam Kemboja

Sunday, October 28, 2012

Qurban di Kampong Cham bersama eQurban by shahroll

Sunday, October 28, 2012



As salam, hello readers...

Sudah 4 hari aku berada di bumi Cambodia. Now aku stay di salah sebuah hotel di Phnom Penh setelah menghabiskan ibadah qurban di Kampong Chhang dan juga Kampong Cham.

Pengalaman di Kampong Cham?

Paling nyata dan segar dalam ingatan adalah keadaan masyarakat dan juga keadaan jalanraya nya. Kebanyakkan rumah-rumah disini ada yang rumah batu dan ada juga rumah kampung seperti di Malaysia pada awal tahun 70-an. Dapat bayangkan tak?

Yang kaya, boleh pakai kereta Dodge dan miskin pakai takat motosikal, tak pun basikal.

Ok, kita fokus pada tajuk utama. Setelah 1 jam setengah masuk ke dalam salah sebuah perkampungan, kami disambut dengan masyarakat tempatan yang menantikan kehadiran team eQurban untuk melakukan ibadah qurban. Semalam sebanyak 70 ekor lembu kesemuanya yang mana semua dari organisasi dan individu yang mengambil bahagian dalam eQurban di Kemboja.

proses menumbangkan lembu oleh penduduk tempatan

Kebanyakkan lembu disembelih oleh Tuan Haji Masrukhin dan ada sebahagiannya oleh team eeQurban yang lain. Untuk penyembelihan memang dikendalikan oleh team eQurban sendiri. Penduduk tempatan menolong dari segi melapah daging lembu qurban. Skill mereka jauh lebih bagus dari skill kita di Malaysia. Laju ok?

lembu yang selamat di-Qurban-kan

Kerja penyembelihan selesai kira-kira dalam jam 1.45petang (waktu Kemboja) dan waktu itu kami semua dah menggelupur kepanasan. Tahap kepanasan disini boleh tahan juga rasanya. Berdebu dan kering sebab 6 bulan hujan (Jan-Jun) dan Panas (Julai-Disember).

Entry ini akan disambung...

Friday, October 26, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources Day #2 by shahroll

Friday, October 26, 2012



As salam, hello readers...

Hari kedua di Phnom Penh jadual mulai padat. Bermula di awal pagi, sudah siap sedia di lobby hotel untuk menuju ke perkampungan Islam di Kampung Chhnang. Walaupun van delay beberapa jam, ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk membuat liputan disana. Ewwah! dah macam wartawan TV okeh? *penangan berdamping dengan pengamal media main stream* gitu.. HEHE!

Perkampungan yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari tempat kami menginap. Dimaklumkan juga, jalan raya di Phnom Penh antara yang paling terbaik antara jalan-jalan yang ada di Kemboja.

Carabao? hamek kau! haha...

Setelah sampai tempat yang dituju, kami dibawa ke 1 sekolah dan ada anak-anak Kemboja (sebilangan pelajar) yang menanti serta 2 gadis yakni penduduk disitu. Dan, pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga turut serta dalam misi ini. Mereka adalah dari kelab SRM UTP untuk kali keduanya telah menjalani membantu di sini.

salah satu sekolah di Kampong Chhnang

Aku dipahamkan, sekolah ini menerima 200 pelajar pada sesi pagi sahaja dan disini mempunyai 5 bilik darjah. Bermakna, 1 guru mengajar 40 orang murid (1:40). Walaupun bilik darjah semuanya berkunci, aku lihat agak menyedihkan juga. Serba daif.

entry ini akan bersambung.. Selamat Hari Raya Aidiladha...

Thursday, October 25, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources by shahroll

Thursday, October 25, 2012



As salam, hello readers...

Alhamdulillah aku sudah selamat menjejakkan kaki ke tanah jajahan Cambodia (Kemboja). Aku sampai disini pada jam 4.35 petang waktu Cambodia. Dekat sini waktunya lewat 1 jam dari Malaysia (GMT+9) so agak senang juga lah untuk ingat waktu solat. (dah niat musafir ok~)

Perjalanan aku ke sini di taja penuh oleh eQurban dot com, anak syarikat kepada Al-Ansar Group yang mana menjalankan perniagaan ibadah qurban secara online. Rujuk laman webnya di SINI.

eQurban: Misi Kembara Qurban di Kemboja & Vietnam

Rombongan dari Terengganu, ada dari TM Group dan juga rakan media. Setakat yang aku tahu media yang mengikuti perjalanan kami sepanjang berada di Kemboja adalah Utusan Melayu & Bernama. Untuk majalah pula, Majalah Jelita turut serta dalam misi kali ini.

Setelah sampai di Phnom Penh International Airport, para rombongan dijemput oleh pihak Koperasi Muslim Kemboja menaiki bas yang disediakan yang telah bekerjasama dengan eQurban selama 4 tahun dan menurut kata Tuan Haji Masrukhin (ketua pengiring eQurban) setakat yang tuan haji tahu, beliau paling terbaik dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih.

Penginapan kami para rombongan adalah di Golden Stadium Hotel. Apa yang aku boleh katakan tentang hotel ni eh? Well, hotel yang setaraf 2 bintang di Malaysia. Selesa dan rasa selamat. Itu yang penting. Dan lagi satu, wifi yang disediakan di lobby hotel sangat laju! Begitu juga dengan kabel internet yang dipasang di bilik hotel diberi secara percuma.

Pada jam 7.30 malam, kami dibawa makan malam ni atas bot yang terletak tidak jauh dengan hotel yang kami menginap. Makanan bukan Cambodian punya sajian, tetapi "nasi bungkus" yang dibekalkan oleh team eQurban. Perasa Nasi Lemak rendang dan juga Nasi Ayam.


best naik bot ni. Slow and steady sambil boleh shoot 
panorama sekitar bandar Phnom Penh

makan malam kami...

Sedang asyik menyantap makanan yang disediakan, mata aku meliar melihat panorama yang mengasyikkan sepanjang merentasi laut di Bandar Phnom Penh. Selepas makan, para rombongan saling mengenal satu sama lain dengan mengadakan sesi "ice-breaking". Aku tak perkenalkan diri pun, sebab sibuk mengistalasi (installation) nombor telefon Kemboja yang dibekalkan oleh PR Media, Kak Huda, HAHA!

End untuk #1 day. Tunggu untuk #2 day pulak k?

enjoy!