Showing posts with label eQurban. Show all posts
Showing posts with label eQurban. Show all posts

Monday, September 07, 2015

eQurban: Pendekatan diri kepada Allah SWT di musim Raya Haji by shahroll

Monday, September 07, 2015



As salam, hello readers...

Pengalaman 3 tahun lepas beraya haji di Kemboja membuatkan aku terdetik nak update semula cerita ni. Alhamdulillah, bersama dengan eQurban, merasa juga untuk beraya di luar negara. Dan, perjalanan aku disana telah aku sematkan di dalam blog ini dengan katakunci "cambodia" ataupun "eQurban", boleh search dikotak atas ye?

Sembelihan di Kampong Champ, Kemboja

Secara keseluruhan, boleh dikatakan kehidupan disana tidak terlalu susah dan tidak terlalu senang. Biasa-biasa saja. Macam hidup di Malaysia pada awal tahun 80-an. Tapi apa yang aku kagum, walaupun dengan keadaan yang tidak berapa begitu senang, tetamu dijamu dengan baik sekali dengan makanan Kemboja style!

makanan Kemboja

Bersama eQurban juga, aku melihat dari sudut yang berbeza. Kenapa aku cakap begitu? Baca ayat dibawah ni;

eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.
Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.
Apa maksudnya? maksudnya disini ialah, lembu-lembu yang korang nak beli dan disembelih tu, dijaga di Kemboja dan sekaligus memberikan pekerjaan kepada mereka disana. Dengan bekerjasama dengan Koperasi Kemboja, mereka menguruskan ternakan lembu dan kambing yang ada disana.

lagi?

Tempahan untuk ibadah Qurban dan Aqiqah telah dibuka.

Harga adalah seperti berikut:

1 bahagian lembu RM320 / bahagian
1 ekor lembu indonesia RM580 / ekor
1 ekor lembu Mekah RM450 / ekor (stok terhad)


tempahan boleh dibuat terus secara online di eQurban Website



Akan bersambung.....




Friday, August 02, 2013

Majlis Iftar e-Qurban bersama rakan niaga & media/ Blogger by shahroll

Friday, August 02, 2013



As salam, hello readers...

Tanggal 30hb Julai 2013 bertempat di Sungai Kelambu, Banting telah diadakan satu majlis berbuka puasa bersama e-Qurban dengan anak-anak yatim dan juga pelajar tahfiz. Alhamdulillah, aku sekali lagi diberi kesempatan untuk mengikuti majlis ini. Pada tahun lepas, boleh baca di post entry INI

e-Qurban sudah 4 tahun sejak 2009!

Sampai disana lebih kurang pada jam 6.30petang dan disambut dengan emcee yang mengalu-alukan kedatangan kitorang. Seronok rasa! Macam media arus perdana je padahal kami blogger picisan saja. HEHE! Selepas mendaftarkan diri, kami terus ke khemah yang disediakan pihak penganjur.

sebahagian para tahfiz yang di muliakan...

Pada tahun ni, aku rasa berlainan sedikit. Bukan lain apa, kalau tahun lepas aku hanya mengenali beberapa orang bloggers dan team e-Qurban tetapi pada tahun ini aku seperti "keluarga e-Qurban" itu sendiri sebab mengenali team-team e-Qurban dengan lebih dekat seperti Tuan Haji Masrukin, Encik Yuzaidi, anak tuan haji dan beberapa orang yang lain.

Ini disebabkan aku telah mengikuti Misi Kembara di Kemboja pada tahun lepas.

gambar tahun lepas, dimuatkan didalam buku laporan e-Qurban 2009-2013

Friday, November 02, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources Day #3 by shahroll

Friday, November 02, 2012



As salam, hello readers...

*sambungan dari entry INI*

Gigihkan aku nak habiskan story ke Kemboja ni? HAHA! nanti bila musim "malas" datang, susah la pulak kan? Kita teruskan untuk hari ke-3 semasa aku berada di sana. Seperti hari ke-2, jadual yang telah direncanakan oleh pihak eQurban untuk membawa kami ke tempat penyembelihan.

Dimana? Kampong Chear Mentry, wilayah Kandal.

sebelum pergi bersama 
jurugambar Utusan Malaysia (kiri) dan Tuan Haji Masrukhin (kanan)

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit dari tempat kami menginap. Sampai sana, masyarakat tempatan dah ready untuk menumbangkan lembu-lembu yang ada. Lembu banyak weh! Itu semua lembu-lembu yang telah dibeli/ditempah oleh orang Malaysia dari eQurban. Senang kan dengan adanya eQurban?

Di hadapan Masjid Ar-Rahmani, Chear Mentry

Masing-masing pegang lembu untuk dikorbankan. Ada yang masih belum ditumbangkan. Style kat sini qurban dia laju seh! Walaupun ada 1 hari tu qurban sebanyak 70 ekor lembu, tapi sekejap je siap. Cool kan? Kerja-kerja melapah laju weh. Tak caya? ada gambar dorang ngah lapah sat gi.

steady... 3 orang je dah leh tumbang itu lembu.. hehe!

Bila lembu dah already die, akan dibawa oleh orang kampung untuk kerja melapah. Kalau buat kat situ, mau tak solat Jumaat kami nanti. Kami tak terlibat la dalam upacara melapah daging tu ye. Kami lihat, kami rakam, kami lapor. HEHE!

Sunday, October 28, 2012

Qurban di Kampong Cham bersama eQurban by shahroll

Sunday, October 28, 2012



As salam, hello readers...

Sudah 4 hari aku berada di bumi Cambodia. Now aku stay di salah sebuah hotel di Phnom Penh setelah menghabiskan ibadah qurban di Kampong Chhang dan juga Kampong Cham.

Pengalaman di Kampong Cham?

Paling nyata dan segar dalam ingatan adalah keadaan masyarakat dan juga keadaan jalanraya nya. Kebanyakkan rumah-rumah disini ada yang rumah batu dan ada juga rumah kampung seperti di Malaysia pada awal tahun 70-an. Dapat bayangkan tak?

Yang kaya, boleh pakai kereta Dodge dan miskin pakai takat motosikal, tak pun basikal.

Ok, kita fokus pada tajuk utama. Setelah 1 jam setengah masuk ke dalam salah sebuah perkampungan, kami disambut dengan masyarakat tempatan yang menantikan kehadiran team eQurban untuk melakukan ibadah qurban. Semalam sebanyak 70 ekor lembu kesemuanya yang mana semua dari organisasi dan individu yang mengambil bahagian dalam eQurban di Kemboja.

proses menumbangkan lembu oleh penduduk tempatan

Kebanyakkan lembu disembelih oleh Tuan Haji Masrukhin dan ada sebahagiannya oleh team eeQurban yang lain. Untuk penyembelihan memang dikendalikan oleh team eQurban sendiri. Penduduk tempatan menolong dari segi melapah daging lembu qurban. Skill mereka jauh lebih bagus dari skill kita di Malaysia. Laju ok?

lembu yang selamat di-Qurban-kan

Kerja penyembelihan selesai kira-kira dalam jam 1.45petang (waktu Kemboja) dan waktu itu kami semua dah menggelupur kepanasan. Tahap kepanasan disini boleh tahan juga rasanya. Berdebu dan kering sebab 6 bulan hujan (Jan-Jun) dan Panas (Julai-Disember).

Entry ini akan disambung...

Friday, October 26, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources Day #2 by shahroll

Friday, October 26, 2012



As salam, hello readers...

Hari kedua di Phnom Penh jadual mulai padat. Bermula di awal pagi, sudah siap sedia di lobby hotel untuk menuju ke perkampungan Islam di Kampung Chhnang. Walaupun van delay beberapa jam, ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk membuat liputan disana. Ewwah! dah macam wartawan TV okeh? *penangan berdamping dengan pengamal media main stream* gitu.. HEHE!

Perkampungan yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari tempat kami menginap. Dimaklumkan juga, jalan raya di Phnom Penh antara yang paling terbaik antara jalan-jalan yang ada di Kemboja.

Carabao? hamek kau! haha...

Setelah sampai tempat yang dituju, kami dibawa ke 1 sekolah dan ada anak-anak Kemboja (sebilangan pelajar) yang menanti serta 2 gadis yakni penduduk disitu. Dan, pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga turut serta dalam misi ini. Mereka adalah dari kelab SRM UTP untuk kali keduanya telah menjalani membantu di sini.

salah satu sekolah di Kampong Chhnang

Aku dipahamkan, sekolah ini menerima 200 pelajar pada sesi pagi sahaja dan disini mempunyai 5 bilik darjah. Bermakna, 1 guru mengajar 40 orang murid (1:40). Walaupun bilik darjah semuanya berkunci, aku lihat agak menyedihkan juga. Serba daif.

entry ini akan bersambung.. Selamat Hari Raya Aidiladha...

Thursday, October 25, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources by shahroll

Thursday, October 25, 2012



As salam, hello readers...

Alhamdulillah aku sudah selamat menjejakkan kaki ke tanah jajahan Cambodia (Kemboja). Aku sampai disini pada jam 4.35 petang waktu Cambodia. Dekat sini waktunya lewat 1 jam dari Malaysia (GMT+9) so agak senang juga lah untuk ingat waktu solat. (dah niat musafir ok~)

Perjalanan aku ke sini di taja penuh oleh eQurban dot com, anak syarikat kepada Al-Ansar Group yang mana menjalankan perniagaan ibadah qurban secara online. Rujuk laman webnya di SINI.

eQurban: Misi Kembara Qurban di Kemboja & Vietnam

Rombongan dari Terengganu, ada dari TM Group dan juga rakan media. Setakat yang aku tahu media yang mengikuti perjalanan kami sepanjang berada di Kemboja adalah Utusan Melayu & Bernama. Untuk majalah pula, Majalah Jelita turut serta dalam misi kali ini.

Setelah sampai di Phnom Penh International Airport, para rombongan dijemput oleh pihak Koperasi Muslim Kemboja menaiki bas yang disediakan yang telah bekerjasama dengan eQurban selama 4 tahun dan menurut kata Tuan Haji Masrukhin (ketua pengiring eQurban) setakat yang tuan haji tahu, beliau paling terbaik dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih.

Penginapan kami para rombongan adalah di Golden Stadium Hotel. Apa yang aku boleh katakan tentang hotel ni eh? Well, hotel yang setaraf 2 bintang di Malaysia. Selesa dan rasa selamat. Itu yang penting. Dan lagi satu, wifi yang disediakan di lobby hotel sangat laju! Begitu juga dengan kabel internet yang dipasang di bilik hotel diberi secara percuma.

Pada jam 7.30 malam, kami dibawa makan malam ni atas bot yang terletak tidak jauh dengan hotel yang kami menginap. Makanan bukan Cambodian punya sajian, tetapi "nasi bungkus" yang dibekalkan oleh team eQurban. Perasa Nasi Lemak rendang dan juga Nasi Ayam.


best naik bot ni. Slow and steady sambil boleh shoot 
panorama sekitar bandar Phnom Penh

makan malam kami...

Sedang asyik menyantap makanan yang disediakan, mata aku meliar melihat panorama yang mengasyikkan sepanjang merentasi laut di Bandar Phnom Penh. Selepas makan, para rombongan saling mengenal satu sama lain dengan mengadakan sesi "ice-breaking". Aku tak perkenalkan diri pun, sebab sibuk mengistalasi (installation) nombor telefon Kemboja yang dibekalkan oleh PR Media, Kak Huda, HAHA!

End untuk #1 day. Tunggu untuk #2 day pulak k?

enjoy!