Tuesday, October 30, 2012

(food review) Traditional dish @ Cambodia by shahroll




As salam, hello readers...

*sambungan dari entry INI*

Posting kali ni agak special sikit untuk korang yang suka makan-makan. So kali ni aku nak review beberapa makanan tradisional di Kemboja. Bukan tradisional sangat la, kira macam makanan harian disini, tapi nampak macam special je untuk kami yang datang bertandang =D

Timing memang cantik, waktu tengahari kan, haruslah lapar seh!

Ok, tuan rumah menyediakan 3 menu yang superb delicious sebab aku boleh "masuk" dengan makanan Kemboja ni walaupun rata-rata makanan mereka tak punyai rasa yang pedas, semua sweet gitu macam kat Malaysia belah Pantai Timur.

Kita tengok satu-persatu deh...

Ikan Talapia Nenas

Kita mulakan dengan menu #1. Ikan Talapia yang digoreng cantik kerana dimasak tidak terlalu kering dan manis ikan tu masih terasa, ditambah dengan kuah nenas yang dicampurkan diatasnya. Daun hijau tu hiasan je (garnish) tapi aku makan je. Untuk mereka yang tak suka dengan ikan air tawar, menu ini memang tak sesuai untuk korang lah ye.

Kerabu Ayam Kemboja


Menu #2. Aku paling suka menu ni. sangat! Oleh kerana aku penggemar sayuran, banyak juga lah aku ambil letak dalam pinggan aku (aku habiskan pon!). Ayam yang digaul bersama sayur seperti kobis putih, lobak, daun kesum dan daun selasih. Cukup cool bila digaul dengan menu #1 tadi. Slurrpp!

Nama??

Aku mintak mahap la ye, aku lupa la nama masakan ni. Tapi best weh bau dia! Ikan dia macam ikan patin tapi bukan rasa. Daun yang diricik-ricik bersama ikan yang dimasak membangkitkan selera pada mereka yang sedang lapar. eccehh! Serius cool mende ni, nak try masak lah kat rumah, gituuu!

Cambodian dish...

Layan close-up photos...

lembut.. manis.. AWESOME!

Superb Kerabu.. mau lagi!

Bersama-sama kami tempoh hari adalah pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang sama-sama menjamu selera di rumah penduduk kampung kat sini. Mereka dah dua kali menjejakkan kaki di bumi Kemboja tetapi berlainan tempat. Dorang tinggal kat rumah-rumah angkat dorang tahu? Kami tak, kami dok hotel. Her3...

UTPrians bersama Cikgu dorang...

Selepas waktu Zohor, kami pun bergerak ke destinasi yang lain meninggalkan pelajar tu tadi dengan keluarga angkat mereka. Terima kasih pada tuan rumah yang melayan kami dengan kelas pertama. Sungguh terkesima aku. Walaupun tak berapa fasih berbahasa Melayu atau English, pemandu kami membantu dari segi komunikasi dengan mereka. Alhamdulillah...

entry akan bersambung... enjoy!

No comments: