As salam, hello readers...
Alhamdulillah aku sudah selamat menjejakkan kaki ke tanah jajahan Cambodia (Kemboja). Aku sampai disini pada jam 4.35 petang waktu Cambodia. Dekat sini waktunya lewat 1 jam dari Malaysia (GMT+9) so agak senang juga lah untuk ingat waktu solat. (dah niat musafir ok~)
Perjalanan aku ke sini di taja penuh oleh eQurban dot com, anak syarikat kepada Al-Ansar Group yang mana menjalankan perniagaan ibadah qurban secara online. Rujuk laman webnya di SINI.
eQurban: Misi Kembara Qurban di Kemboja & Vietnam
Rombongan dari Terengganu, ada dari TM Group dan juga rakan media. Setakat yang aku tahu media yang mengikuti perjalanan kami sepanjang berada di Kemboja adalah Utusan Melayu & Bernama. Untuk majalah pula, Majalah Jelita turut serta dalam misi kali ini.
Setelah sampai di Phnom Penh International Airport, para rombongan dijemput oleh pihak Koperasi Muslim Kemboja menaiki bas yang disediakan yang telah bekerjasama dengan eQurban selama 4 tahun dan menurut kata Tuan Haji Masrukhin (ketua pengiring eQurban) setakat yang tuan haji tahu, beliau paling terbaik dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih.
Penginapan kami para rombongan adalah di Golden Stadium Hotel. Apa yang aku boleh katakan tentang hotel ni eh? Well, hotel yang setaraf 2 bintang di Malaysia. Selesa dan rasa selamat. Itu yang penting. Dan lagi satu, wifi yang disediakan di lobby hotel sangat laju! Begitu juga dengan kabel internet yang dipasang di bilik hotel diberi secara percuma.
Pada jam 7.30 malam, kami dibawa makan malam ni atas bot yang terletak tidak jauh dengan hotel yang kami menginap. Makanan bukan Cambodian punya sajian, tetapi "nasi bungkus" yang dibekalkan oleh team eQurban. Perasa Nasi Lemak rendang dan juga Nasi Ayam.
best naik bot ni. Slow and steady sambil boleh shoot
panorama sekitar bandar Phnom Penh
makan malam kami...
Sedang asyik menyantap makanan yang disediakan, mata aku meliar melihat panorama yang mengasyikkan sepanjang merentasi laut di Bandar Phnom Penh. Selepas makan, para rombongan saling mengenal satu sama lain dengan mengadakan sesi "ice-breaking". Aku tak perkenalkan diri pun, sebab sibuk mengistalasi (installation) nombor telefon Kemboja yang dibekalkan oleh PR Media, Kak Huda, HAHA!
End untuk #1 day. Tunggu untuk #2 day pulak k?
enjoy!
No comments:
Post a Comment