As salam, hello readers...
Bila berkesempatan mengenali dan mendekati sekumpulan media utama yang bersama-sama menyertai ibadah qurban di Kemboja (penaja eQurban) membuat laporan dan rakaman, membuatkan aku tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana proses itu berlaku. Maksudnya, bagaimana mereka bekerja, berfikir, mengawal keadaan dan merakamkan video dan gambar.
Siapakah mereka itu?
Mereka datang dari pelbagai agensi terkemuka di Malaysia. Terdiri daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, Utusan Malaysia dan juga Majalah Jelita. Wartawan, jurugambar dan juruvideo adalah yang terlibat secara langsung dalam liputan ini.
Secara keseluruhannya, mereka semua aku tabik spring dengan dedikasi yang mereka tunjukkan sepanjang mereka bertugas diluar negara. Memang masa bertugas, aku pun tak berani nak kacau sebab masing-masing "in mood" kerja, jadi aku perhatikan saja cara mereka. Aku pun tak terkejar kerja macam mereka!
Tapi selepas kerja yang sepatutnya selesai,bergurau-senda menjadi penghilang stress. Betul-betul hilang punya! Team media yang aku join kali ni memang terbaik dari ladang. Semua aku boleh "masuk kepala". Bak kata salah seorang dari mereka, "Mana-mana reporter/juruvideo/jurugambar menjalankan tugas diluar negara, memang yang selected!" jadi semua yang datang ni gred A punya ok? =D
Aku dah "merasa" betapa penatnya menjadi seorang juruvideo yang kena cover shoot video. Aku SMS salah seorang daripada mereka mengatakan, "Aku shoot video skang ni, serupa macam ang kat Kemboja", dia reply "Semoga berjaya, buat elok-elok" memang berjaya jugak lah aku rasakan walaupun penat gila kot jadi juruvideo ni! HUHU.
Terima kasih kepada Public Relation (PR) kami yang sentiasa cool dan ceria sepanjang kami berada disana walau apa pun yang terjadi iaitu Nurul Huda dari Huda Media Communication. Harap kita berjumpa lagi. SYOK NGAN KORANG SEMUA!! =D
Beberapa keping gambar "Behind The Scene" mereka yang sempat aku rakamkan sepanjang aku berada dalam group mereka. Enjoy!
#1 day ambil shoot untuk footage
Jurugambar dari Utusan Malaysia. Warm-up shoot rasanya untuk #1 day














