Friday, October 26, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources Day #2 by shahroll




As salam, hello readers...

Hari kedua di Phnom Penh jadual mulai padat. Bermula di awal pagi, sudah siap sedia di lobby hotel untuk menuju ke perkampungan Islam di Kampung Chhnang. Walaupun van delay beberapa jam, ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk membuat liputan disana. Ewwah! dah macam wartawan TV okeh? *penangan berdamping dengan pengamal media main stream* gitu.. HEHE!

Perkampungan yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari tempat kami menginap. Dimaklumkan juga, jalan raya di Phnom Penh antara yang paling terbaik antara jalan-jalan yang ada di Kemboja.

Carabao? hamek kau! haha...

Setelah sampai tempat yang dituju, kami dibawa ke 1 sekolah dan ada anak-anak Kemboja (sebilangan pelajar) yang menanti serta 2 gadis yakni penduduk disitu. Dan, pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga turut serta dalam misi ini. Mereka adalah dari kelab SRM UTP untuk kali keduanya telah menjalani membantu di sini.

salah satu sekolah di Kampong Chhnang

Aku dipahamkan, sekolah ini menerima 200 pelajar pada sesi pagi sahaja dan disini mempunyai 5 bilik darjah. Bermakna, 1 guru mengajar 40 orang murid (1:40). Walaupun bilik darjah semuanya berkunci, aku lihat agak menyedihkan juga. Serba daif.

entry ini akan bersambung.. Selamat Hari Raya Aidiladha...

No comments: