Showing posts with label RTM. Show all posts
Showing posts with label RTM. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Launching New Season "Hello On Two" RTM di TV2 by shahroll

Friday, May 10, 2013



As salam, hello readers...

Bertempat di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur berlangsungnya majlis pelancaran musim baru untuk slot Hello On Two di TV2. Slot ini adalah talk show dalam Bahasa English yang mana pengisiannya lebih kepada lifestyle dan juga urban.

Aku dijemput oleh rakan RTM, iaitu Hani Hamdan

warna pakaian adalah Merah ye..

Sepertinya, aku sorang je kot blogger yang dijemput hadir. Yang lain semua penulis/wartawan dari rangkaian RTM. Maksud aku dari TV1. Ada pengarang majalah. Boleh kata semua yang hadir kelompok media mainstream, aku je bukan. HUHU. terima kasih kerana sudi jemput saya eh?

satu table dengan mereka..

Sponsor yang menaja majlis ni leh tahan juga. Habib Jewels woo! perghh, aku salute lah siapa pegang AJK sponsorship. Lain-lain penaja aku dah tak ingat. HAHA! Makanan yang disajikan pada malam tu, standard hotel.

sayur hijau tu aku bedal, tak sedap! haha..

Najwa Latiff ada datang mempersembahkan 2 lagu. Satu lagu Melayu dan satu lagi Bahasa English. Lagu Melayu yang "Sahabat". Untuk lagu English aku lupa tajuk dia, tapi nyanyian Najwa dalam English not bad! Buat 1 album English pon ok kot Najwa?

Friday, November 16, 2012

(Gambar) Pengalaman bersama petugas media Malaysia di Kemboja by shahroll

Friday, November 16, 2012



As salam, hello readers...

Bila berkesempatan mengenali dan mendekati sekumpulan media utama yang bersama-sama menyertai ibadah qurban di Kemboja (penaja eQurban) membuat laporan dan rakaman, membuatkan aku tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana proses itu berlaku. Maksudnya, bagaimana mereka bekerja, berfikir, mengawal keadaan dan merakamkan video dan gambar.

Siapakah mereka itu?

Mereka datang dari pelbagai agensi terkemuka di Malaysia. Terdiri daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama, Utusan Malaysia dan juga Majalah Jelita. Wartawan, jurugambar dan juruvideo adalah yang terlibat secara langsung dalam liputan ini.

Secara keseluruhannya, mereka semua aku tabik spring dengan dedikasi yang mereka tunjukkan sepanjang mereka bertugas diluar negara. Memang masa bertugas, aku pun tak berani nak kacau sebab masing-masing "in mood" kerja, jadi aku perhatikan saja cara mereka. Aku pun tak terkejar kerja macam mereka!

Tapi selepas kerja yang sepatutnya selesai,bergurau-senda menjadi penghilang stress. Betul-betul hilang punya! Team media yang aku join kali ni memang terbaik dari ladang. Semua aku boleh "masuk kepala". Bak kata salah seorang dari mereka, "Mana-mana reporter/juruvideo/jurugambar menjalankan tugas diluar negara, memang yang selected!" jadi semua yang datang ni gred A punya ok? =D

Aku dah "merasa" betapa penatnya menjadi seorang juruvideo yang kena cover shoot video. Aku SMS salah seorang daripada mereka mengatakan, "Aku shoot video skang ni, serupa macam ang kat Kemboja", dia reply "Semoga berjaya, buat elok-elok" memang berjaya jugak lah aku rasakan walaupun penat gila kot jadi juruvideo ni! HUHU.

Terima kasih kepada Public Relation (PR) kami yang sentiasa cool dan ceria sepanjang kami berada disana walau apa pun yang terjadi iaitu Nurul Huda dari Huda Media Communication. Harap kita berjumpa lagi. SYOK NGAN KORANG SEMUA!! =D

Beberapa keping gambar "Behind The Scene" mereka yang sempat aku rakamkan sepanjang aku berada dalam group mereka. Enjoy!


#1 day ambil shoot untuk footage

Jurugambar dari Utusan Malaysia. Warm-up shoot rasanya untuk #1 day

Wednesday, February 22, 2012

Penyingkiran Aada Zara di dalam Pilih Kasih minggu ke-3! by shahroll

Wednesday, February 22, 2012

As salam, hello readers...

Minggu ke-3 memperlihatkan Aada Zara menjadi "mangsa" pertama penyingkiran di dalam Pilih Kasih 3. Menurut Rosyam Nor, “Saya memilih Aada atas faktor undian. Dia punya bakat, namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menyingkir satu dari tiga terendah. Saya juga yakin dengan kemampuan Aada Zara dan mendoakan kejayaan beliau di luar sana." Aada Zara si kecil cili padi akur dengan keputusan Rosyam Nor lantas meninggalkan Pentas serta rakan-rakan seperjuangannya. Tiada lagi laungan ‘kecil-kecil cili pagi, hebat kot!”

bottom 3 undian

Debaran akan terus melanda 15 artis Pilih Kasih. Masing-masing perlu berusaha gigih bagi memantapkan persembahan mereka untuk memikat bukan sahaja hati Prof Madya Dr Abu Hassan, Seniwati Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Umie Aida serta Erra Fazira malah juga hati pengundi-pengundi.

Sambutan penonton di Auditorium pada minggu ini juga amat mengalakkan. Pembukaan dimulakan dengan gabungan lagu moden dan dangdut menghangatkan suasana. 

Untuk tugasan monolog sekali lagi Naqia Nasution, Airil Reffa, Miza Azura dan Yizee Ariff mendapat kritikan bukan sahaja dari Dr Abu Hasan malah juga dari Seniwati Fauziah Nawi. “lakonan awak ibarat biskut kosong yang tak ada isi dan rasa” antara komen pedas Dr Abu Hasan kepada Airil Reffa. Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian meraka untuk tiga minggu pertama, ia boleh dikata membanggakan. Terdapat peningkatan dari segi penghayatan, penguasaan pentas dan expresi wajah.



Jika minggu lepas, monolog hasil karya Hamzah Tahir mempromosikan TM sebagai penaja utama Pilih Kasih, tetapi lain pula minggu ini. Hamzah Tahir mempromosikan pula Rapid KL iaitu penaja pengangkutan Pilih Kasih musim ini.

Walaupun dikritik teruk sewaktu monolog, namun itu tidak memberi halangan untuk mereka terus beraksi dalam teater Puteri Gunung Sengkuang. Teater komedi ini berjaya menghiburkan penonton dengan  pelbagai kemunculan dan penampilan yang tidak disangka-sangka. 

Ai Iqmal muncul sebagai monyet manakala Hakim Yazid pula sebagai keldai Putera Kobis lakunan Fareth Agang . Kostum serta props yang menarik ditambah lagi dengan gerak tari yang mantap menghebatkan teater ini.

Bagaimana pula kesinambungan Konspirasi Cinta tanpa Aada Zara?. Nantikan Pentas Pilih Kasih minggu hadapan!


Peminat PK3 boleh menghantar undian anda kepada 15 artis kegemaran anda dengan cara Undi Taip-PKUNDI dan hantar ke 33199

enjoy!

Sunday, February 12, 2012

Pengalaman #1: Program rancangan TV secara langsung! by shahroll

Sunday, February 12, 2012


As salam, hello readers...


Mata masih segar. Mungkin disebabkan terlalu happy dengan keputusan EPL malam tadi dimana Manchester United menewaskan Liverpool. AWESOME ok? keputusan Man United (2) Liverpool (1)


Dengan tak boleh nak tidur (plus aku hentam Nescafe!) memang waktu terbaek lah aku nak posting. Macam bawak kereta slow-slow kat jalanraya. No rushing. just relax! aharkz!


Bila sebut pasal program tv, aku nak share lah dengan korang pengalaman pertama aku pergi membuat liputan mengenai program realiti pilih kasih 3 yang di pentaskan di RTM Senawang.


sebelum nak ke udara (on air live!) di TV2 jam 9 malam (Ahad)

Aku masuk awal. Dalam jam 8.25 malam cam tu. Seat barisan media aku duduk. Kiranya aku mewakili untuk golongan sosial media lah (bukan secara rasmi). Segala peralatan fotograpi aku bawak untuk memastikan aku dapat shoot yang cun-cun! (aku duduk center)

with other blogger, NienaShah!

Tempat duduk yang diberi betul-betul depan table judges. Malam minggu pertama pilih kasih 3 judges dia Fauziah Nawi dan Prof. Dr. Abdul Hassan. Tapi kamera tak shoot muka kitorang kan? ish!

sebelum on-air memang kosong =p

Bila sesi mengkritik, tapi dok gelak-gelak je sebab serius betul muka Prof marah artis-artis pilih kasih. Ada yang macam baldi lah, biskut lemau cam rendam dalam air lah dan macam-macam lagi yang aku pun dah lupa. Tang baldi tu je lah aku ingat. Pedas tak henggat komen! Azabbbbb...

Cuma, ada 1 je "artis" yang Prof tak "berani" nak komen!! heh~

PKUNDI lah saya!! hahaha!!

Korang jangan PKUNDI aku pulak! naya ja.. kalau nak PKUNDI tengok posting-posting aku dekat link atas tu (PK3 list update) ya?

enjoy!

Thursday, February 02, 2012

Dimana RTM Senawang? by shahroll

Thursday, February 02, 2012
Click gambar kat atas...

As salam, hello readers...

Pada hari Ahad ini akan ada Pentas Pilih Kasih di RTM Senawang. Punyalah aku mencari kat mana RTM ni. Aku carik dalam laman web RTM, aku tak jumpa pulak. So, dengan sedikit bantuan Google dan pengamatan dalam twitter, maka inilah hasilnya (kat atas tu)

Dari informasi yang aku dapat, RTM Senawang dekat-dekat dengan Sekolah Dato' Abdul Razak (SEDAR). Aku dapatkan alamat sekolah tu kat SINI

See? RTM dekat atas dan sekolah kat bawahnya

Harap dapat membantu sedikit sebanyak tuk korang. Lebih kurang 45 minit perjalanan untuk pergi ke sana. Orang di Negeri Sembilan tak kan tak turun kot? Aku dari Klang berkobar-kobar nak pergi ke sana, HEHE!

Enjoy!

Thursday, January 26, 2012

Pilih Kasih 3 : Kembali menghangatkan suasana dunia hiburan tanahair! by shahroll

Thursday, January 26, 2012


As salam, hello readers...


Petang tadi bertempat di Victoria Ballroom, Holiday Villa Subang telah berlangsungnya majlis "press conference" untuk program Pilih Kasih musim ke-3 (PK3). Sedar tak sedar, dah masuk musim ke-3 penerbitan Pilih Kasih ini berlangsung. Menurut Rosyam Noor selaku pencetus idea asal PK3, musim ini adalah musim terakhir buat PK3 setelah PK2 mencatatkan rating penonton sejumlah 2 juta tontonan! Adakah itu gimik oleh RN?


sekitar majlis petang tadi...











Bermula pada 25 Januari ini bakal memaparkan beberapa pembaharuan bagi memantapkan lagi persembahan dan pengisiannya. Didalam Pilih Kasih 3, penambahan program "Zooom Pilih Kasih" adalah untuk menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam 2 musim sebelum ini. Eisya Toh selaku pengacara program sebanyak 12 episod ini akan bermula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April, pada setiap Sabtu jam 9 hingga 10 malam di tv2.

Saksikan Pilih Kasih 3 bermula:

Tarikh: 25 Januari hingga 12 April (24 episod)
Hari: Rabu- Khamis
Masa: 9.00 malam-10.00 malam (1 jam)
Channel : Tv2 (RTM)

Nantikan update seterusnya! happy watching PK3!!

enjoy!

Monday, February 28, 2011

Dira Abu Zahar+Perempuan by shahroll

Monday, February 28, 2011
As salam to all,


Lunch time. Tak gi memana. Malas plus masih kenyang makan breakfast tadi. Aku tak tersengaja semalam tengok cerita "Perempuan" yang di ulang tayang semalam kat TV2. Memula cam besa, 1st impression, .." alah cerita Melayu.. sama je.." but, layan dalam 5 minit, aku terus melekat! Walaupun aku tak tengok sampai habis, aku boleh agak ending dia macam mana.


Dira Abu Zahar
picture credit: Budiey


Aku tengok cerita nie dah sampai part, Dira kena "tibai" ngan pakwe mak dia. Adess, rugi pulak tak tengok cerita nie memula. Then, Dira masuk ke pusat pemulihan akhlak. Watak Ustaz adalah Syed Aiman. Owh! Abey hensem sungguh! kemah kemah! Watak antagonis dalam nie, Zila Bakarin, Rozie Rashid dengan Azri Iskandar.


Picture dalam cerita "Perempuan"
credit to: Nuriz Space

Aku baru kenal ngan pelakon Dira. Before this, aku tak kenal langsung. Mungkin aku kurang perasan akan dia dalam scene artis kat Malaysia nie. Dan terbaru, Dira nie yang akan replace tempat Fafau dalam Melodi eh? berduet sama Zizan katanya.. owhh~

Dan, dan dan... cerita nie jugak dapat Anugerah Sri Angkasa 2010 kategori drama terbaik eh? (SINI)

Based on cerekarama semalam, hope Dira boleh pergi jauh lagi lah. Semalam punya lakonan pun not bad. Scene paling best, masa ngah bertekak ngan Zila Bakarin. Haha~ childish gila ko ZB!..

Korang nak layan blog Dira leh poei kat sini, http://blogdira.blogspot.com/
Best artis ade blog sendiri.. leh direct baca info terkini..k guys! see later.. wanna Zzzzz~ As salam..

Saturday, January 02, 2010

Al-Fatihah buat Tok Mat by shahroll

Saturday, January 02, 2010




** image credit to TheStar



KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi Jumaat.


Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.



Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.



"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, Jumaat.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Beliau berkata allahyarham bapanya perlu menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran 'Tok Mat', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional dari 1988 sehingga 1999.



Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.



Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).



Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.





Teks credit to BERNAMA




SH: Jasa dan pengorbanan Tok Mat bukan calang2.Banyak jasa dan bakti Allahyarham kepada rakyat dan negara.Semoga roh Tok Mat dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan berada di kalangan orang2 yang beriman. Aminn..