As salam, hello readers...
Kita teruskan dengan cerita aku di Kemboja. Harap korang tak muak lah eh? Ada 2-3 post je lagi pasal siri ke Kemboja yang dibawakan oleh eQurban Resources sebagai penaja sepenuhnya dalam kembara di bumi Phnom Penh.
Ok, dalam entry kali ni aku fokus kepada tempat makan lunch kami di salah sebuah restoren yang dibawa oleh pihak penganjur. Sekali imbas, kalau korang datang sendirian disini, memang tak kan masuk punyalah sebab tak tahu halal ke tidak, kan?
Cafe Bubble
Siap ada gambar kucing lagi. Best! Dekorasi dalaman dia juga tampak mahal dan exclusive. Kitorang makan benda yang sama dengan apa yang aku nak review ni. Actual name aku lupa nak tanya, tapi berdasarkan rupa dan rasa, aku bubuh la nama Mee Sup Bebola Daging dan Ayam eh?
Mee Sup Bebola Daging dan Ayam
Rasa bola dagingnya agak sedikit keras kerana padatnya daging yang dikepal. Tak seperti di Malaysia, daging yang besar disalut dengan telur ayam didalamnya. Bahan-bahan lain seperti cebisan daun salad, sedikit batang saderi, daun bawang dan daun ketumbar melengkapkan menu ini. Selain itu, taugeh juga diberikan semangkuk kecil untuk sesiapa penggemar taugeh.
bagus weh makan taugeh!
Taugeh: Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita -Untuk kaum lelaki pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala kaum wanita pula, dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan (sumber: Google)
cebisan daging ayam
sos
Dari segi rasa kuahnya, memang rasa manis. Sampaikan aku minta cili api kat pelayan restoren tu. Cili api dia kaler merah woo, memang pedas!! Pedas-pedas pon, licin gak 1 mangkuk ni. HAHA!
set lengkap
bersama team media yang lain
Bagaimana dengan services yang diberikan? Secara jujur aku katakan, service yang diberikan agak lewat, kalau dalam bidang serving sepatutnya tidak sampai 20 minit dah sampai makanan, tapi untuk ini aku kena tunggu hampir 35 minit. How? keadaan diselamatkan dengan air yang dihidang atas meja, dan air "pembuka bicara" iaitu teh cina.
tapi...
LICIN!!! HEHE~
enjoy!
No comments:
Post a Comment