Showing posts with label denaihati. Show all posts
Showing posts with label denaihati. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Behind The Scene: Sepetang Bersama Blogger anjuran Denai Hati 2013 by shahroll

Sunday, January 27, 2013



As salam, hello readers...

Semalam (26 Jan) bertempat di Hotel SinggahSana telah berlangsungnya majlis himpunan bloggers yang menempatkan lebih dari 110 bloggers dan 15 orang dari media massa yang datang memeriahkan majlis berkenaan. Apa aku buat kat sana?

Aku datang amek gambar je. HEHE!

*pause. Ambik secawan kopi*

Ok, sambung balik. Aku ke sana tepat 8.30 pagi waktu Malaysia dan masa tu Dewan Mahligai masih kosong dan gelap. Dan kebetulan masa tu aku tak kenal sesiapa untuk AJK event ni, so melepak di lobby hotel hampir 1 jam jugak lah sebelum berjumpa dengan team Kak Rock (sweetkurma dot com) dan juga Eizil (eizil dot com)

Lets pictures talk for u! HEHE!



Thursday, October 25, 2012

Misi kembara Qurban di Cambodia bersama @eQurban Resources by shahroll

Thursday, October 25, 2012



As salam, hello readers...

Alhamdulillah aku sudah selamat menjejakkan kaki ke tanah jajahan Cambodia (Kemboja). Aku sampai disini pada jam 4.35 petang waktu Cambodia. Dekat sini waktunya lewat 1 jam dari Malaysia (GMT+9) so agak senang juga lah untuk ingat waktu solat. (dah niat musafir ok~)

Perjalanan aku ke sini di taja penuh oleh eQurban dot com, anak syarikat kepada Al-Ansar Group yang mana menjalankan perniagaan ibadah qurban secara online. Rujuk laman webnya di SINI.

eQurban: Misi Kembara Qurban di Kemboja & Vietnam

Rombongan dari Terengganu, ada dari TM Group dan juga rakan media. Setakat yang aku tahu media yang mengikuti perjalanan kami sepanjang berada di Kemboja adalah Utusan Melayu & Bernama. Untuk majalah pula, Majalah Jelita turut serta dalam misi kali ini.

Setelah sampai di Phnom Penh International Airport, para rombongan dijemput oleh pihak Koperasi Muslim Kemboja menaiki bas yang disediakan yang telah bekerjasama dengan eQurban selama 4 tahun dan menurut kata Tuan Haji Masrukhin (ketua pengiring eQurban) setakat yang tuan haji tahu, beliau paling terbaik dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih.

Penginapan kami para rombongan adalah di Golden Stadium Hotel. Apa yang aku boleh katakan tentang hotel ni eh? Well, hotel yang setaraf 2 bintang di Malaysia. Selesa dan rasa selamat. Itu yang penting. Dan lagi satu, wifi yang disediakan di lobby hotel sangat laju! Begitu juga dengan kabel internet yang dipasang di bilik hotel diberi secara percuma.

Pada jam 7.30 malam, kami dibawa makan malam ni atas bot yang terletak tidak jauh dengan hotel yang kami menginap. Makanan bukan Cambodian punya sajian, tetapi "nasi bungkus" yang dibekalkan oleh team eQurban. Perasa Nasi Lemak rendang dan juga Nasi Ayam.


best naik bot ni. Slow and steady sambil boleh shoot 
panorama sekitar bandar Phnom Penh

makan malam kami...

Sedang asyik menyantap makanan yang disediakan, mata aku meliar melihat panorama yang mengasyikkan sepanjang merentasi laut di Bandar Phnom Penh. Selepas makan, para rombongan saling mengenal satu sama lain dengan mengadakan sesi "ice-breaking". Aku tak perkenalkan diri pun, sebab sibuk mengistalasi (installation) nombor telefon Kemboja yang dibekalkan oleh PR Media, Kak Huda, HAHA!

End untuk #1 day. Tunggu untuk #2 day pulak k?

enjoy!

Thursday, August 16, 2012

Majlis Iftar: Mesra Kaseh Media @ Warisan Kasih, Kampung Sungai Kelambu, Banting Selangor

Thursday, August 16, 2012


As salam, hello readers...

Pengalaman berbuka puasa bersama Warga Emas, Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin serta Sekolah Tahfiz, Ihya Al-Ahmadi satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 

Majlis yang dibuat ini adalah bersempena dengan Majlis iftar mesra kaseh media yang mana, pihak media dan juga Rakan Bloggers dijemput  untuk mengetahui serba sedikit tentang Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh ataupun "Warisan Kaseh" pada 8 Ogos yang lalu.

Kita mulakan dengan persekitaran sekeliling Warisan Kaseh;

Warisan Kaseh mempunyai persekitaran yang baik untuk penghuni disini seramai 15 orang yang menetap secara berkala dan tetap. Dengan keadaan kampung yang harmoni, ia adalah baik untuk menjadikan Warisan Kaseh sebagai tempat ekspresi warga emas dalam menjalani kehidupan sehari-harian dengan tenang.

Wakil media dan Rakan Blogger

Alamat Warisan Kaseh:
RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com


Thursday, August 12, 2010

Kenapa aku perlu join Contest Hidup Seorang Blogger oleh Denaihati? by shahroll

Thursday, August 12, 2010
2. Buat 2 entri wajib di blog ANDA dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER”. Kandungan entri adalah bebas dan kreatif serta jangan lupa backlink kepada Denaihati. Dua entri wajib mesti diterbitkan hanya pada 22/8 dan 29/8 sebelum jam 11.59pm.


                     source: Denaihati.com

Salam all! =)

Masa tengok2 blog yang berUPdate dalam dashboard, bro Eyriqazz ade update pasal benda nie. Contest nie datang dari web blog Denaihati yang menawarkan hadiah yang agak cool jugak.. lumayan seh! =D

Antara hadiahnya:-

ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM300 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM150 setiap seorang. 5 entri paling popular mengikut pilihan blogger akan menerima hadiah bernilai RM100 setiap seorang.

Cool kan? so, Tarikh 22/8 tu adalah HARIJADI AKU ok! hahaha.. tu sebab aku nak masuk contest nie.. mana lah tahu kan, kot la menang dapat RM 300 boleh belanja korang makan kat kedai mamak.. eheheh~ bersempena tarikh tu jugak, genap lah aku hidup kat donia nie 23 tahun dah!.. Tua dah ko Roll.. =(


** Nice typo web blog dia...

So, kalau korang berminat nak join gak, korang leh pergi kat link yang aku dak dok backlink tu ok!.. selamat mencurahkan idea masing-masing! shhhhhhhhhhh~ salam! =D