Showing posts with label diploma. Show all posts
Showing posts with label diploma. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Berakhirnya semester ke-8 Pelajar Luar Kampus (PLK) by shahroll

Thursday, March 28, 2013



As salam, hello readers...

Semalam dan hari ini merupakan hari terakhir dalam semester ke-8 selepas selesainya peperiksaan akhir untuk kertas ETR300 dan juga BBM110. Untuk kertas OMT290 tiada peperiksaan akhir, cuma ada final test. Alhamdulillah, semua dilalui dengan lancar walaupun ada sedikit masalah melanda.

Sepanjang aku berada dalam semester 8, kelas yang paling best bagi aku adalah kelas OMT290 berbanding dengan 2 kelas yang lain. Aku memang suka dengan kelas Organizing Event sejak awal semester lagi. Antara lainnya, aku mahukan ilmu menguruskan majlis (back-end) untuk persiapan bisnes berkaitan dengan majlis seumpamanya. Bukan sekarang, mungkin 2-3 tahun lagi. Ilmu yang ada tak cukup lagi rasanya.

Kelas BBM110 bukan tak best, tapi berapa kerat je dari batch aku. Tak ramai. Tapi kelas tu ok juga dengan teman kelas yang lain. Walaupun kita bangsa Melayu yang kononnya fasih berbahasa Melayu, tetapi dalam penulisan masih banyak perlu dipelajari. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar aku untuk sem ni. Semua terbaik!

Untuk kelas ETR300, cabaran paling utama menyiapkan Business Proposal bersama group. Ada 6 orang dalam group aku. Mereka adalah Nurul Ain, Nurul Hidayah, Nurul Fikrini, Asyikin, Nurhafiza dan aku sendiri. Mereka mempunyai jawatan tersendiri dalam pembentukkan company yang kami bina atas jenama My Maid Cleaning Services Sdn Bhd.

Terima kasih tak terhingga kepada my team ETR300 kerana bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing dan tempat pertemua kami di Perpustakaan Awam Selangor di seksyen 13. Sesungguhnya aku menghargai penat lelah serta komitmen yang jitu dari kalian. Kalau tidak, Encik Hardy Lo tak kan hantar WhatsApps berbunyi "You did well". Good job guys!


My team members Organizing Event: We Care

My team members ETR300: Business Proposal

Segalanya sudah selesai. Cuma menunggu keputusan peperiksaan sebulan lebih dari sekarang. Walaupun hanya 3 subjek yang aku ambil semester ini, masa aku sudah cukup terbatas. Al-maklum, banyak perkara lain selain belajar aku harus lakukan untuk mencari sesuap nasi. Ewahh! HUHU.

Jumpa lagi di semester hadapan!

enjoy!

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Berkonvo member2 yang berkonvo! by shahroll

Wednesday, May 11, 2011


Morning bloggers!


Sejak beberapa minggu kebelakangan nie, cuaca agak menggila dengan "kepanasan" yang agak tinggi. Sampai aku kena mandi banyak kali! urghhh.. tapi Alhamdulillah, 2-3 hari dah nampak "slow" sikit panasnya, ade hikmah disebalik kejadian, pernah ke difikirkan? i leave it the question to u.. 


Okey, esok bermulanya konvokesyen. Kawan2 aku semua dah ambil jubah, korang dah amek belom? Tak berkonvo pulak nanti kang. Antara kawan aku yang berkonvo untuk kali ke 74 nie adalah... calon-calonya....



Eryy Ezzani a.k.a Big Bro: Beliau ambil Diploma Business. Rakan satu tempat, lain2 department. Department dia best, bahagian membeli buku. Seorang rakan yang cool, relax dan understanding! yeahh!! keep on track bro!


Alyz: Rakan dari zaman tagged lagi. Zaman diploma aku dah datang dia punya konvo, now aku datang lagi sebab di adah habes Degree pulak. Tak sure degree pe dia amek, tapi macam Human Resource gitu la, ye ke Lyz? ahaha~


Aisyah: Ok,kawan nie aku baru kenal. Sebab beberapa minggu sudah dia ada buat SKP kat tempat aku. Nice person, suka buat joke, suka bagi idea, boleh berkomunikasi dengan baik and now dah kerja sebagai Librarian di KFCH. Degree dalam Information Study.


Untuk konvo kali ni, dorang akan merasmikan bangunan baru di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang aku pergi masa Amanat VC beberpa bulan lepas. Cool yoooww!


Worait, cukop untuk itu. Aku ucapkan SEKALUNG TAHNIAH diatas kejayaan korang. Kejayaan korang, aku tumpang sekali nak gembira leh? ahahah~ aku punya study belom habis2 lagi, tunggu la ye? LOL~


Chaw!