Friday, February 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat UiTM by shahroll

As salam to all,


Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan pergi ke Masjid UiTM seawal jam 9.15 pagi untuk mendengar ceramah yang pada mulanya aku tak tahu siapakah ahli panel yang akan beri ceramah tentang sambutan Maulidur Rasul kali nie. Aku pergi sorang dari office dan berjumpa dengan rakan2 lain di dalam masjid.


Inilah Masjid di dalam UiTM, dan tempat diadakan ceramah tadi.

Di persekitaran, terdapat banyak sepanduk2 yang aku percaya adalah dari setiap fakulti dan bahagian dalam UiTM yang berarak untuk sambutan Maulidur Rasul. Difahamkan, terdapat 10 kontijen daripada staff (campur fakulti dan bahagian) dan 5 kontijen daripada pelajar. Untuk makluman, penyertaan kali ini agak memberangsangkan dari tahun sebelumnya.


Keadaan di dalam masjid. Masa nie Dato' Naib Canselor ada bersama jemaah yang lain untuk memberikan sepatah 2 kata serta menyampaikan hadiah untuk Tilawah Al-Quran yang telah dimenangi oleh pelajar antarabangsa (lelaki).

Setelah penyampaian itu, Dato' VC mempunyai urusan yang lain, tetapi komitmen Dato' terhadap pembangunan insaniah di UiTM, tak dapat disangkal. Sesibuk mana pun, tetap akan meluangkan masa. Salute sama Dato' VC. Dan, ahli panel untuk memberikan ceramah telah pun kelihatan, memula tengok macam tak kenal, lepas 2-3 kali tengok, Ya Allah! Aku kenal dengan Ustaz Amin nie. He is blogger. YES! ini blog beliau http://www.ustazamin.com

shahroll bersama Ustaz Amin

Kalau tak silap, ustaz Amin banyak keluar di kaca Tv untuk program "Tanyalah Ustaz". Patut pon macam pernah nampak. Plus, aku memang follow blog beliau. Dan, ceramah beliau banyak berkisar tentang perkongsian ilmu. Dan lebih menyeronokkan, ceramah beliau tak boring. Aku ulang, TAK BORING. Sebab slide demi slide akan ada unsur2 multimedia (tayagan video) dan aku masih ingat sampai sekarang, pasal Istanbul, Turki. Tengok video kat bawah nie.

Maaf, rakam pakai Nokia C3

Actually, aku tak pernah tengok filem "FETIH 1453" nie. Aku berborak ngan kawan office aku, Bard, apesal tak de movie yang cam nie ditayang? uhuhu~ not bad what. Cool kot? untuk contoh trailer yang lain boleh click SINI
Selain itu, Ustaz amin juga berkongsi cerita tentang pengalaman beliau di Saint Petersburg, Rusia tentang beliau meng-interview para penyelidik yang menyelidik (pengkaji) tentang Bahasa Melayu. Saksikan video nie;

quote from: Ustaz Amin blog

Tak cukup rasanya masa yang diberikan oleh Ustaz Amin akan pengalamannya semasa beliau di Rusia. Beliau menambah lagi, ".. Kalau ada pelajar PhD melanjutkan pelajaran, pergilah ke Rusia, pergilah kaji tentang Alam Nusantara dan Alam Melayu itu sendiri.." teruja aku mendengarnya, macam esok aku nak ambil PhD, huhu~

Terima kasih juga kepada television Al-Hijrah yang datang buat coverage. Tak sangka pulak mereka datang ke UiTM. Boleh la korang melihat nanti di kaca tv ya! =D see next! As salam..

No comments: