Saturday, June 29, 2013

Tutor: Shoot produk dengan mudah? by shahroll




As salam, hello readers...

Perkembangan perniagaan online sekarang semakin meriah. Ada jual makanan, pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga minyak wangi. Aku melihat jualan minyak wangi di online sungguh rancak. Selain memudahkan pelanggan untuk membeli perfume yang digemari, blog-blog jualan minyak wangi terutamanya pandai menarik perhatian pelanggan dengan gambar-gambar yang cantik.

Benar. Dengan gambar yang cantik dan tampak professional, meningkatkan imej dan perniagaan korang. Seriusli, aku juga sebagai pembeli, mahukan kekemasan dan gambar yang elok untuk tatapan pelanggan.

Aku ada buat shoot untuk produk minyak wangi. Perfume oil. Tapi bukan berbayar lah, saja jadikan perfume oil ni "model" aku. HEHE!

imej original dari kamera

Actually, DSLR aku dah lama sangat peram dalam beg. Jadi, hari ni aku "hidup"kan balik fungsi kamera tu. Model lama je, Canon 30D. Bersama-sama dengan lens 50mm (the best lens) dan tiada lampu studio mini. Aku pakai lampu yang ada di atas dinding bilik saja.

Setting kamera, and shoot! beberapa keping... hasilnya selepas di-edit di dalam Adobe Photoshop CS3,

final output

Dengan setup yang very very simple dan minimal, final output tidak mengecewakan. Kemahiran editing tahap pertengahan diperlukan untuk tugasan seperti ini. Kos? jauh lebih murah dengan shoot dalam real studio.


enjoy!

No comments: