Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts

Thursday, August 02, 2012

Nasi Kandar: Berbuka orang bujang, by shahroll

Thursday, August 02, 2012


As salam, hello readers...


Berbuka di luar rumah merupakan satu cabaran yang terpaksa ditempuhi setiap pelajar luar kampus macam aku. Kerana ilmu yang ingin dicari, berbuka dimana-mana sama saja (walaupun kat rumah lagi best!). Isnin lepas aku berbuka di fakulti bersama "rakan-rakan" yang lain. 


Apa yang aku makan?


Nasi Kandar Hakim!! plus dengan Soya Jagung...

Aku suka makan kacang Pistachios lepas berbuka...

Walaupun aku sebut "rakan-rakan" tadi, sebenarnya aku makan berseorangan. Lepas je rangkap pertama azan, tegukan air soya jagung sejuk membasahi ruang saluran yang kering sejak awal Subuh. Alhamdulillah. Rezki Allah memberi nikmat terhadap hamba-Nya.

snap dlu Nasi Kandar.. 

Tadaaaa... dilimpahi kari yang pelbagai..

Lama juga tidak menjamah Nasi Kandar. Hari tu teringin pulak. Banjir aku letak kari kat nasi. Ayam bahagian kepak menjadi pilihan. Tepung ayam goreng kat kedai mamak memang sedap. sangat-sangat. Penchenta nasi kandaq ja tahu akan hal ni. Ecceh!

Tak lengkap makan Nasi Kandar kalau tak de benda ni;

PAPADOM! =D

Selamat berbuka guys!

Wednesday, July 25, 2012

(promosi ramadhan) Berbuka di Seoul Garden! by shahroll

Wednesday, July 25, 2012


As salam, hello readers...


Aku memang suka makan buffet. Ditambah dengan menu dia ada daging kambing dengan pelbagai pilihan. Sukar nak tinggalkan makanan yang berunsurkan daging even aku di"nasihatkan" agar meninggalkan makanan berunsurkan daging. Tapi kalau amek portion yang "sederhana" apa de hal kan? =p


menu fav: Daging kambing black paper

Salah satu kedai stim-bot yang best adalah Seoul Garden. Banyak kali aku pergi sana dengan kawan-kawan dan sahabat rapat aku. Tapi tak de pulak banyak kali aku posting dalam blog ni (kalau banyak kali, restoren tu kena bayar advertising le) HAHA!

Mereka sedang promosi untuk korang...

amacam? ada berani? HEHE..

Monday, July 23, 2012

Bazaar Ramadhan: Tanjong Karang lokasi pertama! by shahroll

Monday, July 23, 2012


As salam, hello readers...


Sabtu dan Ahad lepas aku balik ke kampung halaman di Kuala Selangor. Sudah menjadi tradisi tahunan, bila tetiap awal puasa (pertama dan kedua) pasti disambut di rumah nenek (sebelah mak). Bazaar Ramadhan yang popular disini berada di tengah-tengah pekan Tanjong Karang.


permulaan bazaar.. panjang ok?

ni nak snap kereta old school ni je.. hehe!

Oleh kerana peniaga-peniaga disini berketurunan Jawa (most of them) maka banyak juga lah juadah-juadah berunsurkan etnik Jawa di niagakan. Kalau korang kenal apa itu Pecal & Nasi Ambeng, itulah dia juadah special dari kaum Jawa ni.

Pecal Jawa...

Nasi Ambeng Jawa...

Pecal dan Nasi Ambeng mengalami revolusi perniagaan dimana, Pecal dari dulu kapasiti yang kecil telah dijual di pasar-pasar malam tetapi untuk Nasi Ambeng Jawa, kapasiti yang kecil telah pun ramai menjualnya di pasar. Kalau tak, hanya di kenduri keramaian saja dapat makan juadah ni.

Nasi Ambeng dijual pada harga RM5.50 mengalami kenaikan sebanyak RM0.50 untuk setiap bungkusan yang dijual. Walaupun harganya agak mahal, tapi korang puas makan sebab nasi dan lauk-pauk yang ada cukup banyak!




lain-lain panorama sekitar Bazaar Ramadhan di Tanjong Karang

Walaupun baru 1 hari berpuasa, ada juga yang sudah menjual lemang (makanan pada hari raya) dijual di bazaar. Memang menyelerakan bila terlihat rendang kerang dan rendang daging cicah bersama lemang. Tetapi melihat pada bajet pergi ke bazaar hanya RM20.00, pending dulu lah beli lemang!

Bazaar Ramadhan anda bagaimana? jom share! =D