As salam, hello readers...
Alhamdulillah, sempat aku menulis pagi ni. Lepas mandi memang segar amat lah kan. Tak boleh nak lelapkan mata. Dari aku buang masa terkebil-kebil, baik aku update blog, mesti korang suka kan? HAHA!!
Hari ahad aku terisi dengan aktiviti penghantaran kerepek pisang tanduk Laila Crispy Chips & Taste (LCCT). Dari pagi hingga lah ke malam. See? betapa aku busy menaikkan nama LCCT punya kerepek. Tapi aku puas apa yang aku dah capai sekarang. Tinggal nak capai ke peringkat seterusnya pula.
LCCT dah punyai Facebook page dan sekarang sudah ada blog sendiri. Mengapa aku guna medium blog (blogspot based) ni eh?
Yang pertama sekali adalah tentang carian 'Kerepek Pisang' ini banyak datang dari Google, yang mana kita tahu, Google merupakan enjin pencarian yang utama di dunia. Rata-rata pelanggan online LCCT datang dari Google Organic.
The flow adalah: Pelanggan> Buka Google> Taip "Kerepek Pisang Sedap"> Keluar my blog tentang LCCT> Link ke FB Pages
Oleh kerana itulah aku fikir, baik aku wujudkan satu platform lain untuk pelanggan-pelanggan setia kerepek pisang LCCT ini kepada medium yang lebih formal. Walaupun aku guna medium blog, template nya aku dah ubah bagi kelihatan seperti "website berbayar" itu.
blog kerepek pisang tanduk LCCT
Aku ambil masa 3 hari untuk menyiapkan blog business ini siap lengkap dengan borang tempahan online. Disebabkan ramai membeli melalui online, aku rangka satu bentuk sistem yang bersistematik (Google Drive) untuk menyimpan pesanan-pesanan mengikut pada urutan di database.
Muka aku di blog LCCT;
Yeahh!! nampak apa jawatan aku tu? HEHE!!
Aku dah beri lihat blog ni kepada rakan-rakan terdekat dan juga owner a.k.a tawkey LCCT. Tak de apa yang tak OK. Alhamdulillah. Memang aku pilih theme minimalist dan mesra SEO templatenya. Blog itu akan jarang update macam blog aku, sebab aku nak maintain macam website. Ada promosi ke, ada road tour ke, ada big project ke, baru akan ada update (post entry terbaru) dalam blog LCCT.
Ok lah, tanpa buang masa lagi, aku perkenalkan kat korang blog kerepek pisang tanduk online yang howssttt lagi ohsem;... Bismillahirahmanirahim...
enjoy!
No comments:
Post a Comment