Sunday, February 16, 2014

Sticker logo Laila Crispy Chips & Taste bakal dicetak 500 keping? by shahroll




As salam, hello readers...

Update pasal Kerepek Pisang Tanduk LCCT lagi hari ni ye? Ahah! jangan la korang jemu pulak. Aku tengah excited sebab pagi tadi dalam lebih kurang jam 9 pagi aku dah mendapatkan bekalan pisang tanduk mentah sebanyak 51 kilogram! Alhamdulillah, Allah Maha Kaya memberikan rezeki yang berterusan untuk bisnes LCCT!

Semalam,

Aku ada pergi ke kedai printing di Shah Alam. Dedekat dengan pintu belakang UiTM. Dan, aku disambut mesra oleh staff di Ati Printing untuk bertanyakan cetakan sticker yang aku perlukan sebanyak 500 keping untuk aku tampal di kerepek pisang LCCT.

Harga yang ditawarkan, memuaskan hati beta! har har har~

Aku minta kertas A3 untuk print sticker tu. Lebih kurang 28 pcs logo dapat dimuatkan alam sekeping A3. Dan, harganya juga tak sampai RM100! Kira murah la sebab aku nak ada warna jugak

finalize logo yang bakal di printing petang nanti, InsyaAllah...

Oleh kerana aku belum berjumpa dengan client yang dah order kerepek LCCT sebanyak 500 pek untuk sesi "testing food", so aku dah siap-siap letak dalam balang kecil seberat 80gram untuk mereka rasa dan bawak balik!

kecil dan menarik untuk dijadikan doorgift perkahwinan!

enjoy!


No comments: