Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Harimau Malaya diberi amaran? by shahroll

Thursday, September 13, 2012



Harimau Malaya

KEKALAHAN 0-2 kepada Vietnam malam kelmarin seharusnya menjadi amaran buat Harimau Malaya dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.

Sebelum turun menentang Vietnam pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam itu, skuad Harimau Malaya memiliki rekod cemerlang dalam lima aksi persahabatan berstatus A sebelum itu.

Dua kemenangan dan tiga kali seri berjaya direkodkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu dalam lima pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, anak-anak buah Rajagobal gagal meneruskan momentum sedia ada apabila tewas mengejut di hadapan hampir 15,000 penyokong Harimau Malaya.

Kekalahan itu sekali gus ia menimbulkan tanda tanya sama ada Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.

Kecenderungan Rajagobal yang sering melakukan eksperimen dalam skuad kendaliannya jelas tidak disenangi sesetengah pihak memandangkan kempen Piala AFF bakal berlangsung November depan.

Pada sidang media sejurus tamat perlawanan kelmarin, Rajagobal sekali lagi tampil dengan nada positif biarpun kelibat anak-anak buahnya lebih banyak dibayangi pasukan lawan.

“Kalah tetap kalah, tiada alasan yang mana Vietnam berhak meraih kemenangan itu memandangkan mereka bermain dengan penuh agresif.

“Namun, aksi persahabatan dan kejohanan sebenarnya berbeza. Kami masih berada di landasan terbaik dan tidak perlu panik dengan satu kekalahan ini,” kata Rajagobal. [sumber: Kosmo]

Kata Aku:
Malaysia KALAH dengan pasukan Vietnam?? MALU WOII!! Apa kes dengan Rajagobal eh??

Tuesday, November 22, 2011

BERITA TERKINI : Muka Depan paper Kosmo! HARIMAU MUDA BAHAM GARUDA MUDA!! by shahroll

Tuesday, November 22, 2011



KUALA LUMPUR –Skuad Harimau Muda berjaya membuktikan kehebatan apabila membaham laskar Garuda pada final bola sepak Sukan SEA sekaligus menghadiahkan pingat emas kepada seluruh peminat bola sepak tanahair.
Disifatkan sebagai ibu segala pingat emas, ia memperlihatkan pasukan Malaysia bermain sepenuh jiwa dan raga untuk negara di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
Meskipun dihujani dengan pelbagai provokasi dari penyokong-penyokong serta media tuan rumah, skuad Harimau Muda bimbingan jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, tetap gagah untuk berjuang sehingga ke saat akhir perlawanan yang penuh mendebarkan.
Bermula dengan jaringan awal pada minit ke-5 oleh pemain pertahanan Indonesia, Gunawan Dwi Cahyo, stadium Bung Karno yang dibanjiri lebih 100,000 orang penyokong fanatik negara jiran gamat berpesta meraikan gol tersebut.
Bagaimanapun, sorakan tersebut berjaya ‘dibisukan’ apabila lebih kurang 20 minit kemudiaannya, pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd Asraruddin Putra Omar, bertindak membenamkan diri untuk menanduk masuk gol penyamaan mengikat kedudukan perlawanan kepada 1-1.
Keputusan kekal kepada Malaysia dan Indonesia terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, perlawanan akhir merebut pingat emas Sukan SEA itu menjadi semakin sengit menyaksikan kedua-dua pasukan bertali arus mengatur serangan demi serangan.
Meskipun ditekan dengan permainan kasar dan ‘tackle’ keras yang dilakukan pemain Indonesia, Harimau Muda tetap konsisten dengan mempamerkan gerakan-gerakan merbahaya yang mencemaskan pintu gol lawan.
Namun, kedudukan 1-1 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat.
read more: HERE
enjoy!

Monday, November 21, 2011

Jersey baru untuk menyokong HARIMAU MUDA malam ini!! by shahroll

Monday, November 21, 2011


As salam, hello readers...


Ada lagi beberapa jam untuk sampai ke jam 8.30 malam ini. Acara apa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia dan juga Indonesia? Tak lain dan tak bukan, ia berkaitan dengan bolasepak dimana malam ini, Malaysia (Harimau Muda) akan menentang habis-habisan terhadap Indonesia (Garuda Muda)


Skuad bawah 23 tahun ini sama-sama mempamerkan aksi yang hebat sewaktu di dalam kumpulan lagi. Malaysia yang bertemu sekali lagi dengan skuad Indonesia nampaknya memerlukan kosentrasi yang tinggi untuk melawan Garuda Muda yang corak permainannya agak pantas.


siapa Raja Asia Tenggara?
Harimau atau Garuda?

Untuk acara final juga, aku rasa tak rugi untuk berbelanja sedikit untuk membeli jersey skuad Malaysia yang Original! hehe. Selama ni pakai yang cetak rompak la eh? boleh la dikatakan begitu. Now NO MORE!!

Lunch tadi aku sempat rayau-rayau kat store Al-Ikhsan cawangan Shah Alam. Pada awalnya aku nak beli yang Hitam+Kuning, but size XL tak ada pulak! Terpaksa ambil yang Biru punya.
Its ok lah. Cun jugak!! hehehe~

Aku bertanya kepada awek yang jadi promoter kat situ, yang hitam+kuning tu bila stok baru nak sampai. Serius lawa dowh! Ok, fine aku bukan nak mengorat pon! hee~ dia kata minggu depan! Ok lah, aku beli yang biru ni dulu, yang kuning minggu depan (khas untuk support Malaysia ke Olympic)

Harga untuk jersey yang aku beli di store Al-Ikhsan RM199. Dan korang dapat free gift berupa beg atau payung atau botol air yang exclusive. Aku pilih beg lah sebab beg dia lawa.

Kemana kita malam ni? Aku dengan kawan-kawan menyokong skuad Malaysia di RESTOREN HAKEM SEKSYEN 7 SHAH ALAM yang berdepan dengan restoren Pak Li. Hakem kat sini (Shah Alam) ada banyak tempat, tu yang kena mention Pak Li tu.

Ok guys! Minta pada Allah supaya U23 Malaysia mencapai kemenangan untuk bolasepak pada malam ini! 

enjoy!

Saturday, November 19, 2011

(Theme song) HARIMAU MALAYA khas untuk Malaysia vs Myanmar by shahroll

Saturday, November 19, 2011


song by BroXcute

Tak pasti ini lagu OFFICIAL atau bukan, tapi aku suka lagu ni. Seriusly aku suka sangat. Selain dari musik dia yang catchy dan ada selit unsur rock, lirik dia juga mengancam! Tahniah la kepada band yang buat lagu ni.

Aku harap ada pihak akan angkat lagu ni sebagai lagu Official untuk team Malaysia. Selain dari originality lagu ni yang kuat, sesiapa yang mendengar lagu ni pasti bersemangat secara tak langsung!!

Penggempur Negara.

Ada beberapa jam untuk pukul 5 petang ni. Teruskan menyokong Team Malaysia walau apa pun yang terjadi. KALAH ATAU MENANG! Doakan yangterbaik untuk team bolasepak Malaysia!!

WHOAARRGHHHHHHHH!!!!

Friday, July 29, 2011

Team Malaysia VS Team Singapura: Keep it up HARIMAU MALAYA! by shahroll

Friday, July 29, 2011


Salam Jumaat readers,


Entah mana silapnya, skuad Harimau Malaya seakan mengalami "pressure" yang agak tinggi di tempat sendiri berdepan dengan 90 ribu penyokong di stadium dan jutaan lagi yang menyaksikan perlawanan yang boleh dianggap epic. Bermula dengan kesebelasan utama negara, seakan pincang setelah Zakuan ditukar dengan pemain simpanan.


Fuhh~ macam ayat pengulas bola proffesional. Aku akui, ada beberapa part skuad Harimau Malaya kena baiki semula. Paling ketara bahagian pertahanan yang bagi aku memang longgar disitu. Pandangan dari seorang yang "noob" dengan arena bolasepak negara.


Singapura menang agregat 6-4 setelah kedudukan menjadi 1-1 dengan Malaysia. Beza 2 gol sahaja dengan Singapura, namun nasib berpihak kepada skuad Singapura yang mara ke peringkat yang seterusnya. TAHNIAH!


Apa yang rata2 orang bercakap pasal game malam nie?


1) Safee sali main sendirian tanpa ada back-up rakan sepasukan (ni pengulas tv tu cakap)
2) Pemain Malaysia kena kepong kaw-kaw dengan pertahanan Singapura
3) Pertahanan Malaysia yang longgar.
4) Banyak peluang berpihak pada Malaysia, tapi disia-siakan (takde luck kan?)
5) Tampak pemain Malaysia kurang memberi saingan (hanya bertahan, kurang menyerang) memang Singapura menguasai perlawanan.
6) Banyak "babak" jatuh-jatuh, sakit-sakit dan memang aku cakap DRAMA terbaik dalam perlawanan bolasepak!


Diatas hanya cakap-cakap or hearsay saja. No fact! kang ada pulak yang cedok mende ni kata this is FACT! ohooo~ kang sesilap kena saman ngan FAM plak. Bak kata abang bobby (member kelas aku) Defamation? kih3...



Dah 5 pagi. Wanna read book before pergi kerja. Oh, kelas Ekonomi petang nanti... Gyeeahh!!


Enjoy!