Showing posts with label football malaysia. Show all posts
Showing posts with label football malaysia. Show all posts

Wednesday, December 08, 2010

Penyokong Bolasepak Negara (Malaysia) masih ada, by shahroll

Wednesday, December 08, 2010
As salam to all,


Cuti umum hari ini sempena Maal Hijrah. Apa hijrah korang untuk tahun baru? harap tahun2 yang sudah dapat mencapai targetnya. Dari pagi sampailah ke petang, ada je hal yang harus di settle kan. Bermula dari membeli barang-barang sekolah adik-adik aku sehingga hantar barang kawan (backdrop) yang aku pinjam.


Masa hantar barang kawan aku tadi di Restoren Hakim seksyen 7, Shah Alam aku terlihat sekumpulan penyokong Malaysia yang mana malam nie perlawanan Suzuki Cup Malaysia menentang Laos. 


Aku sempat melihatnya di kedai makan bersama rakan-rakan. Malaysia lead 1-o dengan Laos. Then Laos menyamai kedudukan dengan 1-1. Lepas tu aku tak tengok dah, nak hantar barang kan.


Cumanya, aku kagum dengan semangat penyokong Malaysia di restoren Hakim tadi. Macam kat stadium meriahnya. Mamak-mamak yang ada pon enjoy je aku tengok, happening dowh!
Buat pasukan Malaysia, kamu masih "ada" penyokong, buat yang terbaik! =)
Buktikan Harimau Malaysia BOLEH!! roxx xoxo!! =D


Pembakar semangat!

As salam..

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia kalah dengan Jepun, 2-0

Wednesday, November 10, 2010
Salam semua =)


Agak tak happy lepas aku terlihat #tweetdeck, mengatakan Malaysia kalah dengan pasukan Jepun. Walaupun aku dah agak, pasukan Malaysia akan "tersekat" dengan berdepan dengan pasukan Jepun, aku bangga jugak sebab kalah dengan bergaya (klise ak ayat aku?). Laporan dari rakan blog:-



Seperti yang dinantikan, telah pun tamatnya permainan antara Malaysia dan Jepun pada perlawanan Group A di Sukan Asia, yang mana memperlihatkan Malaysia tewas pada Jepun dengan jaringan 2-0. Walaupun pada mulanya Malaysia memegang posisi bola pada kadar 51%, akhirnya melalui analisa keseluruhan permainan, Malaysia hanya memengang posisi bola sebanyak 42% berbanding Jepun sebanyak 58%.
Gol pembukaan oleh Jepun dilakukan melalui jaringan Nagai Kensuke pada minit ke-26, dan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Seterusnya, pada minit ke-64, Jepun berjaya menambah lagi satu jaringan melalui Yamaguchi Hotaru, sekaligus menjadikan skor jaringan 2 berbalas 0. Walaubagaimanapun, Malaysia memperlihatkan permainan yang menarik sepanjang perlawanan antara Jepun.
Sebelum ini, Jepun menewaskan China dengan jaringan 3-0, manakala Malaysia pula menewaskan Krygyzstan dengan jaringan 2-1. Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan China pada perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 13 November 2010.
laporan asal: www.rembat.com
Gol kemenangan Jepun
source: Youtube
It's ok Malaysia!! You do it well.. i'm proud of U!!! =D