Showing posts with label Sukan Asia. Show all posts
Showing posts with label Sukan Asia. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

#TeamMalaysia selamat berjuang di INCHEON, Korea Selatan!! by shahroll

Saturday, September 20, 2014



As salam, hello readers...

Kiranya aku tak lah terlambat untuk mengucapkan selamat berjuang kepada para atlit MALAYSIA yang berjuang di Incheon, Korea Selatan untuk temasya Sukan Asia 2014. Walaupun Malaysia nampaknya tidak meletakkan sasaran yang besar (ruj: suratkhabar tempatan) namun begitu, aku harap skuad Badminton dapat pergi ke final!

Pembawa bendera MALAYSIA: Datuk Nicol Ann David

Dalam portal-portal luar negara, anda boleh lihat bagaimana sesi pembukaan Asian Games 2014 dilakukan dengan penuh gemilang dan meriah. Tak kurang hebatnya #TeamMalaysia yang diketuai oleh Datuk Nicol Ann David yang diberi penghormatan selaku pembawa bendera Malaysia di pembukaan temasya.

Aku harap #TeamMalaysia berjuang habis-habisan di Incheon, Korea Selatan!!
Oppa Gangnam Style Malaysia!!! hehehe...


enjoy!!


Thursday, September 13, 2012

Harimau Malaya diberi amaran? by shahroll

Thursday, September 13, 2012



Harimau Malaya

KEKALAHAN 0-2 kepada Vietnam malam kelmarin seharusnya menjadi amaran buat Harimau Malaya dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.

Sebelum turun menentang Vietnam pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam itu, skuad Harimau Malaya memiliki rekod cemerlang dalam lima aksi persahabatan berstatus A sebelum itu.

Dua kemenangan dan tiga kali seri berjaya direkodkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu dalam lima pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, anak-anak buah Rajagobal gagal meneruskan momentum sedia ada apabila tewas mengejut di hadapan hampir 15,000 penyokong Harimau Malaya.

Kekalahan itu sekali gus ia menimbulkan tanda tanya sama ada Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.

Kecenderungan Rajagobal yang sering melakukan eksperimen dalam skuad kendaliannya jelas tidak disenangi sesetengah pihak memandangkan kempen Piala AFF bakal berlangsung November depan.

Pada sidang media sejurus tamat perlawanan kelmarin, Rajagobal sekali lagi tampil dengan nada positif biarpun kelibat anak-anak buahnya lebih banyak dibayangi pasukan lawan.

“Kalah tetap kalah, tiada alasan yang mana Vietnam berhak meraih kemenangan itu memandangkan mereka bermain dengan penuh agresif.

“Namun, aksi persahabatan dan kejohanan sebenarnya berbeza. Kami masih berada di landasan terbaik dan tidak perlu panik dengan satu kekalahan ini,” kata Rajagobal. [sumber: Kosmo]

Kata Aku:
Malaysia KALAH dengan pasukan Vietnam?? MALU WOII!! Apa kes dengan Rajagobal eh??

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia kalah dengan Jepun, 2-0

Wednesday, November 10, 2010
Salam semua =)


Agak tak happy lepas aku terlihat #tweetdeck, mengatakan Malaysia kalah dengan pasukan Jepun. Walaupun aku dah agak, pasukan Malaysia akan "tersekat" dengan berdepan dengan pasukan Jepun, aku bangga jugak sebab kalah dengan bergaya (klise ak ayat aku?). Laporan dari rakan blog:-



Seperti yang dinantikan, telah pun tamatnya permainan antara Malaysia dan Jepun pada perlawanan Group A di Sukan Asia, yang mana memperlihatkan Malaysia tewas pada Jepun dengan jaringan 2-0. Walaupun pada mulanya Malaysia memegang posisi bola pada kadar 51%, akhirnya melalui analisa keseluruhan permainan, Malaysia hanya memengang posisi bola sebanyak 42% berbanding Jepun sebanyak 58%.
Gol pembukaan oleh Jepun dilakukan melalui jaringan Nagai Kensuke pada minit ke-26, dan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Seterusnya, pada minit ke-64, Jepun berjaya menambah lagi satu jaringan melalui Yamaguchi Hotaru, sekaligus menjadikan skor jaringan 2 berbalas 0. Walaubagaimanapun, Malaysia memperlihatkan permainan yang menarik sepanjang perlawanan antara Jepun.
Sebelum ini, Jepun menewaskan China dengan jaringan 3-0, manakala Malaysia pula menewaskan Krygyzstan dengan jaringan 2-1. Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan China pada perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 13 November 2010.
laporan asal: www.rembat.com
Gol kemenangan Jepun
source: Youtube
It's ok Malaysia!! You do it well.. i'm proud of U!!! =D