Wednesday, November 10, 2010

Malaysia kalah dengan Jepun, 2-0

Salam semua =)


Agak tak happy lepas aku terlihat #tweetdeck, mengatakan Malaysia kalah dengan pasukan Jepun. Walaupun aku dah agak, pasukan Malaysia akan "tersekat" dengan berdepan dengan pasukan Jepun, aku bangga jugak sebab kalah dengan bergaya (klise ak ayat aku?). Laporan dari rakan blog:-



Seperti yang dinantikan, telah pun tamatnya permainan antara Malaysia dan Jepun pada perlawanan Group A di Sukan Asia, yang mana memperlihatkan Malaysia tewas pada Jepun dengan jaringan 2-0. Walaupun pada mulanya Malaysia memegang posisi bola pada kadar 51%, akhirnya melalui analisa keseluruhan permainan, Malaysia hanya memengang posisi bola sebanyak 42% berbanding Jepun sebanyak 58%.
Gol pembukaan oleh Jepun dilakukan melalui jaringan Nagai Kensuke pada minit ke-26, dan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Seterusnya, pada minit ke-64, Jepun berjaya menambah lagi satu jaringan melalui Yamaguchi Hotaru, sekaligus menjadikan skor jaringan 2 berbalas 0. Walaubagaimanapun, Malaysia memperlihatkan permainan yang menarik sepanjang perlawanan antara Jepun.
Sebelum ini, Jepun menewaskan China dengan jaringan 3-0, manakala Malaysia pula menewaskan Krygyzstan dengan jaringan 2-1. Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan China pada perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 13 November 2010.
laporan asal: www.rembat.com
Gol kemenangan Jepun
source: Youtube
It's ok Malaysia!! You do it well.. i'm proud of U!!! =D

2 comments:

sayaidaydotcom said...

wahhh,,hebat tandukan pemain jepun tu,

walaupon pasukan kita kalah,,mybe next time mesti lagi baik..

im proud of u Malaysia:)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

iday:

Cool kan? kalah bergaya la kan.. tak pe, Malaysia dah cuba yang terbaik.. huhu we support u Malaysia! =D