Showing posts with label damansara. Show all posts
Showing posts with label damansara. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

IFTAR bersama rakan sekerja dan Alyz Eppes @ One Utama by shahroll

Sunday, August 28, 2011

Kejadian ini berlaku hari Jumaat,

Hello semua. Berbuka bersama rakan kerja menjadi 1 kemestian eh tuk korang? Aku gak cam tu! Aku me-relaxkan diri (berbuka) dengan 2 rakan aku (semua dah berpasangan, aku je belum!) di Seoul Garden, One Utama.

Aku lepas kerja, terus shoot ke Damansara. Aku lalu ikut Federal Highway, aku senyum lagi. Susur ke Kelana Jaya, terus kelat! Siot jalan situ dah jammed! Sampai ke KDU panjangnya traffic yang teruk.

Dah sampai OU pun masih hati panas. Masalah park. Setengah jam aku habiskan carik park. Berentap dengan kereta lain, parking punya pasal. Dah kereta aku sensitip bergesel (calar sayang ah!) 7.45 malam baru lah aku sampai ke tempat makan neh.

Masuk-masuk je, Erry ngan Mun dah siap sedia nak "belasah" lauk-lauk yang ada. Aku datang bersama Alyz. Siapa dia? Oh, kawan.

Erry with wifey, Sariah... 


 Set aku dan Alyz (patutnya ada 1 pasangan lagi nak datang, tapi tak sempat nak join kitorang, jalan jem gila babs!!)


Daging perap Lada Hitam dan Ayam perap Merah.. sedap!!


Aku yang kahcak! Alyz? so so je.. LOL~ 


Pembuka untuk hari tu: Cendawan+Hirisan sosej 


Alyz fav: Udang+Tom Yam soup! 


Ok, daging yang dipegang oleh "model" tersebut adalah untuk round ke-2 ye pembaca sekalian, lihat lah betapa berselera kawan aku neh makan! wakakaka~ (padahalll, aku kaut semua!) =p


Pandai Alyz masak.. ecceh!! 


Member aku dari Terengganu, Mun with handsome hubby! Aceli dorang perasan aku amek gamba neh, tu yang dok menyengih tu.. LOL~


Dah OVERCOOK!!! adesss.. mana tukang masak neh.. (refer to Alyz) keh3... 


Pelengkap buka puasa: Campuran ABCDEFGHIJKL kot? macam2 aku letak dalam neh. last-last rasa macam.. urgghh~

Untuk makan seberapapantaskaubolehmakan kat sini, dia kira 1 kepala RM46++ lah. Awalnya korang datang dengan perot yang leper lagi kosong, balik je mula sendat! Belum campur nak makan kat kedai mamak lagi tu pas telan macam-macam kat kedai ni, keh3...

Penangan yang best kat sini bagi aku cuma daging-daging yang disediakan. Geram seh kalau tengok daging perap yang dorang buat. Air free flow, telan berapa banyak air leh telan.

Aku tak amik nasi or mee. Makanan cam tu aku bisa didapatin di kedai yang biasa je. So tips makan kat sini, santak daging je! huhu!~

Enjoy!

Monday, June 13, 2011

[Gambar] Berjumpa bersama pelakon-pelakon KL Gangster di IKANO, Damansara by shahroll

Monday, June 13, 2011

Happy Monday!

13 Jun. Mau dekat tengah bulan, tapi alhamdulillah, rezki masih ada untuk bertahan sampai hujung bulan. Jimat cermat pada masa sekarang memang perlu, lagi-lagi orang bujang macam aku ni. Banyak nak pakai duit!

Cerita sabtu lepas. Aku berada di IKANO Damansara untuk menghadirkan diri ke program beramah mesrah bersama pelakon-pelakon KL Gangster. Tak banyak pelakon yang turun, masa tu cuma ada Adam Corie (Taiko Dragon) Aaron Aziz (Malek) ngan Ady Putra (Jai).

Walaupun 3 orang je yang turun, sambutan agak panas. Panas bro wa cakap lu. Aku datang bersama kawan aku yang dok kat area Damansara tu, tapi dia bukan blogger lah. (kes bakar line ni Eppes!!) wakaka...

Layan gambar yok!

sebelah bangunan baru IKANO....


see? huuuuuu~




Ady Putra layan auntie nie sopan gila... sweettt!!


Malek bersama peminat (time nie Eppes dah melting.. goshhhh!!!)

Tu dia... kena kerumunnnnnn!! hehe.. Taiko Malek..


Baju no. 3 tu aku ingat si Syamsol Yusof, sekali bukan daaa.. cesss...


Booth dimana pelakon2 berehat jap.. then sambung amek gambo!


Malek kena interview jap ngan wartawan mana tah...

Aku datang agak lewat, tapi syukurlah tak ketinggalan ke event ni. Aku park pon kat parking yang dia letak sign tak boleh park tepi jalan tu. Aku fikir sekejap je nak masuk kan, pe de hal, tak kena claim tayar punya lah. Padahal dalam hati, takut jugak kena paw RM100. banyak tu seratus!!

Sorry for quality gambar, aku pakai Nokia C3 je, aku bawak DSLR pon tak guna sebab CF kad tertinggal kat PC masa transfer gambar wedding! deyyemm!!

Aku puas hati dapat jumpa Malek ngan Jai!! ahahah....



[ads: for booking wedding/portraiture/convocation: HERE]

Saturday, September 25, 2010

[eat] Popeye at One Utama by shahroll

Saturday, September 25, 2010
Salam all! =)

Posting yang aku dapat tiket FREE untuk screen Resident Evil hangus macam tu jek!! Bukan salah Nuffnang pon, sebab aku dah blog post pon masih lagi "lalai" tengok tempat yang betul.. hermmm.. tak de rezeki, kate si Erry my friend.

Time tu dah de kat 1 Utama. perot lak ngah suam2 lapar, terpandang restoren Popeyes cam best la pulak. Aku tak pernah try lagi before,so just try la pulak mende fast-food yang baru nie, bebalik asyik yang sama jer.. =P

Semua ambil yang set Rm 10 hengget...=D

** Ambil set yang nie lah.. 

** staff dia tak ramai.. so tak nampak sibuk .. muahahaha~

** Taddaaa~ 2 set sudah siap! yummmyy!

** FULL-set | Time to belasah wan! =P

** Kentang putar dia memang lazzatt seesedaap!!

** Kuning giler hayam nie | colour adjustment on Photoshop! =O

** paper bag dia pon cool.. 

Kat sini bagi aku special sket sebab bukan semata ayam goweng je ade, but ade ikan goreng ngan udang goreng dalam set seploh hengget tu. Nice eh? yang ikan tu aku bawak balik sebab dah full giler perot aku.. memang ikan tu pon layann jugak..

Kentang putar dia basic nye kentang lenyek tu lah, but yang membuatkan mende tu cool sebab kuah nyer ade bau2 cam daging lembu sket,macam kuah sup sket.. hermm senang citer sedap lah! =P hueheue~ tak dapat aku nak explain dengan perkataan...

Time for research.. bese lah banyak mende aku kena research lately, bukan setakat nak carik tempat je aku research, mende2 kerja lam office pon aku kadang buat research jugak! cehh~ mentang2 kerja bahagian research.. hahah~ see ya guys!

salam!






Friday, January 29, 2010

ReView : Tooth Fairy story by shahroll

Friday, January 29, 2010
Salam to all beloved readers... :)




Hari Isnin yang lepas, SH dapat 2 tiket FREE untuk tayangan filem " Tooth Fairy" lakonan The Rock ( Ahli gusti yang macho!) yang ditaja oleh NUFFNANG!! thanx Nuffnang give me 2 tickets!. So, SH pergi bersama my sweetheart lepas habis waktu kerja, bergerak terus ke TGV di One Utama. Walaupun tayangan bermula pada jam 9, selepas mengambil tiket, beli sket pop-corn ( combo1) then lepak2 sekitar bangku yang ada kat tepi tu...
Semasa melepak2 tu, terserempak pulak dengan budak2 yang datang masa Samsung Corby tu.. sorang mamat PSMB tu, hahaha aku lupe je la name ko bro!.. haihh~ dan lagi sorang dengan abam Zaid dengan teman tapi mesra beliau... heee~ ko jgn tak declair yed!.. kang de org "ambik" t.. heheh . :P.. borak2 lame gak ngan Zaid, then jam pon dah masuk jam 8 lebih, dah boleh masuk dalam panggung.. ( SH dapat seat D11 & 12).. fuhh~




Masuk2 jerk carik seat then ok lah tak lah DEPAN sangat dengan screen wayang tuh~ agak selamat la tengkok SH & my B... law tak bak kate Zaid, masuk Spa lah.. ( g uruttt daa..~), OK, meh SH cerita lak pasal cerita kelaka tahap cipan reboss nieh!!









The Rock nie, or dalam cerita nie name dia "Derek Thompson".. bukan Kerek ye kawan2.. hahah~ Derek nie seorang star dalam sport hoki ais.. memang dia nie terkenal dengan rempuhan "kejam" untuk menewaskan pihak lawan, dan selalunya GIGI orang yang dirempuh tu akan patah dan peminat2 Derek nie akan kutip gigi tu dan menjadi "azimat" or what ever so untuk di simpan ke pe ke... tapi itulah dia...




** Antara babak di dalam ToothFairy



Dalam kehidupan biasa, Derek berhubungan dengan janda anak 2. Seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Anak lelaki nya pada mulanya agak tidak suka dengan Derek, beranggapan Derek sama saja dengan teman lelaki mak nya yang dulu-dulu... tapi lain pulak halnya dengan anak perempuan nya, suka melayan perangai gila2 Derek nie.. huhuh~ kontra disitu.. :)




Macam mana Derek boleh jadi pari2 untuk kutip gigi nie eh?Ok, cam nie, suatu hari anak perempuan si janda tu patah gigi dan simpan di bawah bantal dia.Pada masa tu, Derek nie kalah berjudi, so dia ambil duit tu dan tak semena-mena gigi budak perempuan tu hilang tah kemana.. tapi budak kecik perempuan tu mengharapkan PARI-PARI GIGI nie ambil dan akan bagi dia duit!Maka, sedikit perselisihan berlaku di itu antara Derek, Janda dan Anak kecil itu.. Namun dengan kecekapan maknya dalam menangani situasi itu, dapatlah "kegembiraan" anak itu dikembalikan walaupun ianya tahu itu PALSU! :)




** Antara babak di dalam ToothFairy




Derek mula panas dengan menyatakan pari2 tu tak WUJUD!.. haaa.. masa nie la si Derek mendapat "saman" dari Dunia Pari2... hahha sound bit silly but is so funny! hahah~ dengan pakai baju ala-ala penari ballet, dengan sayapnya lagi... fuhh~ tapi setelah mendapat baju yang sesuai, baru nampak ok skit la.. ( katenya tak cukup dana nak bagi baju pada si Derek.. ??? HAHAHAHA)




Di dalam ALAM PARI2 tu,Derek mendapat SV( SuperVisor) iaitu Tracy... bukan perempuan eh, tapi lelaki...Tracy nie bertanggungjawab dalam menghandle kes2 dimana setiap hari ada saja kes yang diterimanya dan si Derek akan melakukan kerja tersebut... KUTIP GIGI budak2! :P hehehhe~




** Antara babak di dalam ToothFairy


Hukuman yang diberikan pada Derek selama 2 minggu telah pon berakhir dengan kenangan suka dan duka bersama-sama Tracy dan juga alam pari2 tu... banyak lah kenangan nyer.. nak tahu?? SILA MENONTON CERITA BESTTTTT NIE kalaw ang nak tawww la kann~... hehehe 








Antara sinopsis dalam bahase omputeh yee~

TOOTH FAIRY (FOX)
Local Release: 21st January 2010
Director: Michael Lembeck
Story by: Jim Piddock; Screenplay by: Lowell Ganz & Babaloo Mandel and Joshua Sternin & Jeffrey Ventimilia and Randi Mayem Singer
Producers: Jason Blum, Mark Ciardi, Gordon Gray
Cast: Dwayne Johnson, Ashley Judd, and Julie Andrews.  Stephen Merchant, Ryan Sheckler
Genre: Family Comedy
Official Site: TBA

Plot Outline:
Dwayne Johnson is “The Tooth Fairy,” also known as Derek Thompson, a hard-charging hockey player whose nickname comes from his habit of separating opposing players from their bicuspids.   When Derek discourages a youngster’s dreams, he’s sentenced to one week’s hard labor as a real tooth fairy, complete with the requisite tutu, wings and magic wand.  At first, Derek “can’t handle the tooth” – bumbling and stumbling as he tries to furtively wing his way through strangers’ homes…doing what tooth fairies do.  But as Derek slowly adapts to his new position, he begins to rediscover his own forgotten dreams.

Thursday, January 14, 2010

FULL coverage: Astro B.yond Bloggers Night @ Modesto`s by shahroll

Thursday, January 14, 2010




Salam to all readers,





Apa yang lebih menyeronokkan jika dibandingkan hanya berblogging di depan PC tanpa bertemu dan menjalinkan jaringan sosial di luar talian??hah! terjekut ke SH cakap cam nie.. hahaha.. OK, actually SH baru balik dari Majlis Nuffnang iaitu Astro B.yond Bloggers Night yang bertempat di restoren Modesto`s, Desa Sri Hartamas, Damansara. SH pergi bersama Jiji...














This Jiji... hahaha! 





SH datang agak lewat, kesesakan lalu lintas yang melampau. Dalam hati nak je batalkan pergi ke sana, tapi nekad gak nak pergi, because this my 1st time invitation by Nuffnang to me! Really appreciate this event, thanx Nuffnang! So, dengan menyusup perlahan2, sampai gak la SH ke tempat yang dinyatakan.















Sesampai ke restoren tu, lihat parking kereta.. fuhhh~ semangat! Agak la sesak gak..naseb baek de joki yang macho member perkhidmatan parking kat belah belakang. Nway, it`s not free… haha caj RM 10 jek!

Masuk2 terus ke kaunter Modestos tu untuk membuat registration.





“ Excuse me sir, what your email”


“what??pardon please…”


“ email.. what your email?”


“ ohh.. initial from S..Shahroll”


“Ok, that it, just sign this sir”


















Haha, agak jadi “pekak” sekejap disitu sebab dalam tu dah meriah kan.. tapi ok lah, baru2 gak mulanya tu ( suresh said , baru mula event..) ok la tu.. hehe.. nice to meet you Suresh! Jalan2 sekitar club tu amik2 gambar keadaan sekeliling,berjumpa pula dengan blogger Eriqazz. Borak2 dengan beliau yang sungguh sempoi dan sporting,maka kami berdua pon melayan makanan yang ada di dalam tu. Sedap ooo makanan yang ade.. heheh rosak diet SH mlm nie..















 **sila abaikan mata sepet SH tu ye... nak jadi ala2 Hanis Zalikha kunun~ hahaha~







Selepas itu, berjumpa pula dengan Beautiful Nara yang tebaboww popular ooo~ SH ingatkan BN nie dak pompuan,rupanya lelaki… nice to meet you bro! Then, the famous 1 blogger @ Top Blogger in Nuffnang is RedMummy (RM) yang ramah melayan blogger baru cam SH nie.. tapi sekejap je coz RM ade kije.. seem like bz je,so beralih tempat pulak ke tempat lain…..







With Beautiful Nara







With RedMummy





Then, berjumpa dengan Baizura Razali ( my Fan in Facebook), Foxy Farah dan juga Zaraa..  nice to meet u all guys! So friendly lah.. heheh.. Hajat dihati nak bergambor dengan founder Nuffnang, tapi kelibat nyer tah kemana daaa.. tak pe, hari sabtu nie leh repeat!..









With Baizura & Farah






With Zaraa



Next, I saw Jojo tgh ditemuramah oleh pihak Astro. Tataw la dorang ngah cakap pasal pe coz SH dok perati dari jauh jaa.. Ada sikit la ala2 muka Fauziah Gaos si Jojo nie… huhu.. ke mata SH yang rabun kot.. almaklum speck mata bawak tapi tak guna.. tak selesa! :P











Ok, habis pasal mencari blogger2 yang feymes dan mahsyurr,now focus pada aktiviti yang telah dijalankan malam tadi. Untuk memenangi tv LCD 32 inci dan set New Astro B.yond tu bukan lah mudah, ade kije sikit la nak menang itu hadiah meh! So, aktiviti nie berkaitan dengan mencari info/bahan berkenaan dengan Astro itu sendiri.. yelah dah Astro selaku sponsor besar kan malam tu.. hehehe..










**searching information.. wooooh~




Pemilihan Cuma siapa nak datang ke hadapan dan Cuma 100 peserta saja.. haaaa mudah kan! Tapi SH masa tu ngah menikmati makanan kan, so malas la nak layan.. hahaha! Gile keji perangai.. biler dah setel2 semua, dorang g hanta untuk judgement dan result is… Blogger bernama Eric yang memenangi hadiah TV LCD 32 inci itu bersama-sama dengan New Astro B.yond, remote control and Smart Card plus with New Astro B.yond Dish and HDMI cable. Menang mende nie korang tak payah bayar sesen pon untuk tahun pertama.. heh!~ gile best… :P







** bukan gambar pemenang.. ini blogger yang ditemuramah... :)







**sekadar hiasan.. hahahah~ SH ska lilin nie disusun gitu.. :P





Astro B.yond.. hope i get the best posting.. hopefully! heh~







Sebelum pulang sempat berposing sesama blogger... :)






Dan juga bersama orang-orang kuat Nuffnang!!.. see you again!! :)










Thanks you so much Nuffnang!! Happy come to your Event.. to all nangers, keep in touch k.. :)










...............................................................................................................






Lampiran section:









Letter from Astro about this Event...










Astro broshure