Showing posts with label sepah. Show all posts
Showing posts with label sepah. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

(teaser pix) 15 gambar sekitar Malam Gala Sepah The Movie @ eCurve, Damansara by shahroll

Tuesday, November 13, 2012



As salam, hello readers...

Dapat berjumpa dengan team Sepah dan juga barisan pelakon yang baru dan sedang meningkat naik, Anzalna Nasir dan juga Ramona ZamZam di eCurve, Damansara dalam sesi pra-tonton bersama wakil media dan juga peminat-peminat. Event malam tadi berjalan dengan lancar dengan kecekapan wakil PR mereka dan team AJK Sepah The Movie yang melicinkan perjalanan event tersebut.

Sebelum masuk di dalam pawagam, masa yang terluang dihabiskan dengan menemubual bersama artis-artis dan juga sesi fotograpi baik dari wakil media utama dan juga sosial media yang lain.

Sedikit rakaman dari lensa Canon dan juga Olympus milik penulis. Dan untuk ulasan pra-tonton filem ini, nantikan entry seterusnya yang semestinya sebelum 29 November 2012 akan di-publish ye? HEHE!

enjoy the photos!

Anzalna Nasir bersama penulis...

Ramona ZamZam

Jepp

Anzalna Nasir pose

Goodies bag dari PTV film production... 
ada Tshirt+CD+Poster+Mini Calender+Sticker kereta

Dari kiri: Jepp, Mamat & MP Roslin (pengarah)
[sesi sidang akhbar]

Team MELODI interview Mamat

Media.. blogger... media.. blogger.. HEHE!

SEPAH THE MOVIE BIG POSTER!!

Pengarah dan penerbit eksekutif (Hasni Maulod)

Dari kiri: Shuib, Jehan, Anzalna Nasir & Ramona ZamZam

sesi "round-table" oleh Shuib. sempoi lah!

Watak Jehan memang UMPPHHH!! rasa menyampah pon ade!

si comel memberikan sedikit kata-kata sebelum majlis berakhir...


Tuesday, November 15, 2011

SEPAH THE MOVIE :Disebalik filem SEPAH yang gila-gila!! by shahroll

Tuesday, November 15, 2011

As salam, hello readers...

Seperti yang aku janjikan pada post lepas, aku akan buat full review untuk mempromosikan filem untuk Kumpulan Sepah yang mana kita sedia maklum akan group ini sudah pun secara official, mamat dah keluar dari kelompok SEPAH itu sendiri.

Walaubagaimana pun, komitmen tetap menjadi keutamaan bila mana filem ini akan keluar menemui peminat-peminat SEPAH yang telah berhempas pulas mengundi, mempromote group SEPAH ini sejak dari rancangan Raja Lawak lagi.

Unofficial Movie Poster by SH iMAGE

Bagi penerbit filem ini Hasni Maulod, mengakui yakin filem tersebut mampu dijayakan walaupun kumpulan Sepah telah berpecah. Beliau percaya ketiga-tiga bekas ahli kumpulan Sepah mampu memberikan komitmen. 

Filem Sepah The Movie juga bakal dijayakan oleh pelakon Jehan Miskin, Yus Jambu, Asrul Raja Lawak, Anzalna Nasir dan Ramona.





Sedikit sinopsis akan filem SEPAH THE MOVIE:-

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.

Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . 

Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.Namun semuanya gagal.

Persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea? Bujang Sepah ataupun insan lain?

Nantikan kemunculan filem komedi cinta ini di pawagam berhampiran korang! Jyeahhhh!!

Enjoy!

Monday, November 14, 2011

[6 Exclusive Pictures] Sepah The Movie behind the scene!! by shahroll

Monday, November 14, 2011





Anzalna memang hot and sexy!! huhuhu~

Beberapa keping gambar disebalik tabir SEPAH THE MOVIE yang akan menerjah di pawagam tidak lama lagi. Korang layan dulu gegambar kat atas neh, aku update FULLY malam ni eh. Boleh ek? Boleh la~ (nada manja) Bhuahahaha~

Enjoy!

Sunday, June 19, 2011

My prediction: SEPAH sebagai juara by shahroll

Sunday, June 19, 2011


19 Jun today. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di dunia. Dan, sambutan untuk hari bapa, tentu sekali meriah eh? Untuk aku sendiri, tak ada apa aku nak bagi, just lepaking kat umah kot? haha, ajak tengok Kungfu Panda sesama family pon orait gak tu, hermm.. =D


Aku tadi melayan Astro, bukak channel Warna, tengok Maharajalawak. Tang part SEPAH pulak masa tu, belum sempat aku betulkan bontot nak tengok, aku dengar lam tv berdekah-dekah orang JB gelak. What the heck? baru intro je dari SEPAH dah "meraung" cam tu? HEBAT SEPAH!


Minggu ke 12 dorang bersiar langsung di Johor Bahru;


Part 1: Sunat

Part 2: Pengacara Semput

Secara kasar, lawak sepah memang mantap! Baik part 1 dan 2. Aku menulis bukan sebab aku BIG FANS SEPAH, aku FANS JOZAN actually, but aku nampak potensi SEPAH jauh meninggalkan JOZAN. Sorry to say untuk peminat JOZAN yang lain, aku tak suka bias. Mana bagus aku sokong, aku buat write up (pandangan peribadi je pun..)

Apa pun, industri lawak tak kan sunyi dengan adanya Maharaja-Maharaja lawak ini walau siapa pun yang menjuarai pentas Maharajalawak. Keep it up guys!

Saturday, April 23, 2011

Astro: [video] Maharaja Lawak minggu ke-4 by shahroll

Saturday, April 23, 2011


Wazapp guys!


Minggu nie menampakkan hasil usaha yang berlipat kali ganda dari semua kumpulan dan peserta solo. Nothing much aku boleh ulas pasal persembahan solo, more fokus untuk group sebab lebih best! Sorry to say, yang solo semacam "tak boleh blah" (kecuali Nabil) dengan persembahan "tawar" minggu ni.


Koleksi terbaek dalam simpanan aku saja aku muatkan dalam nie, so yang takde lam ni, paham2 je lah... chaw! (susunan video adalah ranking dari no #1 hingga last)


Group JAMBU


Nabil


Group SEPAH

Group JOZAN

Saturday, April 16, 2011

Astro Prima: [video] Maharaja Lawak minggu ke-3 by shahroll

Saturday, April 16, 2011


WhatzUp!


Tadi aku berkesempatan nak layan Maharaja Lawak (ML) untuk minggu ke 3. Aku tengok pada part Nabil, Sepah, Jambu dan juga Jozan. Nabil not bad, aku leh layan lawak dia dan best jugak dia minggu nie. Jambu pulak, macam masuk tak masuk je lawak dia but still enjoy. Sepah minggu nie cool! Aku tak dapat bayangkan si Shuib jadi "perempuan", sure bini kau ketawa kaw2 dowh! =p


Dan last not least, Jozan. Dua orang nie gile dowh! superb gile.. hahah~ sebab idea dorang memang best! but.. but... video nyer tak de pon lagi!! alahai.. lambat la pulak si tukang upload neh! huhhu~ pape pon, korang layan dulu video yang ada kat bawah neh... zasssss!~


Group Sepah


Group Jambu


Nabil


UPDATE!!! JOZAN Group!!




Peserta Maharaja Lawak