Hadith : |
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.” (al-Bukhari) Huraian: 1)Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. 2)Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. 3)Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain. sumber: e-Hadith JAKIM BERUSAHA!!!! |
Thursday, March 17, 2011
New
Home
/
hadis riwayat
/
Jumaat
/
peringatan
/
tazkirah online
/
Tazkirah Online: Dari Titik Peluh Sendiri
Tazkirah Online: Dari Titik Peluh Sendiri
SHAHRUL HAIRY DOT COM
SHAHRUL HAIRY BLOG merupakan blog yang telah berada di dunia internet sejak tahun 2006 dan sehingga sekarang penulis masih aktif menulis tentang digital marketing, business, lifestyle, travel dan food
tazkirah online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment