Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Tazkirah: Ancaman meninggalkan Solat Jumaat

Friday, February 25, 2011
As salam to all,


Selamat Hari Jumaat. Penghulu segala hari bagi umat Islam khususnya. Banyak keistimewaan hari Jumaat nie (sini). Tapi, aku bukan nak berbicara tentang keistimewaan, tapi Solat Jumaat.


Aku quote dari e-Hadith JAKIM;



Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”


(muslim)


Huraian:
1) Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. 


2) Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. 


picture credit: Mananugraha

3) Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


Sumber/original: JAKIM

Friday, May 21, 2010

Jumaat: (21052010) Kebaikan membanyakkan Selawat

Friday, May 21, 2010
Salam all... =)
Sempena dengan hari Jumaat hari nie, mari kita muhasabah diri kita, renung2 kan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita masih bernafas sampai ke hari ini...


Mari kita lihat Hadis ini:



Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
 
Abu Umamah r.a




Apa yang dapat kita pelajari dari hadis tersebut?


1) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan. 

2) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.


3) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja. 


4) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.