Friday, April 30, 2010

Jumaat: Mengapa Al-Fatihah begitu penting?

Salam untuk semua,


Didalam solat kita akan membaca surah ini yang pertama sekali. Betul tak? Maka, mengapa Al-Fatihah begitu penting untuk dibaca serta di fahami. Shahrul cuba menyampaikan dengan sebaik mungkin, sebab ini berhubung dengan soal agama serta akidah.




Surah al-Fatihah adalah surah yang penting dalam solat. Jika bacaan surah al-Fatihah tidak betul dari segi makhrajnya atau sebutan hurufnya boleh menyebabkan solat tidak sempurna, dan jika berubah dari segi makna boleh membatalkan sembahyang. Kepentingan surah al-Fatihah dalam solat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak dikira solat seseorang itu melainkan dengan adanya Al-Fatihah”. (Ibnu Hibban)




Jelas disitu bukan? marilah sama2 kita membetulkan apa yang tidak betul dalam pembacaan kita, mudah-mudahan kita diberkati oleh Allah s.w.t ...insyaallah.. 






**Tafsiran....


[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 


[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). 


[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 


[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.







Boleh layari laman web Al-Quran in Malay ( side bar sana) untuk membaca kandungan al-Quran dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan mendapat berkat.

No comments: