Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, April 13, 2012

PELABURAN yang menguntungkan! sila ambil perhatian! by shahroll

Friday, April 13, 2012


As salam, hello readers...


Alhamdulillah, Jumaat yang telah sempurna sesudah melaksanakan Solat Jumaat tadi. Tak ramai di dalam kampus. Dah balik ke kampung masing-masing kot student-student UiTM. Cuaca pun baik hari ni, cerah dan panas sekali =)


Aku nak share pelaburan yang menguntungkan tetapi bukan untung di dunia lah, untung di akhirat insyaallah. Aku ambil gamabr ni dalam Facebook dalam pages mana aku lupa pulak =p


Amalan zikir harian =)

Benda bagus, aku tepek lah dalam blog aku. Besok-besok aku lupa, aku refer blog aku balik, kan? Semoga mendapat manfaat juga para pembaca ya? Share jika anda suka =D

As salam..

Friday, April 01, 2011

Jangan nak April Fool sangat lah, today is FRIDAY! by shahroll

Friday, April 01, 2011
Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia,


Menjelang malam tadi, samada di timeline Facebook or Twitter, dah "sebok" dah pasal mende nie. Aku suka baca pe yang dorang up kan. Kelaka siak! huhu~ lelagi yang lam twitter siap ada hastag #fatwaaprilfool adehh..


Apa yang best pasal AF nie?


Sejarah: The history of April Fool's Day or All Fool's Day is uncertain, but the current thinking is that it began around 1582 in France with the reform of the calendar under Charles IX. The Gregorian Calendar was introduced, and New Year's Day was moved from March 25 - April 1 (new year's week) to January 1 [read more: HERE]


Dan, yang paling "cool" aku jumpa kenyataan ini:


dapat kat Wikipedia

Apa pandangan blogger lain pasal isu AF neh? Aku ambil contoh dari blog Milo Suam:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

[read more: HERE]

sekadar peringatan.. renung2kan... =D



Friday, July 02, 2010

Tazkirah Jumaat: Kelebihan Surah Yassin

Friday, July 02, 2010
Salam all!


Mari kita muhasabah diri dengan membaca tazkirah dibawah ini. Kita mulakan sesi tazkirah kita dengan surah Al-Fatihah.... ( Aminn..)


Apa kah kelebihan yang ada di dalam Surah Yassin itu??
Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah
dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka
bercucuk tanam.
 Tanaman akan subur.
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok 
diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca 
dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala
makhluk.”
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut 
pastu baca pada air 100x berdoa apa sahaja hajat
****************************************************************************
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: 
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi
                penawar ubat yang mujarab
Ad Tin  - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah,
                 tidak boleh beranak.
 *****************************************************************************************************************

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. (3) Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, Insha Allah dengan berkat Allah SWT ianya termakbul.
Wassalam.. =)


source: Blog iium