Showing posts with label sawah sempadan. Show all posts
Showing posts with label sawah sempadan. Show all posts

Monday, May 02, 2011

Lepas exam, balik kampung lah! by shahroll

Monday, May 02, 2011


Holla peeps!


Masuk 2 Mei today. Syukur, dah lepas exam semua, even aku ada tak puas hati dengan 1 paper tu. Biarkan lah. Alhamdulillah, lepas exam, aku terus balik ke kampung. Jengguk2 nenek yang masih ada kat kampung. Busy nenek aku sekarang. Sebab, ada kelas prepare untuk pergi haji. Alhamdulillah, seruan ke Ka'bah semakin menghampiri.


Kat kampung tiada broadband. Susah sikit aku nak online. Kalau pakai GPS Maxis, mahal pula. Jadi, takde lah aku dalam dunia maya untuk 2 hari. Rindu? yerp, rindu kat korang yang baca blog aku nie hah! aharkz..


Kampung aku biasa lah, banyak kelapa, kelapa sawit. Ada jagung. Ada parit. Herm, parit pun nak cerita gak. Sebab kat parit tu dulu la aku selalu main lompat-lompat antara tebing ke tebing. Now, dah takde. Semua busy, sibuk cari haluan.


Sekali sekala, pejam mata, aku sedut dalam-dalam udara segar (aku harap), cuma takde la segar mana pun. Kampung pun dah tercemar sekarang. Dengan bau-bau yang kurang enak. Kadang-kadang "senak" dada aku dengan macam-macam bau yang datang.


Tapi, rumah Wak aku (wak mean bapa/ibu saudara dalam Bahasa Jawa) best! Sawah padi tengah menguning dan angin sawah yang sekali sekala deras. Terasa nikmatnya duduk di tengah-tengah sawah. Lantas, buka baju terus bagi memberi laluan angin menyapa tubuh aku yang macho ni! LOL~


sawah padi block M, Tanjong Karang, Selangor

Aku menggunakan camera handphone Nokia C3. Kamera DSLR aku ada, simpan je selalu. Budget nak jimat shuttercount la konon, padahal malas nak set-up bagai. Lagi pun, dengan C3, kualiti untuk dimuatkan ke dalam blog, ok je kan?

SELAMAT HARI BURUH/PEKERJA semua.

chaw!

Sunday, January 23, 2011

Tanjong Karang: Klasik view turn to Urban, perlu ke?

Sunday, January 23, 2011
As salam to all,

Aku baru balik dari kampung. Dah lama tak lepak kampung, so dah alang-alang mak aku ajak balik, layan jugak. Kampung kat Kuala Selangor je, tak sampai 2 jam menuju ke sana. Tapi, selalu nya aku suka lepak kat area Tanjong Karang (umah sedara aku kat sana) sebab leh layan pemandangan sawah padi yang cool dan best.

Kalau dulu, masa aku belum "gila" dengan kamera DSLR nie, rakaman untuk pemandangan sekitar pekan Tanjong Karang nie, terhenti setakat di retina aku saja. Bukan nyer aku rakam pakai mata, metafora je tu. HAHA~

Sekarang yang aku lihat, pekan yang dulu nya aku boleh katakan dengan kepadatan penduduknya yang berbangsa Melayu, dan rata-rata nya petani yang mengusahakan sawah padi, bertukar wajah dengan sedikit perubahan pada wajah pekan nie.

Banyak bangunan baru yang makin lama, makin giat dijalankan. Bagus lah, itu tandanya ADUN or YB yang jaga kawasan tu, buat kerja lah kan? Tapi, sejauh mana pembangunan sana sini dapat mengekalkan "ke-klasik-kan" wajah Tanjong Karang yang dahulunya, mungkin hilang sikit demi sikit.

Ada bagus dan tak, but i'm choose the classic.. =')