Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

i'm back!! who care? LOL by shahroll

Wednesday, June 29, 2011


Morning peeps!


just done insert my call card business in CD case actually. Tomorrow will be submit to my client. Dah 5 hari tak update apa-apa. Boring+tak de mood+banyak cerita tapi malas nak story+ada kelas+mengantok hadap PC. Banyak faktor-faktor yang membuatkan aku tak hapdet, apa kau kisah kan? ahaha..


Last week, aku balik ke kampung, lebih tepat aku balik ke rumah adik nenek aku di Sawah Sempadan, Tanjong Karang. Anak dia yang last kawin. Apit namanya (Hafizal). Muka dia sebijik macam muka mak dia lah, menurun or kata orang-orang bandar photostat habis! =p


Apit dah kawin!! Tahniah Paman!
p/s: Paman is Javanese language that calling 
for "Uncle" or "Young brother" [HERE]


Tak lama kat situ, just datang makan then balik. Pergi jalan ke rumah sedara-mara aku yang lain. Port paling best umah wak aku kat block (M) lah, selalu lepak situ makan-makan dulu, tido-tido dulu, baru gerak balik ke Klang. Umpamanya, rumah dia pit-stop kitorang isi minyak la, huhu..


paling nyata best, kat rumah wak aku ade WIFI FREE, "sedut" dari rumah YB nyer, sebab dalam WLAN tu tulis "Wifi YB Kampung Sawah Sempadan"


Kampung korang ado? LOL...

Monday, May 02, 2011

Lepas exam, balik kampung lah! by shahroll

Monday, May 02, 2011


Holla peeps!


Masuk 2 Mei today. Syukur, dah lepas exam semua, even aku ada tak puas hati dengan 1 paper tu. Biarkan lah. Alhamdulillah, lepas exam, aku terus balik ke kampung. Jengguk2 nenek yang masih ada kat kampung. Busy nenek aku sekarang. Sebab, ada kelas prepare untuk pergi haji. Alhamdulillah, seruan ke Ka'bah semakin menghampiri.


Kat kampung tiada broadband. Susah sikit aku nak online. Kalau pakai GPS Maxis, mahal pula. Jadi, takde lah aku dalam dunia maya untuk 2 hari. Rindu? yerp, rindu kat korang yang baca blog aku nie hah! aharkz..


Kampung aku biasa lah, banyak kelapa, kelapa sawit. Ada jagung. Ada parit. Herm, parit pun nak cerita gak. Sebab kat parit tu dulu la aku selalu main lompat-lompat antara tebing ke tebing. Now, dah takde. Semua busy, sibuk cari haluan.


Sekali sekala, pejam mata, aku sedut dalam-dalam udara segar (aku harap), cuma takde la segar mana pun. Kampung pun dah tercemar sekarang. Dengan bau-bau yang kurang enak. Kadang-kadang "senak" dada aku dengan macam-macam bau yang datang.


Tapi, rumah Wak aku (wak mean bapa/ibu saudara dalam Bahasa Jawa) best! Sawah padi tengah menguning dan angin sawah yang sekali sekala deras. Terasa nikmatnya duduk di tengah-tengah sawah. Lantas, buka baju terus bagi memberi laluan angin menyapa tubuh aku yang macho ni! LOL~


sawah padi block M, Tanjong Karang, Selangor

Aku menggunakan camera handphone Nokia C3. Kamera DSLR aku ada, simpan je selalu. Budget nak jimat shuttercount la konon, padahal malas nak set-up bagai. Lagi pun, dengan C3, kualiti untuk dimuatkan ke dalam blog, ok je kan?

SELAMAT HARI BURUH/PEKERJA semua.

chaw!

Sunday, January 23, 2011

Tanjong Karang: Klasik view turn to Urban, perlu ke?

Sunday, January 23, 2011
As salam to all,

Aku baru balik dari kampung. Dah lama tak lepak kampung, so dah alang-alang mak aku ajak balik, layan jugak. Kampung kat Kuala Selangor je, tak sampai 2 jam menuju ke sana. Tapi, selalu nya aku suka lepak kat area Tanjong Karang (umah sedara aku kat sana) sebab leh layan pemandangan sawah padi yang cool dan best.

Kalau dulu, masa aku belum "gila" dengan kamera DSLR nie, rakaman untuk pemandangan sekitar pekan Tanjong Karang nie, terhenti setakat di retina aku saja. Bukan nyer aku rakam pakai mata, metafora je tu. HAHA~

Sekarang yang aku lihat, pekan yang dulu nya aku boleh katakan dengan kepadatan penduduknya yang berbangsa Melayu, dan rata-rata nya petani yang mengusahakan sawah padi, bertukar wajah dengan sedikit perubahan pada wajah pekan nie.

Banyak bangunan baru yang makin lama, makin giat dijalankan. Bagus lah, itu tandanya ADUN or YB yang jaga kawasan tu, buat kerja lah kan? Tapi, sejauh mana pembangunan sana sini dapat mengekalkan "ke-klasik-kan" wajah Tanjong Karang yang dahulunya, mungkin hilang sikit demi sikit.

Ada bagus dan tak, but i'm choose the classic.. =')

Monday, December 21, 2009

What i`ve done in Maal Hijrah? by shahroll

Monday, December 21, 2009




** abaikan muka SH yang itam..!! **angry**


Salam semua.. tajuk entry dah macam boleh bikin filem.. haha~ aite, entry untuk Maal Hijrah belum sempat SH UP, right now baru kesempatan, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH bagi seluruh umat muslimin dan muslimat semoga dengan tahun baru ini lebih mendapat berkat dan ketenangan hendaknya.Aminn~

OK,tahun baru dalam kelender islam, tidak perlu lah SH cerita panjang lebar kan.. semua orang tahu apa itu HIJRAH... dari jahat ke baik, dari keji ke suci dan sebagainya. Bagi seorang yang berpegang pada ajaran islam, sifat2 mazmumah hendaklah di"basuh" dengan sifat2 mahmudah.. haa~ dah macam ustaz la pulak ye.. tapi tu lah serba sedikit apa yang boleh di share with u olz.. :)


1) Hari Jumaat, SH with family & my b pergi menziarah my grandma sebab sakit2.. sakit orang berumur.. pulang ke kampung halaman untuk menziarahi nenek terkandung dalam aktiviti tuk maal hijrah nie.. huhu~




2) Alhamdulillah, kami sampai jek nenek dah tunggu di ruang legar beliau menyambut kedatangan kami.. yeahh!! KAMI DATANG!! hehe..
kondisi nenek agak kurang sedikit sebab katenye baru sembuh dari sakit hari tu..



3) Sebelum datang umah nenek, SH pergi carik ikan cencaru 15 ekor untuk di panggang! yeahh sangat best sebab dah lama x panggang ikan dengan menggunakan sabut+arang+tempurung sebagai alat pemanas panggang tu.. heee~ jom layan gambo dari nokia classic 3120!



** arang+sabut+tempurung buat bakar ikan!



** Introduce.. IKAN JAKET!!



** My mom nyer tangan.. nak interprem gak! heuheu.. ( nmpk emas baru deh! ) :P



** Thanx to my siblings, Elly buat mende nie.. seeedappp sehh~