Tuesday, June 09, 2015

produk shoot: Harga berbaloi untuk perniagaan kecil dan sederhana! by shahroll




As salam, hello readers...

Menjadi satu kemestian bila anda membangunkan sebuah perniagaan, pasti akan menggunakan gambar-gambar yang menarik perhatian netizen di online. Gambar-gambar yang menarik boleh datang dari photographer yang berpengalaman, rakan-rakan dan anda sendiri!

Kalau memerlukan gambar yang baik dan bagus, anda boleh mencari mana-mana photographer yang ada di online yang menawarkan services tersebut. Jika bajet anda kecil, boleh memanggil rakan-rakan yang mempunyai kamera berpiksel tinggi untuk membuat produk shoot.

contoh produk shoot
Photograph: SH iMAGE Production


Kenapa perlu produk shoot?

1) Perlu ada official photo untuk business yang dijalankan. Lebih-lebih lagi jika anda menjual produk makanan. Gambar yang menarik, nampak fresh dan cantik menjadi "eyes catch" untuk para netizen melihat dan menilai produk anda.

2) Menjadikan business anda suatu yang serius. Bagi mereka yang membelanjakan sebahagian wang untuk mengupah jurugambar, itu menunjukkan anda serius dengan perniagaan yang dijalankan, bukan sekadar melepaskan batuk di tengah tangga. 

3) Gambar yang dibuat, boleh digunakan berulang kali tanpa rasa takut. Kerana apa? sebab gambar itu gambar anda yang punya. Anda tidak mencuri dan meng-Google gambar orang lain untuk perniagaan anda!

4) Dijadikan bahan promosi untuk website/blog dan social media channel untuk business anda dan alat untuk pemasaran online.

enjoy!




No comments: